Dear Followers

Wednesday, February 24, 2016

Cabaran baharu

Hari ni je ada banyak perkara baru yang aku lalui. Tak banyak, dua je sebenarnya. Tapi kalau dah lebih dari satu aku kira jadi banyak lah tu.

Pertamanya, kelas teori umum berkaitan dengan manusia, budaya dan masyarakat. Kelas ni diajar oleh pensyarah baharu. Diimport dari UNIMAS menggantikan Prof Yaakob yang sudah pencen dan tak dilanjutkan kontrak. Aku macam suka caranya mengajar. Suara jelas dengar dan kuat. Tak mengantuk. Rajin berinteraksi dengan student. Sangat interaktif. Selebihnya, kita tengok minggu-minggu mendatang.

Yang kedua? Okay aku belajar silat olahraga hari ni. Sangat best. Berbeza dengan taekwondo yang pernah aku belajar dan silat gayong. Sebab silat olahraga ni rigid sikit. Yang lagi best, buat lagi bersemangat. Ada si dia yang mahu turut bersama belajar silat olahraga ni. Ah comelnya dia menumbuk. Hahahaha.

Hai awak, awak memang comel bila menumbuk. Kbye.

Tuesday, February 23, 2016

Semester 4 di UM

Semester 4 di Universiti Malaya. Semester 2 , Sesi 2015/2016.

Hari kedua minggu pertama, masih belum selesai mendaftar subjek. Aku rasa semester ni lah semester yang paling payah sekali nak daftar subjek. Ada subjek aku minat nak ambil tapi clash dengan subjek jabatan aku. Ada subjek yang aku dah daftar tiba-tiba dapat tahu kena pinda kelas ke hari lain sebab ada pensyarah yang ambil cuti sabatikal. Susah atau menyusahkan? Dugaan atau cabaran? Semuanya ya. 

Walau apa pun, aku tetap boleh gembira dan tersenyum sehari-harian di fakulti kalau terserempak dengan dia. Cukup aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum dia pun senyum. Tak perlu berborak panjang macam selalu aku dengan dia buat dalam whatsapp. Sepertinya bila berjumpa aku dengan dia berbicara melalui senyuman. Ada sesekali aku kenyit mata dekat dia, terus dia malu tunduk. Hm, Nakal juga aku ni.

Itulah dia semester 4 aku kali ini, permulaan yang agak sukar tetapi ada orang yang menyenangkan hati dan diri. Kira seimbang lah tu. :P

Dia, okay ni nak selitkan sikit. Rapat dari semester khas lagi. Semester 3 pun seakan menjadi lebih rapat. Aku ada masalah ni, aku takut rapat dengan orang. Nak tahu sebab apa? Semester 1 aku rapat dengan seorang ni, sebelum masuk UM lagi. Tapi bila dah rapat, masa cuti semester terus dia menghilang. Cari-cari ada je alasan nak menjauh.

Seterusnya, semester 2 kenal lagi kawan seorang ni melalui feseni, aku masuk tarian tradisional dan moden. Rapat punya rapat, cuti semester dua dia hilang jugak. Tahu-tahu dah ada orang lain. Permulaan semester 3 pun dia dah tak cari aku sebab dah ada orang yang punya kan. 

Itulah dia, tapi ada je lagi beberapa orang, kenal, rapat dan terus diam hilang. 

Tapi kalau dia ni? Dia tidak. Tidak sama sekali macam tu. Bila sampai aku rasa macam dah hilang harapan nak percaya atau rapat dengan orang. Dia tetap ada dari awal sem - hujung sem - cuti sem - buka sem. Sampai dia dah jadi yang paling istimewa pernah aku jumpa dalam UM. Jarak antara rumah dia dengan rumah aku jauh. Dia di seberang tambak aku di semenanjung. HAA NAMPAK? Sebab tu dia special. Trademark dia, Have Faith. Trust.

I will not break your trust on me.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person