Dear Followers

Tuesday, March 8, 2016

Hati-Hati, Kupasan untuk aku dan kamu.

Aku dengan dia suka sangat lagu ni. Sebab lagu ni punyai satu makna yang deep. Lagu ni mengingatkan kau untuk lebih berhati-hati. Aku ni tak pandai bagi kritik atau review pasal lagu. Tapi saja je la nak buat sebab dia minta aku terangkan lagu ni pasal apa. Biarlah abang try. Tak ada lah nak try hard tapi cuba la nak kaitkan hidup aku dengan dia dalam lagu ni. Untuk apa? Untuk lebih berhati-hati. Baiklah kita mulakan....

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya
Maksud dalam rangkap ini, dia kata ada dua pilihan. Kedua-dua pilihan ini semua bergantung atas kita. Kau mahu pilih apa? Bahagia atau duka? Masalahnya di sini, hati masih tertanya-tanya mahu pilih yang mana. Tapi kalau tanya kat aku atau sesiapa pun, semestinya semua mahu pilih bahagia. Kan? 

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti
Jagalah hati tu elok-elok nanti dicuri pula. Sendiri mahu faham la kalau dah kena curi orang bukannya reti nak jaga elok-elok. Sebab apa? Sebab apa kau rasa? Yelah dah dia curi mana mahu dia jaga elok-elok. Lainlah kalau dia dapat melalui usaha murni dan diberi hatinya dengan ikhlas maka akan dijaga hati tu dengan elok dan rapi sekali. Tapi dalam kes ni, dia suruh hati-hati jangan sampai dicuri. Dia bagi amaran siap-siap tu walaupun dia tak pasti sama ada kau akan patah hati atau tidak cuma harap mengerti je la akan kemungkinan yang kau akan patah hati.


Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati
Dalam dua rangkap ni dia meluahkan rasa bimbang dia. Rasa curiga kepada cinta. Rasa takut untuk bercinta. Kerana apa? Kerana rasa bahawa cinta itu bukan satu lambang yang akan kekal sehingga selama-lamanya. Tiada jaminan dalam bercinta. Tengok saja pada ayat " lihat pada indah bulan bintang, namun hilang bila tiba siang" maksudnya kat sini, cinta itu memang indah, sangat indah tapi tak semestinya akan kekal indah atau ada untuk kau 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun.

Rangkap yang seterusnya dia bagitahu yang dia semacam rasa sesuatu tak kena. Kalau sebelum ni bila dia rasa rindu dia rasa tak keruan atau apa sahaja seperti orang rindu angau rasa. Kali ni bila rasa rindu tu datang, dia buat endah tak endah saja. Biar saja rasa rindu itu berlalu pergi. Jadi kau hati-hati. Ada penegasan dalam ayat tu. Tinggal diri sendiri je nak sedar atau tidak. Jangan terlalu berharap walaupun dia rasa rindu tu.

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya
Dalam setiap rangkap, setiap mesej yang ingin disampaikan tetap sama iaitu hati-hati. Sama macam dapat dilihat dalam rangkap di atas. "Dalam cerita ada rahsia. Rahsia engkau, aku dan dia. Masih aku tertanya apa pengakhirannya." Rahsia apa? Rahsia apa antara engkau, aku dan Dia? Itulah dia, rahsia pada pengakhirannya; duka atau bahagia? Bila dia suruh cepat dia mahu jawabnya, apa patut kau dan aku jawab? Untuk aku, aku akan jawab; Hati-hati.

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti


Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejoli
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

Jadi setakat itulah yang mampu aku ulas, rangkap seterusnya hanyalah ulangan kepada rangkap-rangkap yang sebelumnya. Untuk awak, ini je saya mampu. Apa yang saya mampu nak kata, sama-samalah kita berhati-hati terhadap hati sendiri dan hati kita juga. ;) Sekian.


Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person