Dear Followers

Saturday, February 11, 2012

Merentas Desa

ehemmm, , apa cerita ni abang yang dah habis sekolah update story pasal merentas desa? dah habis sekolah buat lah macam dah habis sekolah. . pergi kerja sana. . hahaahaha. . sengal lahh. . aku update cerita pasal merentas desa ni sebab malam tadi. . dekat news feed facebook aku. . ada banyak status pasal merentas desa pada hari sabtu... iaitu hari ni lah kan ? hahahaha. . smpai ke tengahari ni aku boleh nampak diorang updte sttus pasal merentas desa. . semuanya daripada Blackberry n some other mobile phones. hahaha. . kebanyakan yang update pasal merentas desa ni ialah budak2 SMK Dato' Hamzah dan SMK(P) Raja Zarina. . dua sekolah yang tak dapat dipisahkan. . tiap2 tahun lari bersama2. . dan kebanayakan pelajar daripada dato' hamzah menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar2 daripada sekolah raja zarina ni. . hahahaha. . daripada dulu sampai sekarang. . sampai ada yang dah naik ke jinjang pelamin pun ramai. . tak percaya ? siasat sendiri laa. . majalah sekolah Dato' Hamzah namanya SAMUDERA dan RZ pulak BAHTERA. . saling memerlukan bukan ? bahtera berlayar di atas samudera nan luas. hahahahahaha. . kay melalut kejap.

Sebenarnya aku jealous dengan budak2 sekolah ni .. hahaha. . untungnya lah masih dapat bersama kawan2. . berlari sama2 dengan kawan. . dan berjalan sama2 dngn kawan2 masa tengah merentas desa tu. . yang asyik bersama2 lari dan berjalan bersama kawan tu namanya peserta yang tak nak menang. . bagi peserta yang asyik lari dan terus berlari tak nak tunggu kawan2. . tu namanya peserta yang sangat2 nak kan kemenangan. . hahaha. macam aku dulu2. . tiap2 tahun top 30 . bukan nak bangga tapi dah memang realitinya begitu. . .memang aku teringat gila dekat kawan2 kat sekolah tu. . teringat suasana masa hari merentas desa tu. . heee. . lagi2 masa dia nak umumkan juara keseluruhan untuk rumah sukan. . memang meriah gila lah suasana kat dewan sekolah tu. . ingat lagi diorang menjerit2. . ada yang booo pun ada ! ! hewwheww. . aku pasti budak2 yang dah habis sekolah mesti jeles tgk budak2 ni kan ? hahaha.

okay. sekian. assalamualaikum :))
LIKE

Tuesday, February 7, 2012

esok sekolah lah !

ALAMAKKKKKKK ! ESOK DAH SEKOLAH. . KERJA SEKOLAH TAK SIAP ! ! 4 Hari cuti aku tak buat apa2 pun ! tak sentuh buku pun ! ! macam mana ni. . tak nak datang sekolah lah esok ! hahaha. . biar aku tak kena marah. . diorang yang kena marah ! ! :D

okay. . sebenarnya. . tu aku masa tahun lepas. . tiap2 cuti panjang. . mesti macam tu. . sntiasa plan taknak pergi sekolah keesokan harinya sebab tak siap homework ! haha. tapi datang jugak. . parents aku tak kasi aku ponteng duduk kat umah ! !

tahun ni aku dah tak bersekolah. . tapi masih pergi ke sekolah ! sebab aku bekerja dekat sekolah. . hahaha. kerja kat kantin je. . sehari dapat rm50. . masyuk kan ? hahaha. masyuk2 punn. . aku lagi suka sekolah daripada kerja tahu !? okay rlax2. . jangan emosional sangat. . memang aku rindu sangat2 kat sekolah. . rindu dekat cikgu2 sekolah menengah dato hamzah. . :) semua cikgu2 kat sana sporting ! cikgu yang layan pelajar mereka macam kawan. . tapi tak pernah2 melampaui batas :) tu yang aku suka ! !

okaylah. . tak payah cerita panjang. . aku nak cerita. . selamat bersekolah semula je kat budak2 yang akan bersekolah besok. . tadi dekat news feed fb. . berlambak2 status kelam kabut tak siap keje sekolah. . kesiannya. . tapi sebenarnya tu lah kenangan manis yang kau akan ingat sampai mati. . lagi2 bila kena maki,rotan ngn cikgu dekat sekolah :) jangan pernah berdendam dengan cikgu. . tu tugas cikgu nak mendisiplinkan diri korang okay ?

Sekian,Assalamualaikum :)
LIKE

sungai chongkak and gabai with friends :)

assalamualaikum , selamat sejahtera ! hye saya kembali lagi ! hahahaha. . daripada bosan takde buat apa2. . baik aku update blog kan ?

hari ni. . aku nak kongsi pengalaman pergi mandi sungai . . haha. . ni bukannya first time aku mandi sungai. . tapi first time aku cerita kat korang pasal mandi kat sungai. . hahaha. . aku pergi hulu langat masa hari sabtu lepas. . dengan kawan2 sekerja aku n member2 baik aku. . nak cerita. . panjang sangat. . sebab tolak pagi. . balik petang. . memang panjang. . tapi penat lah. . sebab mula2 pergi sungai congkak . . dah jalan jauh sampai ke atas. . tak ada apa2 pun. . bosan. . pastu keluar. . pergi sungai gabai pulak. . lagi hancur wehh. . nak mendaki anak2 tangga ke air terjun paling atas. . memang bergoyang kepala lutut ! hahaha. . pastu masing2 decide nak pegi chongkak balik . . hahaha. apa pun tak boleh. . tapi yang penting semuanya enjoy lah kot time mandi tu. . hahahahaha. time nak pergi masing2 penat katanya. . hekk eh. . poyo lebih. .

nak tengok ke gambar2 kat sana ? haha. ada aje. . tapi gambar mandinya takde. . sebab semuanya aurat2 belaka. hahahaha. :3 dosa tayang beribu orang datang tengok. . haha. beribu ke ? tak kott. . tpi ada lah skit nak cecah2 seribu tu. .

sebelum bertolak. . baca paper. . membaca amalan mulia kan ? haha

kitorang pergi naik van je. .

penat tahu nak naik sampai atas sana


masih jauh lagi  perjalanan tapi excited lagi tu
saya memang macam budak kecik :P

kita makan dulu. .

batu unik berbentuk hati
posing dulu sebelum balik ! haha
aku paling muda kat situ. masing2 dah 20. aku bru 18 :D
mari melompat katak macam mmber sorang tu. :P

member kata ni komunis. . haha.

time ni dah nak balik dahh ~ :D
sekian terima kasih. . sebenarnya ada banyak lagi gambar ! tapi malas nak upload nak share. . penat tahu ? hahahaha ~ :))




entry pertama

assalamualaikum to my dear readers. . and a very selamat sejahtera. . hahaha ~ :3

sekian lama. . hari berganti hari dan bulan berganti bulan. . baru hari ni aku nak update blog. . inilah entry pertama aku untuk 2012 ni. . tak percaya ? pergi tengok blog archive aku tu. . haha. lepas je bulan Disember. . aku terus tak update blog. . haha. nak tahu kenapa ? sebab aku sekarang sibuk sesangat ! hahaha. maklumlah. . dah mula bekerja kan. . kalau dulu. . masa zaman2 sekolah. . hari2 update pun takpe. . pgi sekolah pkul 7.15. . balik kul 1 petang. . ada banyak masa terluang boleh update blog . . hee. . tapi sekarang ni. . dah kerja. . masuk kul 7 pagi balik kul 6.30 petang. . kerja dah lah penat. . balik cnfirm2 mandi,solat and terus tertido kot. .

mana ada terus tertido. . terus layan FB je kot. . hahaha. . niat nak update blog tu dah ada. . tapi rasa malas pulak. . hahaha. . penat nak menaip dan takde idea nak taip macamm mana. . padahal banyak je kisah nak dikongsikan dekat blog ni. . cuma takde mood nak berblogging lah kot. . hehehe. . :)

2012 ni. . aku kerja dekat kantin sebuah sekolah. . haha. . nak tahu sekolah mana ? sekolah tu ialah sekolah menengah tengku ampuan jemaah. . haha. sekolah campur. . budak2nya pulak perangai memang macam2. . hahaha. . taknak ar mengkritik diorang. . tak baik. . hehe. penat jugak lah kan layan diorang.. aku kerja pun multi-purpose kat kantin tu. . macam2 kerja aku buat. . tapi okay gak . . dapat pengalaman dan buatkan aku senang nak bergaul dengan semua orang terutamanya budak2 sekolah. . hahaha ~

okay. . sampai sini saje lah. . aku ada cerita lagi. tpi taknak sambung dekat sini. . maybe dekat entry akan datang. . kalau rajin. . hari ni jugak aku update. . kalau malas. . maybe. . esok lusa atau bila2 je aku cerita lagi ! hhahaha

Wednesday, December 7, 2011

Anti K-POP vs K-POPERS

ASSALAMUALAIKUM.....
GREETINGS.....
HYE,HELLO,MORNING,NIGHT HEY !

PERLU KE SALING MEMAKI DAN MENGUTUK??

menggelegak hati semua peminat2 tegar K-POP ni. . . hehehe. . apaaaa lah. . tu pun nak mengamuk tah pape lah yooooppp macam tak berakal pun ada. . hehee. ..hari ini. . . saya ada ternampak post dekat fb pasal blog budak kutuk K-POP ! ! wuuuu. . tengok macam biasa2 aje. . sekali open blog yang beralamatkan http://budakgigirabbit.blogspot.com/2011/12/kpopeuww.html?spref=fb owner dia nama amirah afiqah.. wehhhhh aku bersimpati kat kau. . . walaupun kau buat dosa kecik. . tapi kena hina macam mengandung anak luar nikah kan ? hahaha. sorry jangan marah. . tapi tu aku saje buat perbandingan jee. .

kalau kau tekan dekat link tu. . comment dekat blog tu smpai 500 up up up. . gila hebat K-POPERS semua nie. . takde seorang yang anti pun brani comment. . takot dapat dosa kering and kena maki hamun dengan diorang yang tengah panas. . hahahahaa~ bagi aku. . benda ni tak payah nak dilayan secara OVER sangat lah. . tegur and nasihat dah mencukupi. . tapi kenapa perlu disertakan dengan makian ? wahhh. . macam tu ke sifat anda sebagai manusia? lagi2 yang beragama islam. . ckup tersentak aku baca komen korang. . hii. . bila ada poster mencerca dan menghina umat islam. . takde pulak korang condemn habis2 kan ? takde pulak korang update blog pasal tu kan ? ini pasal K-POP 24 jam. . org pun rasa pelik lah jugak. . minat tu boleh. tapi tak payah lah TAKSUB ! OBSES ! wuuuuuuu~ sorry tak marah pun. . cuma luahan perasaan yang tak puas hati. sebab korang BERAT SEBELAH. . isu yang berat korang pandang sebelah mata. . tapi isu remeh macam ni sbab budak tu JIJIK TENGOK MUKA YOSEOB ? salah eje ke btul tu ? hahaha. . ape jelah. itu pun korang nak pandang serius. .

all of the light. . ttibe kejap. . korang yang memaki patut minta maaf kt dia. . and dia pun patut buat macam tu. . haha. buat apa gaduh pasal benda bodoh ni kan? ke satu kepuasan bagi korang lepas dapat maki hamun dia ? haha. ape saje lah . . aku just bagi pendapat. . . korang janganlah hentam aku ! TAKOT weh !
lagipun dunia dah sampai tahap2 akhir dah. . dunia akhir zaman. . ulama bukan lagi idola. . barat jadi ikutan. itulah dia. :))

SEKIAN ASSALAMULAIKUM, THANKS :)

Monday, December 5, 2011

ALIFF HAZIQ punya pengalaman spm ! ! :)

assalamualaikum my dear followers,readers,fans and my lovely stalkers. . whats up coming down ? ahh sudah. . jangan nak mengarut lebih. . . hahaha ! hari ni. . malam ini. .  di saat yang indah lagi berseri2 ni. . angin bertiup sepoi2 bahasa. . saya dengan bangganya ingin berkongsi satu cerita ! cerita yang bertajuk. . . ALIFF HAZIQ dan SPM ~ :D

ALIFF HAZIQ DAN SPM

aku punya kesedaran pasal SPM ni tiba lambat sikit. . ia bermula semasa peperiksaan percubaan. . hahahaha. sbelum percubaan asyik rasa SPM lambat lagi. . tapi lepas habis je percubaan. . perhhh rasa macam SPM tu esok jee sebab tinggal lagi sebulan and banyak cuti umum pulak. . fuhhh takut betul aku. . time tu barulah datang kesedaran untuk study. . hahahaha. . masa tu jugak aku dapat makwe paling tersayang yang terer bab kira2 yang merupakan subjek paling aku lemau. . hahahahaha. iaitu mathematics dengan additional mathematics. . wuuuuu~ dia tolong aku. . aku tolong dia. . masa study grup. .

masa first day. . . hari isnin . . kerta BM I & BM II. . alhamdulillah boleh buat. . insyaallah A lah kot. . hee. , amin . . rasa gementar sangat2 kott first day tuu. . . asik nak tekencing je rasa. . hari kedua pulak paper BI, . pun macam takde problem. . A pun boleh kot. doa2kan. . essay BI . . aku buat 3 pages jee. . tu pun citer pasal aku dengan hairani. .  how we met. . till i sit for the exam. . hehe. . then hari2 sterusnya berlalu. . SEJARAH sangat2 senang macam soalan sivik semua kata kott. . tapi jangan terlalu yakin takut ada buat silly mistakes kan?? huhu. . tapi ada satu story yg agk secret lah kan. . SPM aku rasa tak macam SPM. . sebab apa ? sebab suasana dia lain macam. . shhhhhhhhhhh~ :D tak diam sgt pun . . kelakar. . aku lepas siap chemistry paper 3 . . ada 2 paper lbih yang tak bole dibawa klua. . so. . . aku buatlah origami. . pastu pngwas tu rmpas origami tuu. . siot laa.  . dah lawa aku buat dooo. . siap ade kaler2 and name tag. . nama dia. . . MR SPM ! ! semangat kan aku ? wuu. . masa kena rampas. . satu dewan ketawa. . cam sakai je kan ??

paper yang aku rasa paling susah. . mestilah add math and chemistry. . add math stakat kredit boleh lah kott.. chemistry aku harap2 boleh lulus dgn cmerlang. . yang lain2 subjek elektif. . aku harap dapat credit atau lebih lah .. takde lah rosak slip peperiksaan tu nanti., . hahahaha. . so bila dah dpt rsult aku ingat kalau dapat matrikulasi aku nak trus pg tnpa fkir 2x. . tapi bila fkir balik sijil matriks takde lah setinggi STPM. . so kalau tak dapa matrikulasi gua masuk form 6 kat skolah aku lah. . :D

so............ setakat ini jelah yang aku nak share.. aku nak ucap banyak2 terima kasih kepada family aku yang sanggup berpuasa and berdoa utk aku dpat jwab dgn tenang, cikgu2 yang dah mengajar aku selama 5 tahun kat skolah menengah dato hamzah port klang :)) and kawan2 yang selalu bagi tnjuk ajar. . especially syahir,sazfizal and ezat. . dorang memang gila . . tapi pandai dooohh~ :D tak lupa untuk my sayangggg~ HAIRANI. . . dia lah tutor aku trhebat. . add math aku rasa mcm bole llus pasal dia yang ajar kott . . hhaahahah~ :D

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT DAN MEMBACA.

Thursday, December 1, 2011

SPM's OVER ! !

yeayyyyyyyyyyyyy ! ! SPM dah habis . . seronok memang seronok. . tapi aku still nak sekolah lagi . . susah doh nak tinggalkan sekolah. . aku memang tak suka EXAM. . tapi suka SEKOLAH. . KAWAN2 . . CIKGU2. . hahaha ! tu jeee ! !
lepas SPM . . mybe aku nak keje kejap . . then. . 1st choice is MATRIKULASI. . 2nd is FORM 6(stpm) 3rd choice is Diploma. . . don't ask why. . . sbab aku tanak gopoh sangat masuk U ! last2 habuk pun takde. . :) kbyee ! nak enjoy. .

Saturday, November 5, 2011

Cerita saya bergraduasi ! :)

Assalamualaikum and salam lebaran semua ! hahaha !
lama jugak tak post cerita baru kat blog kan ? asyik2 dekat FB je aku brcerita. . heee.
maklumlah dah nak SPM pun.. lagi 8 hari je nak SPM dohhhh ! cuak gmentar tu sikit2 ada lah tapi tak banyak.. cikgu tak kasi nervous sangat... bahaya ! hahaha. . by the way. . bukan cerita SPM yang nak aku ketengahkan. . tapi cerita graduasi aku semalam. . hari jumaat bersamaan dengan 4NOVEMBER2011 . .

hari graduasi tu dimulakan dengan kehadiran aku dan kawan2 vip yang lain. ceyh ! bukan laa. . khadiran vip2 dan pngetua sekolah. . heee. sblm dorang datang kami didengarkan dgn lagu2 sedih. . maklumlahhhhh tahun dpan dah tak skolah situ kawan2 pun dah hilang ntah kemana kan.... heeee... lpas nyanyian lagu negaraku... sekolah... and mcm2 persembahan.. then ada anugerah hal ehwal murid.. huhu.. aku terima anugerah TOKOH PENGAWAS. . and untuk anugerah yang ini aku nak ucap terima kasih banyak2 pada cikgu2 dan rakan2 yang selalu sokong aku.. dgn anugerah yg aku dpat ni smoga aku dpt jadi mnusia yg lbih baik... hihihi...

lepas habis smua tu.. barulah kitorang semua brgraduasi.. pakai jubah.. topi graduasi.. rasa macam dapat degree pulak.. hahaha~ terdengar pulak suara2 cikgu yang berkata "ZAMAN KAMI DAH BERLALU" hahahaha. takpe cikgu.. cikgu ttap yang terbaik.. tanpa cikgu siapalah kami kan... ;) lpas smua dah brgraduasi.. ada sesi fotografi brsama dgn kru majalah sekolah.. :D weeeeyhhh ! muka kitorang kat frontpage majalah tahun ni yeee siap brjubah graduasi lagi.. hihi.. jangan jeles sudahh ! !

lastly.. aku tahu korang masa form 1~5 mesti teringin gila nak bergraduasi.. tengok diorang seronok brgraduasi kita pun nak jugak.. tapi bagi aku memang aku nak bgraduasi tapi aku taknak brpisah ngn korang.. haha. korang ni dah mcm adik bradik aku sndiri kat sekolah... :) for my kawan ezat,saz, and syahir... smoga kita smua llus cmerlang msa SPM nnti.. :D

p/s:pic graduasi next entry okay ? :)

Thursday, September 15, 2011

kawan penawar duka

Salam semuaaa :)
Hari ni maybe hari yang gembira2 suram sikit kott. . .
sebab apa? sebab hari ni kawan2 aku bnyak buat aku gembira.. ketawa and gila2...
yang suram tu sbab msih tak leh lupa psal semalam.. putus cinta...
heeee~ masa jamming kat tune studios dengan geng2 gila aku ni... nyanyi nak jiwang je...
msg2 nak pkena lagu yang ada kaitan dgn aku.. hahaha ! cm siot je.. tp tape laaa. aku hepy what.. :))

Hari ni life ditruskan tnpa dia.. aku ada baca satu quotes yang mmang bnyak kbenarannya..
"SOMETIMES THE PERSON WE WANT THE MOST, IS THE PERSON WHO WANT SOMEONE ELSE."
tepat kan? benda ni bukan sekali je terjadi. :) masuk ni dah 2 kali. . rasanya memang perit gila. . janji setia brsama lupakan kisah bf gf yg lepas. . :) tapi bila aku mncuba and hampir berjaya. . . . :)) pihak satu lagi pula putus asa and gagal. . tp takpe. . tu hak dia. trpksa trima dgn hati yang terbuka and sakit gila2 ni. aku tak mrahkan dia. . . myb masih muda lagi. . tak dpat nilai mana yang ok or tak ok. . it just when kita ada jodoh and yes myb kita akn brsama. . n ak tak tahu ada ke x jdoh tu ngn dia. . yamg aku rasa sekarang bodoh jer. . HAHA ! well. . . it's time to change. . aku tak terbawa2 emosi putus cinta tu ngn kwan2. n diorg pun fham.

kawan2 kat sekolah aku semuanya supportive gila kot ! sayang gila kat diorang especially clasmates aku. :) budak2 form 6 pun tak trkcuali. kjap je trsebar kat skolah. tak smpai 24 jam pun. hah. tp takpe. . masih ada kwan yang selalu buat aku ketawa :)
"the deeper u falling in love.. the more u get hurt when the time that you will never be togther come."
but it's ok ! segalanya aku serahkan pada Allah SWT. :) doakan kesejahteraan aku and aku pun akan doakan korang. amin ! :)

Tuesday, September 13, 2011

Doa Buat Kekasih

Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin....

Tuesday, July 26, 2011

nombor 17 dan puaka meja guru

assalamualaikum.... salam sejahtera............ ahh~ ingat aku nak bagi pidato ke apa kat korang? hahaha. sesajee jerkk..


tengok title macam cerita seram bukan? memang seram kott. haha. padahal takda kena mengena dengan hantu pun~ ni cerita pasal aku... hari ni hari jadi aku yang ke-17.. woww ! bangga dah jadi 17.. sebab dah boleh amek lesen kereta kan?? HUHU ! ! bangga siott. hari ni adalah tragedi dlam hidup aku kat sekolah.. haha ! ni semua kerana puaka meja guru....


kitorang ada satu upacara pelik untuk menyambut hari jadi kawan2.. salah satu upacara tu ialah tangkap the birthday boy and baringkan dia atas meja guru yang panjang lebar dan besar tu lalu dibelasah ramai2.. hahahaha.. ni bukan kes buli yeee.. sebab semua orang dah tandatangan agreement.. sesiapa yang rela menjadi mangsa sahaja akan dapat memukul mangsa2 yang lain..  senang cerita... dekat kelas aku semua dah jadi mangsa meja guru tu.. :D


by the way... setakat pukul 9 malam nie.. dah ada lebih kurang 400 orang yang wish.. di fb,sekolah dan juga telefon.. hadiah2 pun dapat banyak.. especially chocolate~ :D hee. memang hari ni hari yang gembira gila walaupun badan aku sakit2... hahahaha... sekarang mahu rest and tengok the late wish... heeeeeeeeeee~ sweet seventeen lah konon sekarang nie.. heee. goodbye 16..


LIKE

Saturday, July 2, 2011

cerita 1 SAYA 1 SUKAN 1 CERITA ~

eyooooo~ hari ni kan. . . hari paling penat dalam sejarah hidup aku ! tak penah ada hari yang sepenat ini. . mungkin lah kott. . . hahahaha. . .

pendahuluan dia mulanya begini. . . aku bangun dari tido pukul 5. . and kuar dari umah pkul 5.30 pagi. . pastu aku bawak adik aku naik motor pergi umah john~ :D sampai je sana. . kitorang kena tunggu lagi sorang kawan. . muhaimin. . . dia smpai jer dah pkul 6.20 pagi. . lepas je dia smpai kitorang terus lah gerak pegi sekolah and sampai pukul 6.30 pagi. . . *paling awal dalam hidup aku sampai ke sekolah~ :D

aku ingatkan masa kitorang sampai pkul 6.30 tu. .  takde orang lagi. . rupa2nya dah ramai yang datang. . motor berderet jer parking kat luar tpi aku parking kt dlam sekolah. .  hehehe.  memang tinggi betul semangat 1 malaysia diorang kan? hahaha. . . tapi tu lah yang bagusnya. . . seterusnya. . . pergi pendaftaran and masuk ke dewan untuk senam aerobik bersama dengan cikgu mohamad. . . pakar senam tu. . jgn main2. .  hahahaha. . ramai yang bersuka ria masa wat senaman tu . . hepy giler ar. . havoc pun ade.

masa kat dalam dewan tu kami semua dipertontonkan ucapan dari timbalan perdana menteri secara live streaming taw. . . menggiler bbudak dato nie. diorang rasa mcm TPM tu ada kat depan diorang. . smpai bersorak2 and bertepuk tangan ! ! hahaha. aku pun join skali~ heeee. . habis jer ucapan tu . . terus pegi luar untuk pelancaran larian serentak satu malaysia~ heee.. aku lari penuh bersemangat n berada di kelompok hadapan masa smpai kat sekolah. . tapi sayangnya takda hadiah ohhh~ hahaha. . tapi takpe. . walaupun takdpat hadiah tapi puas hati lah lari 3km non-stop. . uhuhu. bangge2. .

lepas tu kan ada lagi acara 1 murid 1 sukan. . aku tak masuk apa2 acara. . sebab selama ni dah ckup bnyak aku masuk. . hehe. malas2. . kt sekolah aku ada sukan futsal,bola jaring,badminton,sepak takraw and bola keranjang~ mula aku layan futsal. . then pg tengok budak2 prempuan main bola jaring~ ganas siot diorang main... macam ragbi pun ade. . ramai yang injured. . termasuk cikgu cemerlang bahasa inggeris tahun lepas yang mengajar kelas aku. . . huhu. . kesian dia. . injured masa lawan dengan team form 6. . hee. so isnin ni mybe takde kelas BI.. hihi. . masa perlawanan final antara cikgu dan pelajar perempuan tu. . team cikgu yang diberi nama YOUNG MUDA. . . menang 8-0. . . huyooo. tua2 hebat tu. . . perlawanan diadili oleh ckgu kelas aku yang merupakan wakil kebangsaan utk bola jaring~ hahaha.

habis jer smua acara ada penyampaian hadiah. . and aku terus balik lepas habis smuanya. kepala pening. kaki dah rasa mcm takde jerk.. :D

like kat bawah !

Friday, June 24, 2011

Back to Primary School

heyyaa dear readers,followers and guests. . . 
SORRY LAA LAMA TAK UPDATE BLOG...
sebab aku malas nak update arr. huhu. fokus SPM derr.

Tengok and baca title tu betul . . translate kan ke bahasa melayu. . . balik ke sekolah rendah. . :D
Hari ni aku nak cerita penglaman aku masuk ke sekolah rendah aku dulu setelah 5 tahun tak menjejakkan kaki kat dalam sekolah tu. . . dan pada hari ini. . 24Jun2011 pada pukul 10.30am. . aku telah melangkah masuk ke sekolah rendah sungai udang . . huhu. . 

Bila masuk je ke dalam kawasan sekolah tu . . segala memori indah dan pahit terus menerjah minda aku~ perhh..
perasaan rindu kat kawan2 sekolah rendah terus aku dapat rasa. . bila tengok budak2 main sepak2 penutup botol kat dewan terbuka. . aku teringat masa dulu2 pun aku pernah main sepak2 penutup botol tu. . bila ternampak budak2 main kejar2. . aku teringat mse aku lari2 kat blkang surau yang bnyak rumput and pokok2..

Lepas tu kann.... aku duduk kat tepi pokok sebelah pondok yang ada kat sekolah tu. . aku nampak budak2 main nyorok2. . perh. . . teringat pulak masa darjah 5 ngn 6. . aku time tu pengawas tak bertugas and join budak2 main nyorok2 time rehat. . huuu. . . gila lah. . mcm2 laa. . teringat lari sekeliling kawasan sekolah,lepak belakang blok, teringat budak2 laki kena pakai baju kurung sebab ejek nama bapak. . haha. all my sweet memories :D

Selesai je urusan amek repot kad adik aku. . . aku ngn adik aku terus gerak pergi kantin. . masa aku duduk kat kantin tu. . ada makcik yang jual nasi lemak kat kantin tu tegur aku. . "dik3. . . sini jap." kata mcik tu. aku taw macik tu da lama keje kat situ tp aku lupa nama dia. . dia kata dulu sekolah sini kan. . . lama acik ta nampak kau. . dah 5 tahun da.. besar kau skarang yerk. . huuu~ aku pun ase trharu lah gak ada gak yg igt. . cikgu2 yang pernah mengajar aku pun tegur2 aku jugak. . aku cakap kt cgu2 tu yang aku rindu gila kat sekolah nie~ hohohoho. . to ex students sksu batch 01~06 . . bila lagi nak buat reunion?? :D

sekian terimass~ :D
LIKE kt bawah.

Saturday, June 4, 2011

Penangan Maharaja Lawak minggu ni !

assalamualaikum semua !

title post pun korang dah tau kan aku nak cerita pasal maharaja lawak...
hee.. betul lah tu memang aku nak cerita pasal maharaja lawak minggu ni punya minggu berapa ek?
aku pun tak tahu lah...

aku tengok ML minggu ni dengan kawan aku Muhaimin and John kat restoran NS jalan selamat...
persembahan Jozan memang aku terlepas sebab lambat sampai kat kedai tu.. dapat tengok sikit je persembahan dia... nampak macam best... hehe. takpe ulangan ada kan ! ! huhu

lepas tu persembahan Nabil agak tak best lah kan? ? macam slow and lawak dibuat2 je. tak natural je... macam memaksa orang gelak.. YEDOK? ? Nabil ni tengah tertekan nak buat lawak sebenarnya.. minggu lepas dapat bottom 3 kan.. tu yang bersungguh2 nak melawak minggu nie.. hihi. tapi tahniah lah tuk dia sbab dia solo je.. takda partner pun bole buat orang gelak.. :)

Jambu pulak macam biasa.. lawak dia tak payah banyak cakap dah boleh buat orang gelak... betul tak? diorang lawak steady jer.. lawak kelam kabut tapi best tgk dia orang kelam kabut atas pentas jadi si buta dan si pekak ! hahaha... asyik2... HAAA?? HAAA??? HAHAHA... mmg sengal lah.. sampai perkataan HAAA tu jadi trademark malam tu kan?

Persembahan R2 pulak.... bagi aku tak selawak minggu lepas lah... haha.. cara diorang melawak sama aje.. boleh tengok pola diorang melawak sbenarnya.. cara2 diorang mlwak sama aje.. tak ada variasi dalam persembahan... kalau nak tengok variasi tengok dalam prsembahan peserta2 lain.. haha.

and persembahan paling lawak malam tu mestilah SEPAH ! ! citer orang nak bersalin tapi sebenarnya bukan ! memang lawak.. lagi2 part vakum tu.. memang satu restoran besar tu ketawa lah yaww ! haha. memang lawak gila.. sumpah sampai ada yang mengalir air mata sebab terlebih ketawa.. and diorang memang layak dibagi gelaran BUJANG LAPOK TAHUN 2000 :) terbaikk.. memang lawak pecah perut punya.. tiap2 minggu asyik ketawa je kalau tengok sepah.. :D

lastly bila nak balik.. suruh akak waitress tu kira... dia boleh bantai buat2 pekak ngan kitorang..
aliff haziq :kak kira semua ni kak...
akak        :haaaa????
aliff haziq :kira semua ni kakkk.. (dengan nada lagi perlahan)
akak        :ok2... semuanya rm9
aliff haziq  :HAAAa???
akak        :hahahahahaha...

then muhaimin kawan aku ni pun kenakan akak tu semula~ hahaha..

conclusionnya... memang maharaja lawak mempengaruhi kita sama ada ayat2 yang dilontarkan setiap pserta atau lenggok badan mereka... hahaha~ stiap ayat dan tagline mereka jadi page kat fb.. terbaekk~

sekian.. salam..
LIKE.

Tuesday, May 17, 2011

rumah sewa berhantu seksyen 2

assalamualaikum semua~
-tak jawab dosa... jawab sayang~ hahahaha..

errr.. ni nak citer pengalaman ar ni.. first time jadi ahli paranormal amatur pergi terjah rumah sewa rm 50 kt seksyen 2,shah alam.. *kalau korang nak sewa.. aku boleh bagi je nombor owner rumah tu..

kisah umah sewa yang aku dengar dari kawan begini arr.. macam mana rumah tu jadi berhantu aku taktaw.. yang aku taw ada pelajar U mati sepak busut kat uma tu.. and aku diberitahu oleh pnduduk yg tinggal kat kawasan tu.. owner rumah dah mati.. rumahnya kasi anak dia.. tapi anak dia taknak tinggal and taknak bersihkan halaman umah tu.. siap pasang dawai kawat lagi.. nmpak benar anak dia pun tahu rumah tu berhantu.. hahahahaha..

ok laa.. mcm ni.. sbenarnya masa siang2 lagi time hari guru dah plan ngn kawan nak pergi rumah berhantu tu~ huhu. tak sangka impian aku jadi kenyataan di malam hari tu.. huhuhu.... masa nak pergi je aku rasa macam tak sedap hati.. maklum ar.. aku ni bukannya berani sangat nak tengok benda2 mistik nie.. heeee...

nak dipendekkan cerita... lepas aje sampai kat situ.. aku secara tetiba dapat rasa sesuatu.. hahaha.. meremang bulu roma aku dah mcm nak tercabut.. hahahaha.. serammm derr.... tapi masa tu awal lagi.. dalam kul 11.40pm kott.. lepas sampai tu.. masing2 try nak tngkap gambar guna DSLR canon 400d kott. aku pun ttaw lah.. 15 min cuba tak dapat2... pelik ajaib tol.. tngkap kt tmpat lain boleh.. bila tuju at rumah tu.. tak boleh.. asyik busy and jammed jer.. last2 abang aku.. nazli baca doa sikit dia snap terus dapat.... yang paling best.. dia dapat panggilan misteri dari kawan kat situ jugak yang namanya john robert.. john tak call dia pun tapi fon nazli tu tetiba berdering lama benar.. kitorang pun dah rasa pelik sbab cerita kena call tu dah famous kat dalam blog yang berkaitan ngan rumah ni.... huuu..

cerita ni panjang lagi taw ! tapi aku pendekkan lagi.. lepas balik dari uptown.. kitorang lepak kat situ dari kul 3.00~4.30 kat situ... haha.. time ni.. muhaimin and along nampak hantu kat buaian.. rambut panjang ttup muka.. aku ngn kwan2 nak tgok tapi bnda tu dah hilang~ sedih btul.. then along baca doa or jampi apa tah.. mcm2 bunyi plak aku dengar dkt je ngn umah tu,.. heee. seram derr.. gambar2 yang kitorang amek kat rumah tu pun agak seram.. nampak bayang pelik and ada budak kat cermin rumah tu~ huuuu.. kalau ada masa aku upload kat fb or blog... heeeee..

blik uma nnek aku time tu dah kul 5.. nak tido agak ar.. teringat2 kisah kat situ.. tapi dapat gak tido lena sebab penat sangat kott` hahahahah...

try link nie,,, http://masmurni.blogspot.com/2011/02/misteri-rumah-sewa-rm50-di-shah-alam.html

like~

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua ! :)
-tak jawab dosa.. jawab... sayang..

Tengok title post pun korang semua dah tahu kan aku nak cerita pasal apa?? heee....
mestilah nak cerita pasal hari guru tak kan pasal hari lain pulak kan...

Saya disini ingin mengucapkan selamat hari guru untuk semua guru2 di Malaysia khususnya guru2 yang telah mengajar saya sama ada secara formal atau tidak formal.. pengorbanan serta jasa guru tak akan dapat kulupa..
Bagi aku.. guru adalah ibu bapa kat sekolah.. memang patut dia marah kita kat sekolah bila kita wat salah.. kalau dia tak marah or tegur maybe kita tak akan sedar apa kesalahan or kelemahan kita kat sekolah..

sepanjang hidup aku.. ramai dah guru yang aku jumpa.. lain cikgu lain perangainya dan lain tahap kegarangannya.. tapi best gak dapat cikgu garang sebab selalunya kalau cikgu2 garang buat lawak mesti kita ketawa... ye tak? mesti punya arr... huhu..

lastly.. post kali ni khas untuk semua cikgu2 kat sk sungai udang,smk dato hamzah dan ustazah2 dekat kafa nurul ain... and tak lupa untuk Puan Nalalita yang tak dapat sambut hari guru esok.. bak kata Puan Norhayati kena masuk workshop... hihihi..

selamat hari guru untuk.. ustazah azlina, pn. nalalita, pn. zaleha, pn norhayati, pn. noranidah,pn. hasinah, en. mohamad, pn. kanga, pn soo, pn tan, pn khoo, en. shamimi, pn wan sanira, ustazah rozanita, ustaz khairul, en. rodzi dan semua lah cikgu2 yang aku kenal... ramai sangat ni ! hahahahaha.. ;)

Saturday, May 7, 2011

Blog Famous Aku Berhabuk !

Hello ! ! assalamualaikum dear readers~

buat pertama kalinya dalam sjarah hidup aku berblogging...
inilah tempoh paling lama aku tak update blog dengan entry2 terbaru..
lepas berbulan2 baru aku update...
heee. ttaw knapa.. maybe sakit hati kott nak blogging2 ni..
entah hantu jin saka apa msuk dlam badan smpai dah takde mood nak berblogging ni~


hari ni aku update sebab aku bosan weh ! haha. dah tade bnde nak buat..
spnjang ketiadaan aku dlam blog ni.. mcm2 bnde mnarik brlaku...
tpi aku tak update semuanya kat dlam blog aku..
sbaliknya aku share dkat FACEBOOK ajee.. hahaha..
last entry ak pun psal facebook nak kne ttup? haha.
sume tu konspirasi jhta jer.. :D

heee. sekian da pnat mnaip.. TQ~

LIKE

Monday, March 14, 2011

Facebook will closing SOON ! *confirmed

FACEBOOK AKAN DITUTUP???? HAHA!!

Jangan percaya sangat dengan tajuk AUTA tu ! ! hahahaha....

Sebab tu orang kata baca dulu baru tahu apa perkara yang sebenarnya akan berlaku !

Actually facebook tak akan ditutup punya lah ! haha.. Page rasmi FB di facebook juga dah update status.. jangan percaya khabar bodoh kata fb akan ditutup !

aku berani jamin Facebook tak akan ditutup ! haha ! tak akan lah Mark Zuckerberg ni bgitu bodoh nak tutup empayar dia ni.. yang menjana pendapatan smpai berBILLION dollar.. heh. dia dah la belajar tak abes.. nak keje ape.. haha !


LIKE

Apa Aku Buat Hari Ni ?

Hari ni aku memang gila superb BUSY lah ! hahaha..
Buat pengetahuan anda semua... hari ni sepatutnya cuti sekolah kan ? ? tapi... aku kena gak pergi sekolah..
sama macam tahun lepas.. kalau 10 hari cuti.. 6 hari daripadanya aku kena pergi sekolah.. haha !!

Pukul 9 dah kena ada kat sekolah.. hehe.. ade LATIHAN PANTUN dengan budak2 sewel ! ! 
Mereka asyik gila dengan ayat MENIKMATI PEMANDANGAN FLORA DAN FAUNA ! haha.. ada 2 konotasi disitu bak kata cikgu.. HAHA ! ! ape nak jadi lah ngn kawan2 aku yang sengal ni !

Lepas abes latihan.. lepak kat kedai mamak yaww ! ! lame ar gak.. then pegi Pusat Tusyen Delta.. haha ! ade kelas chemistry dari 1pm-3pm... rehat 30 min then sambung kelas chemist 3.30pm smpai lah 5.30pm.... mase nak balik.. aku redah hujan beb ! perh.. skarang ni aku tunggu masa nak pening ajee.. XD 

Sekian aje lah citer aku ari ni.. nnti lepas ni.. aku update BULETIN SEMASA... haha.. relax eh kawan.. SAYA PENAT ! ! ase hilang separuh nyawa ari ni.. heheeee.. ASSALAMUALAIKUM ! :D

LIKE 

Sunday, March 13, 2011

Pakej Percutian FREE ! !

"Pakej Percutian Seminggu Siang Seminggu Malam"

HAHA ! tengok je title tu mesti ingat macam orang kaya je aku ni ! !
pehh.. KALAU LAH AKU KAYA... hah.. bodo2.. igt ni segmen raja lawak kea !
Ini bukan pakej percutian pergi ke luar negeri,negara,daerah or luar rumah ! hahahaha..
Pakej percutian ni semua ditaja oleh cikgu2 matapelajaran kelas aku ! kelas ape ? 5s1..

Kata kelas 5S1 kan ! memang tak sah lah kalau takde Homework masa cuti seminggu ! 
tapi kan.. aku rase smua cikgu2 kelas aku ni mcam dah berpakat nak kenakan kitorang..
nak taw kenapa ? sebab kat kertas2 uh... mesti ada tulis "PAKEJ PERCUTIAN" semua pulak tu..
menggiler punye.. tape lah.. nty aku antar semuanya pergi KLIA.. hahahakS ! -dah2 jgn merapu-

ok laaa.. skit je nak update.. Nak pergi bercuti dgn pakej2 prcutian yang ditaja khas ni.. kalau aku kaya.. aku tak amek pakej2 ni.. :D
sekian.. salam ! :D

LIKE


besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person