Dear Followers

Wednesday, February 24, 2016

Cabaran baharu

Hari ni je ada banyak perkara baru yang aku lalui. Tak banyak, dua je sebenarnya. Tapi kalau dah lebih dari satu aku kira jadi banyak lah tu.

Pertamanya, kelas teori umum berkaitan dengan manusia, budaya dan masyarakat. Kelas ni diajar oleh pensyarah baharu. Diimport dari UNIMAS menggantikan Prof Yaakob yang sudah pencen dan tak dilanjutkan kontrak. Aku macam suka caranya mengajar. Suara jelas dengar dan kuat. Tak mengantuk. Rajin berinteraksi dengan student. Sangat interaktif. Selebihnya, kita tengok minggu-minggu mendatang.

Yang kedua? Okay aku belajar silat olahraga hari ni. Sangat best. Berbeza dengan taekwondo yang pernah aku belajar dan silat gayong. Sebab silat olahraga ni rigid sikit. Yang lagi best, buat lagi bersemangat. Ada si dia yang mahu turut bersama belajar silat olahraga ni. Ah comelnya dia menumbuk. Hahahaha.

Hai awak, awak memang comel bila menumbuk. Kbye.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person