Dear Followers

Wednesday, June 6, 2012

Wonderful Day With Her and Them

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan welcome to blog yang baru dibersihkan daripada habuk2 dan sawang .
Harap maaf bahasa rojak2 sedikit . Sejak jadi pelajar Pra-U ni aku susah nak bezakan MUET,BM dan ayat2 pengajian am. .

Puas mengarut di pendahuluan . . kini kita teruskan dengan tajuk wonderful day tersebut . ehemm . nak cerita ni . . hari tu kita pergi Sunway Pyramid . . sebab Izzaty Nabila ajak pergi sana. . mula2 dia ajak pergi the curve memang tak lah nak pergi sana. . jauhh ! ! sedih tak dapat pergi. . terus berdoa agar dapat jumpa. . yelaa ni minggu terakhir dia dekat Klang. . dia nak pergi balik Merbok balik. . Sedang dalam mood kesedihan dengan tweet2 sedih tiba2 dikejutkan mesej daripada Izzaty . . dia kata change plan and pergi Sunway Pyramid.  . aku cepat2 lah mandi and terus je gerak pergi sana . . XD

Sampai sana tunggu dorang nak 1 jam setengah. . aku lepak makan kat McD . . penat tunggu aku terus je lah keluar McD and terus terserempak dengan mereka2 yang baru sampai. . muka Izzaty dengan adiknya Anis macam terkejut nampak aku depan mata lepas tu buat2 malu. . hahahaha. . sampai2 terus ajak main ice skating. . Ice Skating ?? aku sebenarnya ada pengalaman pahit dengan benda ni .. sebab masa first time jumpa izzaty ni. . bibir aku pecah kat dalam koyak di luar sebab jatuh masa tengah skate. . parut bawah bibir ni yang kekal sampai mati ni akan aku kenang sampai bila2. .

Masa main ice skate tu. . macam biasa lah. . aku yang jadi tutor untuk 4 orang perempuan ni . izzaty,anis, kak sarah and kak nanie ~ kelakar kottt. . bila the moment nak jatuh. . mesti akan dengar kilat , guruh berdentum kat ice skate rink tu ! XD ehheemmm . . so yang hebatnya ialah kak sarah dia tengoknya macam dah pndai main dalam satu hari . . and untuk first timer macam kak ni .. dia dah gian nak main sampai nak ajak kitorang sebulan sekali main ice skate ! semmangaaaaaaaaatt berkobar2 ! cerita pasal ice skate. . aku sebenarnya rasa bersalah kat izzaty . . sebab biarkan dia main jugak ! hahaha. . dia degil. . aku turutkan je la. . hasilnya. . dia jatuh bnyak kali dan membawa pulang 2 lebam di kaki kiri dan kanan. . ehee . . dan dia juga punca aku jatuh sekali sebab masa dia jatuh dia tarik hero ni jatuh sekali. . hahahaha. . perasan jap. :P

cukuplah cerita2 nie. . . lepas habis skate kitorang pergi makan dekat kedai apa tah dengan nama yang pelik. . semua makan kecuali dia. . malu nak makan kott sebab ada aku.. kan izzaty kan ? :P aku bertolak balik pukul 9.20 pm mcm tu kot. . dan sempat bagitahu something dekat dia. . hahaha. bialah aku ngn dia je tahu. . nak tengok gambar2 tak ? :P kejapp2. .

nak letak caption ape ni ?

kami ni pemalu orangnya

penat main skate .

anis,kak sarah,kak nanie and izzaty :)

comel lah tu semuanya ? XD

sepertinya kak sarah ada tanduk rusa ye ?

bajet2 dekat sydney ! :P

anak dara pingitan. haha !

err . muka2 selengek adik beradik nie

iyyyyyyyyeekkkk !

lelaki tu yang paling pro and laju antara empat2 nie.

Untunglah dia dengan natasha hudson ! tengok siapa yang snap (me) :P

okay , sampai disini sahaja ceritanya ! aku kalau dah cerita . . memang panjang. . boleh muntah kalau baca lama2. . tengok gambar je la eh ? :D untuk izzaty . . selamat balik ke kampus. . saya dekat sini nanti sorang2 jarang contact awak. . biar awak focus study. . . . 143 341 ~ biyyooo biyyoo ~ the ahjiqaty secret code . :P

Sekian terima kasih ! assalamualaikum ~
LIKE ?

Sunday, April 29, 2012

With this crazy siblings ~ :3

Assalamulaikum smua ~ :D salam kotor dan banyak malaysia . . . hahahaha :D

Hari ni 29 April . . aku pergi JJ dengan 2 orang adik beradik ni. . Izzaty and Anis. . ni second time aku jumpa diorang . . first met dulu. . . agak menyayat hati . . masa balik bibir aku pecah dan koyak sebab main ice skating. . tapi pertemuan kedua ni Alhamdulillah pergi balik selamat. . hahahaha. . masa first time jumpa. . pergi kena tahan masa roadblock. . balik bibir bertampal jahit. . haha. . nasib baik hari ni tak jadi macam hari tu. . :D

Memang masuk air gila dengan diorang hari nie. . . daripada nak bertemu sampai lah nak berpisah. . ada je ragamnya. . nak jumpa masing2 nak main nyorok2. . nak gak aku cari. . nasib baik jumpe. . haha. . balik pulak. . . masing2 taknak balik . . ewwwwwww ~ bengang. . hehe . .

Pergi AEON tengok wayang mestilah kan ? kitorang tengok cerita UNCLE USIN. . lakonan ZIZAN DAN JOHAN ! ! tengok poster and pelakon macam best kan ? tapi bila tengok jeeee. . . memang rugi tengok . . rasa macam nak mintak je duit tu balik. . padan muka orang tu. . nak sangat tengok .. tu makannyaaa.. aku gelak tak ikhlas wei tengok cerita tu ! macam haram. . . tak lawak . . takde jalan cerita. . macam cerita pokemon+boboiboy+yugi dan doremon ~ -,- tak percaya ? pergi lah tengok. . .

Dah habis je tengok movie. . adik beradik ni shopping sakan dengan brand outlet. . . hahaha. . kita tengokkan ajeeeee . . . entah apa2 dia belinya. . tapi okaylah. . tak memilih nak beli . . nampak cantik je tangkap muat lerww. . . terus angkut dan beli . .takde lah aku nak tunggu lama2. . masa jalan2 dengan diorang. . memang kena je la adik beradik nie. . annoying aliff ~ :D haha. . lepas shoping. . kita pergi main tangkap2 gambar. . . semua muka2 sakai2 gilaaaa. . agak mengejutkan tengok muka2 ganas diorang. . hahahahahaha. . nak share ke x nak ? boleh laa ~ nah gambar2 nie. . XD

EHHEMM ~ XD

Kenapa anis pandang mcm tu ? menggoda ke ? :P

TINGGI PENDEK

>>DORAEMON SEPET CINCAN

bajet2 cute. . hahahaha





memang :D


SEPETDANMATABESAR
SEKIAN , tu sahajaaaaaaa ~ :D hari penat , annoying , gembira , bahagia ~ hahahaha. .

Saturday, April 28, 2012

Aku Merayau Aku Balik Lambat :)

Assalamualaikum . Salam Bersih . Salam 1 malaysia . hahahaha ~ ;)

Hari ini punya cerita tentang lifestyle aku . . anda mahu baca ? teruskan . . agak macam dah muak ? baca je lah weh. . ni cerita aku bukan cerita politik . . tak suka boleh blah lah sebenarnya :)

Tengok title post ni pun korang mesti igt aku ni budak liar suka keluar merayau lpas tu balik lambat kan? okay . . bukan liar okay . . haha ! aku bukan selalu keluar merayau balik lewat. . hari hari2 cuti je macam ni. . aku keluar malam balik tengah pagi bukan aku tak bagitahu parents aku lah. . :) sebelum aku keluar pergi mana2 . . aku bagitahu dulu parents aku. . aku bagitahu dengan siapa aku keluar. . pukul berapa aku balik . kalau tak tahu balik pukul berapa janganlah pndai2 janji okay ~ :))

Tu pasal lah aku boleh keluar malam balik lewat. . parents aku kenal dengan siapa aku bergaul. . aku tak bergaul dengan mat2 rempit ke . . pailang2 ke. . hahaha. .kami budak2 biasa yang selalu lepak keluar jalan malam2 untuk release stress daripada hari isnin sampai jumaat. . hahaha. . kalau keluar malam pon mesti tengok midnight movies. . kul 3 habis. . lepak lah kat kdai2 makan. . haha . . selagi aku tak melampaui batas dan tak mengkhianati kepercayaan yang parents bagi kat aku. . takde sebab aku ditahan untuk duduk kat rumah sahaja kan ? :))

Satu je nasihat. . kalau parents korang dah bagi kebebasan macam tu. . korang jangan lebih2 pula. . bak kata orang dah bagi peha nak betis. . Mybe parents kita bagi kita keluar macam tu. . tapi aku tahu dalam hati diorang mesti fikir keselamatan kita kat luar rumah tu kan ? ahaaa ~ so pandai2 lah bawa diri. . . bagi mereka yang keluar malam untuk pergi merempit , bersosial tu. . fikir2 lah keluarga tersayang dekat rumah tu okay ? :)

SEKIAN , SALAM :)
LIKE THIS POST ?

Saturday, April 21, 2012

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK SMKDH SPM STPM 2011

assalamulaikum n slmat sjahtera yaww ! lama tak update blog nie haa. . last update masa sebelum dapat result. . hahahaha. . sorry la x bagitahu result kat blog ni haa~ kita bgtahu dekat FB je~ hahahaha. .

hari ini aku pergi majlis anugerah kecemerlangan akademik dekat skolah lama. . walaupun x berapa nak cmerlang. . hahaha. . actually aku dapat 4A je. . lari 1A drpd aku trget.. tp takpe. . aku redha dengan apa yang aku dapat. . itu yang selayaknya kan. . nie nak share photo2 untuk apa yang berlaku tadi. . :D 

MUKA GEMBIRA JEE ~ :P

BOLEH BOO MUKA NI SKRANG. :P

JANGAN JELES . SAYA MEMANG :)

BESTFRIEND TERSAKAI

EHHEM ~ :)

KP kita pakai baju melayu

tahniah tokoh pelajar

walaupun tak dapat. . ttap bangga jadi calon utk kategori ni :D

malu la~ haha


BULI CIKGU PULAK ! haha

MUKA2 BANGGA


KAWAN SELAMANYA

AKU LAGI TINGGI DARIPADA SYAHIR DAN SAZ DAH SAMA TINGGI DGN DIA

JANGAN PANGGIL SAZ BUDAK PENDEK LAGI :P


HAHA ! INI SAHAJA LAH BINGKISAN UNTUK HARI INI. . JUMPA LAGI DI HARI YANG AKAN DATANG :) 
SEKIAN TERIMA KASIH . . BITTAUFIQ WANNAJAH .ASSSALAMULAIKUM :D

Sunday, March 18, 2012

hari penentuan . Keputusan SPM !

Assalamualaikum semua , selamat sejahtera penutur bahasa tercinta .

hari ini aku nak buat satu entry berkaitan dengan keputusan SPM . hari ni nak guna ayat ikut skema sikit . dah lama tinggalkan buku karangan kan ? :)

Seperti yang kita semua tahu ... keputusan SPM akan keluar 21 Mac ni . . takut rasa hati ni makin membuak2. bukan takut sebab apa. . takut apa yang kita target tak tercapai. . sama macam PMR dulu . . target 5 dapat 4 . sedih gilaa. . SPM ni pun target 5 juga. . doakan supaya impian aku tu tercapai . .

Kalau apa yang aku target tu dapat . aku nak botakkan kepala aku sama macam masa aku jawab SPM masa hari pertama ! dan kalau tercapai target tu. . parents aku nak buat kenduri kesyukuran . jemput datang mana yang kenal empunya diri ni .

Tapi itu semua belum tentu lagi. semuanya bergantung kepada keputusan. aku tak tahu sama ada nak ambil guna tangan pada hari tu jugak atau SMS aje ! hahahaha. . tapi kalau sms takut2 sistem hang pulak. . maklumlah kita tinggal dekat Malaysia. . kena berpijak di bumi yang nyata . belum maju lagi bab2 tu . :)

Cuba tengok dekat sidebar aku ni ! ada countdown untuk ke hari rabu . 10am keputusan diumumkan ! perhhh . perasaan masa aku ambil keputusan UPSR dengan PMR kembali lagi . . hee. . UPSR dpt 3 . PMR dpt 4. . SPM ? adakah 5 ? doa2 kan ! ! aminnnnnnnn ~

SEKIAN itu sahaja luahan rasa hati saya. .
Terima Kasih kerana membaca . :)


LIKE AND FOLLOW me :)

Saturday, February 11, 2012

Merentas Desa

ehemmm, , apa cerita ni abang yang dah habis sekolah update story pasal merentas desa? dah habis sekolah buat lah macam dah habis sekolah. . pergi kerja sana. . hahaahaha. . sengal lahh. . aku update cerita pasal merentas desa ni sebab malam tadi. . dekat news feed facebook aku. . ada banyak status pasal merentas desa pada hari sabtu... iaitu hari ni lah kan ? hahahaha. . smpai ke tengahari ni aku boleh nampak diorang updte sttus pasal merentas desa. . semuanya daripada Blackberry n some other mobile phones. hahaha. . kebanyakan yang update pasal merentas desa ni ialah budak2 SMK Dato' Hamzah dan SMK(P) Raja Zarina. . dua sekolah yang tak dapat dipisahkan. . tiap2 tahun lari bersama2. . dan kebanayakan pelajar daripada dato' hamzah menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar2 daripada sekolah raja zarina ni. . hahahaha. . daripada dulu sampai sekarang. . sampai ada yang dah naik ke jinjang pelamin pun ramai. . tak percaya ? siasat sendiri laa. . majalah sekolah Dato' Hamzah namanya SAMUDERA dan RZ pulak BAHTERA. . saling memerlukan bukan ? bahtera berlayar di atas samudera nan luas. hahahahahaha. . kay melalut kejap.

Sebenarnya aku jealous dengan budak2 sekolah ni .. hahaha. . untungnya lah masih dapat bersama kawan2. . berlari sama2 dengan kawan. . dan berjalan sama2 dngn kawan2 masa tengah merentas desa tu. . yang asyik bersama2 lari dan berjalan bersama kawan tu namanya peserta yang tak nak menang. . bagi peserta yang asyik lari dan terus berlari tak nak tunggu kawan2. . tu namanya peserta yang sangat2 nak kan kemenangan. . hahaha. macam aku dulu2. . tiap2 tahun top 30 . bukan nak bangga tapi dah memang realitinya begitu. . .memang aku teringat gila dekat kawan2 kat sekolah tu. . teringat suasana masa hari merentas desa tu. . heee. . lagi2 masa dia nak umumkan juara keseluruhan untuk rumah sukan. . memang meriah gila lah suasana kat dewan sekolah tu. . ingat lagi diorang menjerit2. . ada yang booo pun ada ! ! hewwheww. . aku pasti budak2 yang dah habis sekolah mesti jeles tgk budak2 ni kan ? hahaha.

okay. sekian. assalamualaikum :))
LIKE

Tuesday, February 7, 2012

esok sekolah lah !

ALAMAKKKKKKK ! ESOK DAH SEKOLAH. . KERJA SEKOLAH TAK SIAP ! ! 4 Hari cuti aku tak buat apa2 pun ! tak sentuh buku pun ! ! macam mana ni. . tak nak datang sekolah lah esok ! hahaha. . biar aku tak kena marah. . diorang yang kena marah ! ! :D

okay. . sebenarnya. . tu aku masa tahun lepas. . tiap2 cuti panjang. . mesti macam tu. . sntiasa plan taknak pergi sekolah keesokan harinya sebab tak siap homework ! haha. tapi datang jugak. . parents aku tak kasi aku ponteng duduk kat umah ! !

tahun ni aku dah tak bersekolah. . tapi masih pergi ke sekolah ! sebab aku bekerja dekat sekolah. . hahaha. kerja kat kantin je. . sehari dapat rm50. . masyuk kan ? hahaha. masyuk2 punn. . aku lagi suka sekolah daripada kerja tahu !? okay rlax2. . jangan emosional sangat. . memang aku rindu sangat2 kat sekolah. . rindu dekat cikgu2 sekolah menengah dato hamzah. . :) semua cikgu2 kat sana sporting ! cikgu yang layan pelajar mereka macam kawan. . tapi tak pernah2 melampaui batas :) tu yang aku suka ! !

okaylah. . tak payah cerita panjang. . aku nak cerita. . selamat bersekolah semula je kat budak2 yang akan bersekolah besok. . tadi dekat news feed fb. . berlambak2 status kelam kabut tak siap keje sekolah. . kesiannya. . tapi sebenarnya tu lah kenangan manis yang kau akan ingat sampai mati. . lagi2 bila kena maki,rotan ngn cikgu dekat sekolah :) jangan pernah berdendam dengan cikgu. . tu tugas cikgu nak mendisiplinkan diri korang okay ?

Sekian,Assalamualaikum :)
LIKE

sungai chongkak and gabai with friends :)

assalamualaikum , selamat sejahtera ! hye saya kembali lagi ! hahahaha. . daripada bosan takde buat apa2. . baik aku update blog kan ?

hari ni. . aku nak kongsi pengalaman pergi mandi sungai . . haha. . ni bukannya first time aku mandi sungai. . tapi first time aku cerita kat korang pasal mandi kat sungai. . hahaha. . aku pergi hulu langat masa hari sabtu lepas. . dengan kawan2 sekerja aku n member2 baik aku. . nak cerita. . panjang sangat. . sebab tolak pagi. . balik petang. . memang panjang. . tapi penat lah. . sebab mula2 pergi sungai congkak . . dah jalan jauh sampai ke atas. . tak ada apa2 pun. . bosan. . pastu keluar. . pergi sungai gabai pulak. . lagi hancur wehh. . nak mendaki anak2 tangga ke air terjun paling atas. . memang bergoyang kepala lutut ! hahaha. . pastu masing2 decide nak pegi chongkak balik . . hahaha. apa pun tak boleh. . tapi yang penting semuanya enjoy lah kot time mandi tu. . hahahahaha. time nak pergi masing2 penat katanya. . hekk eh. . poyo lebih. .

nak tengok ke gambar2 kat sana ? haha. ada aje. . tapi gambar mandinya takde. . sebab semuanya aurat2 belaka. hahahaha. :3 dosa tayang beribu orang datang tengok. . haha. beribu ke ? tak kott. . tpi ada lah skit nak cecah2 seribu tu. .

sebelum bertolak. . baca paper. . membaca amalan mulia kan ? haha

kitorang pergi naik van je. .

penat tahu nak naik sampai atas sana


masih jauh lagi  perjalanan tapi excited lagi tu
saya memang macam budak kecik :P

kita makan dulu. .

batu unik berbentuk hati
posing dulu sebelum balik ! haha
aku paling muda kat situ. masing2 dah 20. aku bru 18 :D
mari melompat katak macam mmber sorang tu. :P

member kata ni komunis. . haha.

time ni dah nak balik dahh ~ :D
sekian terima kasih. . sebenarnya ada banyak lagi gambar ! tapi malas nak upload nak share. . penat tahu ? hahahaha ~ :))




entry pertama

assalamualaikum to my dear readers. . and a very selamat sejahtera. . hahaha ~ :3

sekian lama. . hari berganti hari dan bulan berganti bulan. . baru hari ni aku nak update blog. . inilah entry pertama aku untuk 2012 ni. . tak percaya ? pergi tengok blog archive aku tu. . haha. lepas je bulan Disember. . aku terus tak update blog. . haha. nak tahu kenapa ? sebab aku sekarang sibuk sesangat ! hahaha. maklumlah. . dah mula bekerja kan. . kalau dulu. . masa zaman2 sekolah. . hari2 update pun takpe. . pgi sekolah pkul 7.15. . balik kul 1 petang. . ada banyak masa terluang boleh update blog . . hee. . tapi sekarang ni. . dah kerja. . masuk kul 7 pagi balik kul 6.30 petang. . kerja dah lah penat. . balik cnfirm2 mandi,solat and terus tertido kot. .

mana ada terus tertido. . terus layan FB je kot. . hahaha. . niat nak update blog tu dah ada. . tapi rasa malas pulak. . hahaha. . penat nak menaip dan takde idea nak taip macamm mana. . padahal banyak je kisah nak dikongsikan dekat blog ni. . cuma takde mood nak berblogging lah kot. . hehehe. . :)

2012 ni. . aku kerja dekat kantin sebuah sekolah. . haha. . nak tahu sekolah mana ? sekolah tu ialah sekolah menengah tengku ampuan jemaah. . haha. sekolah campur. . budak2nya pulak perangai memang macam2. . hahaha. . taknak ar mengkritik diorang. . tak baik. . hehe. penat jugak lah kan layan diorang.. aku kerja pun multi-purpose kat kantin tu. . macam2 kerja aku buat. . tapi okay gak . . dapat pengalaman dan buatkan aku senang nak bergaul dengan semua orang terutamanya budak2 sekolah. . hahaha ~

okay. . sampai sini saje lah. . aku ada cerita lagi. tpi taknak sambung dekat sini. . maybe dekat entry akan datang. . kalau rajin. . hari ni jugak aku update. . kalau malas. . maybe. . esok lusa atau bila2 je aku cerita lagi ! hhahaha

Wednesday, December 7, 2011

Anti K-POP vs K-POPERS

ASSALAMUALAIKUM.....
GREETINGS.....
HYE,HELLO,MORNING,NIGHT HEY !

PERLU KE SALING MEMAKI DAN MENGUTUK??

menggelegak hati semua peminat2 tegar K-POP ni. . . hehehe. . apaaaa lah. . tu pun nak mengamuk tah pape lah yooooppp macam tak berakal pun ada. . hehee. ..hari ini. . . saya ada ternampak post dekat fb pasal blog budak kutuk K-POP ! ! wuuuu. . tengok macam biasa2 aje. . sekali open blog yang beralamatkan http://budakgigirabbit.blogspot.com/2011/12/kpopeuww.html?spref=fb owner dia nama amirah afiqah.. wehhhhh aku bersimpati kat kau. . . walaupun kau buat dosa kecik. . tapi kena hina macam mengandung anak luar nikah kan ? hahaha. sorry jangan marah. . tapi tu aku saje buat perbandingan jee. .

kalau kau tekan dekat link tu. . comment dekat blog tu smpai 500 up up up. . gila hebat K-POPERS semua nie. . takde seorang yang anti pun brani comment. . takot dapat dosa kering and kena maki hamun dengan diorang yang tengah panas. . hahahahaa~ bagi aku. . benda ni tak payah nak dilayan secara OVER sangat lah. . tegur and nasihat dah mencukupi. . tapi kenapa perlu disertakan dengan makian ? wahhh. . macam tu ke sifat anda sebagai manusia? lagi2 yang beragama islam. . ckup tersentak aku baca komen korang. . hii. . bila ada poster mencerca dan menghina umat islam. . takde pulak korang condemn habis2 kan ? takde pulak korang update blog pasal tu kan ? ini pasal K-POP 24 jam. . org pun rasa pelik lah jugak. . minat tu boleh. tapi tak payah lah TAKSUB ! OBSES ! wuuuuuuu~ sorry tak marah pun. . cuma luahan perasaan yang tak puas hati. sebab korang BERAT SEBELAH. . isu yang berat korang pandang sebelah mata. . tapi isu remeh macam ni sbab budak tu JIJIK TENGOK MUKA YOSEOB ? salah eje ke btul tu ? hahaha. . ape jelah. itu pun korang nak pandang serius. .

all of the light. . ttibe kejap. . korang yang memaki patut minta maaf kt dia. . and dia pun patut buat macam tu. . haha. buat apa gaduh pasal benda bodoh ni kan? ke satu kepuasan bagi korang lepas dapat maki hamun dia ? haha. ape saje lah . . aku just bagi pendapat. . . korang janganlah hentam aku ! TAKOT weh !
lagipun dunia dah sampai tahap2 akhir dah. . dunia akhir zaman. . ulama bukan lagi idola. . barat jadi ikutan. itulah dia. :))

SEKIAN ASSALAMULAIKUM, THANKS :)

Monday, December 5, 2011

ALIFF HAZIQ punya pengalaman spm ! ! :)

assalamualaikum my dear followers,readers,fans and my lovely stalkers. . whats up coming down ? ahh sudah. . jangan nak mengarut lebih. . . hahaha ! hari ni. . malam ini. .  di saat yang indah lagi berseri2 ni. . angin bertiup sepoi2 bahasa. . saya dengan bangganya ingin berkongsi satu cerita ! cerita yang bertajuk. . . ALIFF HAZIQ dan SPM ~ :D

ALIFF HAZIQ DAN SPM

aku punya kesedaran pasal SPM ni tiba lambat sikit. . ia bermula semasa peperiksaan percubaan. . hahahaha. sbelum percubaan asyik rasa SPM lambat lagi. . tapi lepas habis je percubaan. . perhhh rasa macam SPM tu esok jee sebab tinggal lagi sebulan and banyak cuti umum pulak. . fuhhh takut betul aku. . time tu barulah datang kesedaran untuk study. . hahahaha. . masa tu jugak aku dapat makwe paling tersayang yang terer bab kira2 yang merupakan subjek paling aku lemau. . hahahahaha. iaitu mathematics dengan additional mathematics. . wuuuuu~ dia tolong aku. . aku tolong dia. . masa study grup. .

masa first day. . . hari isnin . . kerta BM I & BM II. . alhamdulillah boleh buat. . insyaallah A lah kot. . hee. , amin . . rasa gementar sangat2 kott first day tuu. . . asik nak tekencing je rasa. . hari kedua pulak paper BI, . pun macam takde problem. . A pun boleh kot. doa2kan. . essay BI . . aku buat 3 pages jee. . tu pun citer pasal aku dengan hairani. .  how we met. . till i sit for the exam. . hehe. . then hari2 sterusnya berlalu. . SEJARAH sangat2 senang macam soalan sivik semua kata kott. . tapi jangan terlalu yakin takut ada buat silly mistakes kan?? huhu. . tapi ada satu story yg agk secret lah kan. . SPM aku rasa tak macam SPM. . sebab apa ? sebab suasana dia lain macam. . shhhhhhhhhhh~ :D tak diam sgt pun . . kelakar. . aku lepas siap chemistry paper 3 . . ada 2 paper lbih yang tak bole dibawa klua. . so. . . aku buatlah origami. . pastu pngwas tu rmpas origami tuu. . siot laa.  . dah lawa aku buat dooo. . siap ade kaler2 and name tag. . nama dia. . . MR SPM ! ! semangat kan aku ? wuu. . masa kena rampas. . satu dewan ketawa. . cam sakai je kan ??

paper yang aku rasa paling susah. . mestilah add math and chemistry. . add math stakat kredit boleh lah kott.. chemistry aku harap2 boleh lulus dgn cmerlang. . yang lain2 subjek elektif. . aku harap dapat credit atau lebih lah .. takde lah rosak slip peperiksaan tu nanti., . hahahaha. . so bila dah dpt rsult aku ingat kalau dapat matrikulasi aku nak trus pg tnpa fkir 2x. . tapi bila fkir balik sijil matriks takde lah setinggi STPM. . so kalau tak dapa matrikulasi gua masuk form 6 kat skolah aku lah. . :D

so............ setakat ini jelah yang aku nak share.. aku nak ucap banyak2 terima kasih kepada family aku yang sanggup berpuasa and berdoa utk aku dpat jwab dgn tenang, cikgu2 yang dah mengajar aku selama 5 tahun kat skolah menengah dato hamzah port klang :)) and kawan2 yang selalu bagi tnjuk ajar. . especially syahir,sazfizal and ezat. . dorang memang gila . . tapi pandai dooohh~ :D tak lupa untuk my sayangggg~ HAIRANI. . . dia lah tutor aku trhebat. . add math aku rasa mcm bole llus pasal dia yang ajar kott . . hhaahahah~ :D

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT DAN MEMBACA.

Thursday, December 1, 2011

SPM's OVER ! !

yeayyyyyyyyyyyyy ! ! SPM dah habis . . seronok memang seronok. . tapi aku still nak sekolah lagi . . susah doh nak tinggalkan sekolah. . aku memang tak suka EXAM. . tapi suka SEKOLAH. . KAWAN2 . . CIKGU2. . hahaha ! tu jeee ! !
lepas SPM . . mybe aku nak keje kejap . . then. . 1st choice is MATRIKULASI. . 2nd is FORM 6(stpm) 3rd choice is Diploma. . . don't ask why. . . sbab aku tanak gopoh sangat masuk U ! last2 habuk pun takde. . :) kbyee ! nak enjoy. .

Saturday, November 5, 2011

Cerita saya bergraduasi ! :)

Assalamualaikum and salam lebaran semua ! hahaha !
lama jugak tak post cerita baru kat blog kan ? asyik2 dekat FB je aku brcerita. . heee.
maklumlah dah nak SPM pun.. lagi 8 hari je nak SPM dohhhh ! cuak gmentar tu sikit2 ada lah tapi tak banyak.. cikgu tak kasi nervous sangat... bahaya ! hahaha. . by the way. . bukan cerita SPM yang nak aku ketengahkan. . tapi cerita graduasi aku semalam. . hari jumaat bersamaan dengan 4NOVEMBER2011 . .

hari graduasi tu dimulakan dengan kehadiran aku dan kawan2 vip yang lain. ceyh ! bukan laa. . khadiran vip2 dan pngetua sekolah. . heee. sblm dorang datang kami didengarkan dgn lagu2 sedih. . maklumlahhhhh tahun dpan dah tak skolah situ kawan2 pun dah hilang ntah kemana kan.... heeee... lpas nyanyian lagu negaraku... sekolah... and mcm2 persembahan.. then ada anugerah hal ehwal murid.. huhu.. aku terima anugerah TOKOH PENGAWAS. . and untuk anugerah yang ini aku nak ucap terima kasih banyak2 pada cikgu2 dan rakan2 yang selalu sokong aku.. dgn anugerah yg aku dpat ni smoga aku dpt jadi mnusia yg lbih baik... hihihi...

lepas habis smua tu.. barulah kitorang semua brgraduasi.. pakai jubah.. topi graduasi.. rasa macam dapat degree pulak.. hahaha~ terdengar pulak suara2 cikgu yang berkata "ZAMAN KAMI DAH BERLALU" hahahaha. takpe cikgu.. cikgu ttap yang terbaik.. tanpa cikgu siapalah kami kan... ;) lpas smua dah brgraduasi.. ada sesi fotografi brsama dgn kru majalah sekolah.. :D weeeeyhhh ! muka kitorang kat frontpage majalah tahun ni yeee siap brjubah graduasi lagi.. hihi.. jangan jeles sudahh ! !

lastly.. aku tahu korang masa form 1~5 mesti teringin gila nak bergraduasi.. tengok diorang seronok brgraduasi kita pun nak jugak.. tapi bagi aku memang aku nak bgraduasi tapi aku taknak brpisah ngn korang.. haha. korang ni dah mcm adik bradik aku sndiri kat sekolah... :) for my kawan ezat,saz, and syahir... smoga kita smua llus cmerlang msa SPM nnti.. :D

p/s:pic graduasi next entry okay ? :)

Thursday, September 15, 2011

kawan penawar duka

Salam semuaaa :)
Hari ni maybe hari yang gembira2 suram sikit kott. . .
sebab apa? sebab hari ni kawan2 aku bnyak buat aku gembira.. ketawa and gila2...
yang suram tu sbab msih tak leh lupa psal semalam.. putus cinta...
heeee~ masa jamming kat tune studios dengan geng2 gila aku ni... nyanyi nak jiwang je...
msg2 nak pkena lagu yang ada kaitan dgn aku.. hahaha ! cm siot je.. tp tape laaa. aku hepy what.. :))

Hari ni life ditruskan tnpa dia.. aku ada baca satu quotes yang mmang bnyak kbenarannya..
"SOMETIMES THE PERSON WE WANT THE MOST, IS THE PERSON WHO WANT SOMEONE ELSE."
tepat kan? benda ni bukan sekali je terjadi. :) masuk ni dah 2 kali. . rasanya memang perit gila. . janji setia brsama lupakan kisah bf gf yg lepas. . :) tapi bila aku mncuba and hampir berjaya. . . . :)) pihak satu lagi pula putus asa and gagal. . tp takpe. . tu hak dia. trpksa trima dgn hati yang terbuka and sakit gila2 ni. aku tak mrahkan dia. . . myb masih muda lagi. . tak dpat nilai mana yang ok or tak ok. . it just when kita ada jodoh and yes myb kita akn brsama. . n ak tak tahu ada ke x jdoh tu ngn dia. . yamg aku rasa sekarang bodoh jer. . HAHA ! well. . . it's time to change. . aku tak terbawa2 emosi putus cinta tu ngn kwan2. n diorg pun fham.

kawan2 kat sekolah aku semuanya supportive gila kot ! sayang gila kat diorang especially clasmates aku. :) budak2 form 6 pun tak trkcuali. kjap je trsebar kat skolah. tak smpai 24 jam pun. hah. tp takpe. . masih ada kwan yang selalu buat aku ketawa :)
"the deeper u falling in love.. the more u get hurt when the time that you will never be togther come."
but it's ok ! segalanya aku serahkan pada Allah SWT. :) doakan kesejahteraan aku and aku pun akan doakan korang. amin ! :)

Tuesday, September 13, 2011

Doa Buat Kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin....

Tuesday, July 26, 2011

nombor 17 dan puaka meja guru

assalamualaikum.... salam sejahtera............ ahh~ ingat aku nak bagi pidato ke apa kat korang? hahaha. sesajee jerkk..


tengok title macam cerita seram bukan? memang seram kott. haha. padahal takda kena mengena dengan hantu pun~ ni cerita pasal aku... hari ni hari jadi aku yang ke-17.. woww ! bangga dah jadi 17.. sebab dah boleh amek lesen kereta kan?? HUHU ! ! bangga siott. hari ni adalah tragedi dlam hidup aku kat sekolah.. haha ! ni semua kerana puaka meja guru....


kitorang ada satu upacara pelik untuk menyambut hari jadi kawan2.. salah satu upacara tu ialah tangkap the birthday boy and baringkan dia atas meja guru yang panjang lebar dan besar tu lalu dibelasah ramai2.. hahahaha.. ni bukan kes buli yeee.. sebab semua orang dah tandatangan agreement.. sesiapa yang rela menjadi mangsa sahaja akan dapat memukul mangsa2 yang lain..  senang cerita... dekat kelas aku semua dah jadi mangsa meja guru tu.. :D


by the way... setakat pukul 9 malam nie.. dah ada lebih kurang 400 orang yang wish.. di fb,sekolah dan juga telefon.. hadiah2 pun dapat banyak.. especially chocolate~ :D hee. memang hari ni hari yang gembira gila walaupun badan aku sakit2... hahahaha... sekarang mahu rest and tengok the late wish... heeeeeeeeeee~ sweet seventeen lah konon sekarang nie.. heee. goodbye 16..


LIKE

Saturday, July 2, 2011

cerita 1 SAYA 1 SUKAN 1 CERITA ~

eyooooo~ hari ni kan. . . hari paling penat dalam sejarah hidup aku ! tak penah ada hari yang sepenat ini. . mungkin lah kott. . . hahahaha. . .

pendahuluan dia mulanya begini. . . aku bangun dari tido pukul 5. . and kuar dari umah pkul 5.30 pagi. . pastu aku bawak adik aku naik motor pergi umah john~ :D sampai je sana. . kitorang kena tunggu lagi sorang kawan. . muhaimin. . . dia smpai jer dah pkul 6.20 pagi. . lepas je dia smpai kitorang terus lah gerak pegi sekolah and sampai pukul 6.30 pagi. . . *paling awal dalam hidup aku sampai ke sekolah~ :D

aku ingatkan masa kitorang sampai pkul 6.30 tu. .  takde orang lagi. . rupa2nya dah ramai yang datang. . motor berderet jer parking kat luar tpi aku parking kt dlam sekolah. .  hehehe.  memang tinggi betul semangat 1 malaysia diorang kan? hahaha. . . tapi tu lah yang bagusnya. . . seterusnya. . . pergi pendaftaran and masuk ke dewan untuk senam aerobik bersama dengan cikgu mohamad. . . pakar senam tu. . jgn main2. .  hahahaha. . ramai yang bersuka ria masa wat senaman tu . . hepy giler ar. . havoc pun ade.

masa kat dalam dewan tu kami semua dipertontonkan ucapan dari timbalan perdana menteri secara live streaming taw. . . menggiler bbudak dato nie. diorang rasa mcm TPM tu ada kat depan diorang. . smpai bersorak2 and bertepuk tangan ! ! hahaha. aku pun join skali~ heeee. . habis jer ucapan tu . . terus pegi luar untuk pelancaran larian serentak satu malaysia~ heee.. aku lari penuh bersemangat n berada di kelompok hadapan masa smpai kat sekolah. . tapi sayangnya takda hadiah ohhh~ hahaha. . tapi takpe. . walaupun takdpat hadiah tapi puas hati lah lari 3km non-stop. . uhuhu. bangge2. .

lepas tu kan ada lagi acara 1 murid 1 sukan. . aku tak masuk apa2 acara. . sebab selama ni dah ckup bnyak aku masuk. . hehe. malas2. . kt sekolah aku ada sukan futsal,bola jaring,badminton,sepak takraw and bola keranjang~ mula aku layan futsal. . then pg tengok budak2 prempuan main bola jaring~ ganas siot diorang main... macam ragbi pun ade. . ramai yang injured. . termasuk cikgu cemerlang bahasa inggeris tahun lepas yang mengajar kelas aku. . . huhu. . kesian dia. . injured masa lawan dengan team form 6. . hee. so isnin ni mybe takde kelas BI.. hihi. . masa perlawanan final antara cikgu dan pelajar perempuan tu. . team cikgu yang diberi nama YOUNG MUDA. . . menang 8-0. . . huyooo. tua2 hebat tu. . . perlawanan diadili oleh ckgu kelas aku yang merupakan wakil kebangsaan utk bola jaring~ hahaha.

habis jer smua acara ada penyampaian hadiah. . and aku terus balik lepas habis smuanya. kepala pening. kaki dah rasa mcm takde jerk.. :D

like kat bawah !

Friday, June 24, 2011

Back to Primary School

heyyaa dear readers,followers and guests. . . 
SORRY LAA LAMA TAK UPDATE BLOG...
sebab aku malas nak update arr. huhu. fokus SPM derr.

Tengok and baca title tu betul . . translate kan ke bahasa melayu. . . balik ke sekolah rendah. . :D
Hari ni aku nak cerita penglaman aku masuk ke sekolah rendah aku dulu setelah 5 tahun tak menjejakkan kaki kat dalam sekolah tu. . . dan pada hari ini. . 24Jun2011 pada pukul 10.30am. . aku telah melangkah masuk ke sekolah rendah sungai udang . . huhu. . 

Bila masuk je ke dalam kawasan sekolah tu . . segala memori indah dan pahit terus menerjah minda aku~ perhh..
perasaan rindu kat kawan2 sekolah rendah terus aku dapat rasa. . bila tengok budak2 main sepak2 penutup botol kat dewan terbuka. . aku teringat masa dulu2 pun aku pernah main sepak2 penutup botol tu. . bila ternampak budak2 main kejar2. . aku teringat mse aku lari2 kat blkang surau yang bnyak rumput and pokok2..

Lepas tu kann.... aku duduk kat tepi pokok sebelah pondok yang ada kat sekolah tu. . aku nampak budak2 main nyorok2. . perh. . . teringat pulak masa darjah 5 ngn 6. . aku time tu pengawas tak bertugas and join budak2 main nyorok2 time rehat. . huuu. . . gila lah. . mcm2 laa. . teringat lari sekeliling kawasan sekolah,lepak belakang blok, teringat budak2 laki kena pakai baju kurung sebab ejek nama bapak. . haha. all my sweet memories :D

Selesai je urusan amek repot kad adik aku. . . aku ngn adik aku terus gerak pergi kantin. . masa aku duduk kat kantin tu. . ada makcik yang jual nasi lemak kat kantin tu tegur aku. . "dik3. . . sini jap." kata mcik tu. aku taw macik tu da lama keje kat situ tp aku lupa nama dia. . dia kata dulu sekolah sini kan. . . lama acik ta nampak kau. . dah 5 tahun da.. besar kau skarang yerk. . huuu~ aku pun ase trharu lah gak ada gak yg igt. . cikgu2 yang pernah mengajar aku pun tegur2 aku jugak. . aku cakap kt cgu2 tu yang aku rindu gila kat sekolah nie~ hohohoho. . to ex students sksu batch 01~06 . . bila lagi nak buat reunion?? :D

sekian terimass~ :D
LIKE kt bawah.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person