Marilah kita bercerita tentang gurau, sentap dan maaf. Kenapa aku nak cerita
pasal tiga benda ni? Sebab ketiga-tiga ini punya pertautan. Setiap kali berlaku
ia akan berlaku dalam konsekuens yang sama. Engkau tidak akan menidakkan
pernyataan aku ni. Ada ke orang minta maaf, sentap dan baru nak bergurau? Ke
dia nak sentap dulu baru minta maaf dan boleh bergurau? Oh, tidak sama sekali.
Orang bergurau, orang sentap bila gurau tu kasar sangat dan minta maaf. Tu pun
kalau mahu minta maaf.
Begini, tentang bergurau. Semestinya gurau ada batas. Ada
garis panduan. Kah ! Bila masa ada garis panduan? Erm, ada. Kau kena cari
sendiri sebab memang ada adab bergurau. Kau jenis kuat bergurau tak? Kalau kau
jenis kuat bergurau mesti kau tak kisah orang bergurau dengan kau. Kau jenis
bergurau kasar, mesti kau tak kisah orang bergurau kasar dengan kau kan? Kalau
kau sentap bila orang bergurau dengan cara yang sama kau bergurau dengan orang,
elok kau berhenti bergurau dan hidup seorang-seorang. Belajar bersosial.
Sentap? Aku rasa mesti ada yang sentap bila baca apa yang
aku tulis ni. Sebab sedikit sebanyak kena dekat batang hidung sendiri. Aku pun
sentap sendiri bila aku menaip ni. Sebab aku rasa aku pun kekadang sentap bila
orang bergurau terlebih kasar dengan aku. Ada masa kau boleh sentap ada masa
kau kena tahan kuat-kuat. Sebab kau kena fikir perasaan orang sekeliling kau
bila kau sentap. Sekali kau sentap, kau ingat semua benda akan kembali sama
macam dulu ke? Lepas kau sentap betul betul sentap, orang akan layan kau berbeza
sekali. Kau pun mungkin tak akan jadi macam dulu jugak. Betul? Kalau salah
betulkan.
Meminta maaf dan memaafkan. Ada orang tak nak minta maaf
sejurus kau sentap atau pada waktu awal dia tu buat salah. Bila kau dah diam
tak berkata apa-apa, baru mereka tu sedar mereka silap, ego dijatuhkan.
Permintaan maaf dihulurkan. Kau memaafkan. Dan semuanya berlalu pergi begitu
sahaja. Esok lusa benda sama jadi dan kau tak penat ke? Jadi apa seterusnya?
maka ini dia apa yang Eminem kata :
And I just can’t keep living this way
So starting today, I’m breaking out of this cage
I’m standing up, I’ma face my demons I’m manning up, I’ma
hold my ground
I’ve had enough, now I’m so fed up
Tryin’ to put my life back together right now
Ye, mestilah penat dan dah malas nak layan. Jadinya, kau
bangun dan bergerak sendiri. Bersama beramai kau kecik hati. Bersama beramai
kau menyakitkan hati.
Ada sebab kenapa aku buat posting ni. Nak sampaikan mesej.
Setiap gurau, setiap sentap, setiap meminta maaf dan memaaf tu ada cerita disebaliknya.
Tinggal kau je nak nampak atau tidak.
Kita bergurau dengan orang yang kita baru kenal tak seteruk
gurauan kita dengan sahabat kita paling rapat. Kau bergurau kasar dengan orang,
tapi bila kita pulang buah kau tak boleh terima. Mana boleh macam tu. Kau
sepatutnya kena siap sedia dengan counter attack daripada orang yang kau dah
bergurau tu. Apa yang kau bagi, kau akan dapat balik. Kan??
Kekadang aku sedih juga, ada orang bergurau kasar sangat...
Bila ditegur perangainya... Ada saja yang membela seolah perbuatan orang tu
betul. Secara jujurnya aku bengang dengan orang macam ni, orang yang
dibelakangnya. Kenapa mahu membela apa yang salah? Kerana nilai persahabatan?
Kerana sayang kawan dan tak nak dia terluka? NO, YOU HAVE DONE IT WRONG. Kalau
sayang tegur, marah jangan dibiarkan. Kau tak kan tahu perangai tu akan melarat
dan jadi apa nanti. Sebab sayang kawan lah kau kena tegur salah dia, bukannya
marahkan orang yang tegur salah kawan kau tu.
Bila ada orang di belakang yang sedia membela tiap masa, dia
akan terus berasa selesa dengan perangainya. Kerana apa? Dia rasa dia tak
salah. Bila ditegur, terus menerus ada yang marah orang yang menegur tu. Jadi
dia tidak akan rasa apa-apa bila dimarah. Hatinya dah ditenangkan dengan orang
yang membela dirinya.
Walau siapa yang membaca ni. Aku nak tahu yang aku sayangkan
kau kau kau kau semua. Biarlah post ni buat sesiapa pun sentap dan terasa
dengan aku. Aku dah bagitahu apa yang aku nak bagitahu walaupun aku dah
bagitahu secara berhadapan mungkin dengan penulisan akan terus lekat kat hati
dan fikiran kau semua untuk dihadamkan. Aku tahu aku juga tidak sempurna.
Terkadang salah gurau, terkadang tersentap tetiba, aku akan cepat minta maaf
walaupun aku yang sentap. Sebab aku tak selesa orang sekeliling pujuk memujuk
aku. Menggula-gulakan aku memuji-muji aku sebab tak nak aku merajuk. Hahaha.
Aku tak nak semua tu. Aku cuma mahukan korang semua berfikir je. ;)
Sekian... Aliff.
No comments:
Post a Comment