Tipu
Siapa tidak pernah menipu
Aku, engkau, dia, mereka
Kita tidak maksum
Kita bukan nabi wa malaikat
Salah dan dosa
Betul dan pahala
Bawa kita berjalan di atas ini
Kau tak pernah menipu?
Tipu!
Dusta!
Jujur saja
Kita tipu orang yang kita sayang
yang kita curahkan segala kasih. Bahkan bukan itu sahaja, dia juga turut melakukan
perkara yang sama. Kita tipu dia. Adakah dia bodoh? Kita tipu emak kita, adakah
dia bodoh? Tidak. Mempercayai bukan bodoh. Tidak mempersoalkan juga bukan
bodoh. Yang bodoh itu kita, yang menipu.
Mahu membangkang? Silakan asal
bukan membangang.
(Alif Ha, 2015)
No comments:
Post a Comment