Dear Followers

Tuesday, March 8, 2016

Hati-Hati, Kupasan untuk aku dan kamu.

Aku dengan dia suka sangat lagu ni. Sebab lagu ni punyai satu makna yang deep. Lagu ni mengingatkan kau untuk lebih berhati-hati. Aku ni tak pandai bagi kritik atau review pasal lagu. Tapi saja je la nak buat sebab dia minta aku terangkan lagu ni pasal apa. Biarlah abang try. Tak ada lah nak try hard tapi cuba la nak kaitkan hidup aku dengan dia dalam lagu ni. Untuk apa? Untuk lebih berhati-hati. Baiklah kita mulakan....

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya
Maksud dalam rangkap ini, dia kata ada dua pilihan. Kedua-dua pilihan ini semua bergantung atas kita. Kau mahu pilih apa? Bahagia atau duka? Masalahnya di sini, hati masih tertanya-tanya mahu pilih yang mana. Tapi kalau tanya kat aku atau sesiapa pun, semestinya semua mahu pilih bahagia. Kan? 

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti
Jagalah hati tu elok-elok nanti dicuri pula. Sendiri mahu faham la kalau dah kena curi orang bukannya reti nak jaga elok-elok. Sebab apa? Sebab apa kau rasa? Yelah dah dia curi mana mahu dia jaga elok-elok. Lainlah kalau dia dapat melalui usaha murni dan diberi hatinya dengan ikhlas maka akan dijaga hati tu dengan elok dan rapi sekali. Tapi dalam kes ni, dia suruh hati-hati jangan sampai dicuri. Dia bagi amaran siap-siap tu walaupun dia tak pasti sama ada kau akan patah hati atau tidak cuma harap mengerti je la akan kemungkinan yang kau akan patah hati.


Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku
Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati
Dalam dua rangkap ni dia meluahkan rasa bimbang dia. Rasa curiga kepada cinta. Rasa takut untuk bercinta. Kerana apa? Kerana rasa bahawa cinta itu bukan satu lambang yang akan kekal sehingga selama-lamanya. Tiada jaminan dalam bercinta. Tengok saja pada ayat " lihat pada indah bulan bintang, namun hilang bila tiba siang" maksudnya kat sini, cinta itu memang indah, sangat indah tapi tak semestinya akan kekal indah atau ada untuk kau 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun.

Rangkap yang seterusnya dia bagitahu yang dia semacam rasa sesuatu tak kena. Kalau sebelum ni bila dia rasa rindu dia rasa tak keruan atau apa sahaja seperti orang rindu angau rasa. Kali ni bila rasa rindu tu datang, dia buat endah tak endah saja. Biar saja rasa rindu itu berlalu pergi. Jadi kau hati-hati. Ada penegasan dalam ayat tu. Tinggal diri sendiri je nak sedar atau tidak. Jangan terlalu berharap walaupun dia rasa rindu tu.

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya
Dalam setiap rangkap, setiap mesej yang ingin disampaikan tetap sama iaitu hati-hati. Sama macam dapat dilihat dalam rangkap di atas. "Dalam cerita ada rahsia. Rahsia engkau, aku dan dia. Masih aku tertanya apa pengakhirannya." Rahsia apa? Rahsia apa antara engkau, aku dan Dia? Itulah dia, rahsia pada pengakhirannya; duka atau bahagia? Bila dia suruh cepat dia mahu jawabnya, apa patut kau dan aku jawab? Untuk aku, aku akan jawab; Hati-hati.

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti


Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejoli
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

Jadi setakat itulah yang mampu aku ulas, rangkap seterusnya hanyalah ulangan kepada rangkap-rangkap yang sebelumnya. Untuk awak, ini je saya mampu. Apa yang saya mampu nak kata, sama-samalah kita berhati-hati terhadap hati sendiri dan hati kita juga. ;) Sekian.


Wednesday, February 24, 2016

Cabaran baharu

Hari ni je ada banyak perkara baru yang aku lalui. Tak banyak, dua je sebenarnya. Tapi kalau dah lebih dari satu aku kira jadi banyak lah tu.

Pertamanya, kelas teori umum berkaitan dengan manusia, budaya dan masyarakat. Kelas ni diajar oleh pensyarah baharu. Diimport dari UNIMAS menggantikan Prof Yaakob yang sudah pencen dan tak dilanjutkan kontrak. Aku macam suka caranya mengajar. Suara jelas dengar dan kuat. Tak mengantuk. Rajin berinteraksi dengan student. Sangat interaktif. Selebihnya, kita tengok minggu-minggu mendatang.

Yang kedua? Okay aku belajar silat olahraga hari ni. Sangat best. Berbeza dengan taekwondo yang pernah aku belajar dan silat gayong. Sebab silat olahraga ni rigid sikit. Yang lagi best, buat lagi bersemangat. Ada si dia yang mahu turut bersama belajar silat olahraga ni. Ah comelnya dia menumbuk. Hahahaha.

Hai awak, awak memang comel bila menumbuk. Kbye.

Tuesday, February 23, 2016

Semester 4 di UM

Semester 4 di Universiti Malaya. Semester 2 , Sesi 2015/2016.

Hari kedua minggu pertama, masih belum selesai mendaftar subjek. Aku rasa semester ni lah semester yang paling payah sekali nak daftar subjek. Ada subjek aku minat nak ambil tapi clash dengan subjek jabatan aku. Ada subjek yang aku dah daftar tiba-tiba dapat tahu kena pinda kelas ke hari lain sebab ada pensyarah yang ambil cuti sabatikal. Susah atau menyusahkan? Dugaan atau cabaran? Semuanya ya. 

Walau apa pun, aku tetap boleh gembira dan tersenyum sehari-harian di fakulti kalau terserempak dengan dia. Cukup aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum dia pun senyum. Tak perlu berborak panjang macam selalu aku dengan dia buat dalam whatsapp. Sepertinya bila berjumpa aku dengan dia berbicara melalui senyuman. Ada sesekali aku kenyit mata dekat dia, terus dia malu tunduk. Hm, Nakal juga aku ni.

Itulah dia semester 4 aku kali ini, permulaan yang agak sukar tetapi ada orang yang menyenangkan hati dan diri. Kira seimbang lah tu. :P

Dia, okay ni nak selitkan sikit. Rapat dari semester khas lagi. Semester 3 pun seakan menjadi lebih rapat. Aku ada masalah ni, aku takut rapat dengan orang. Nak tahu sebab apa? Semester 1 aku rapat dengan seorang ni, sebelum masuk UM lagi. Tapi bila dah rapat, masa cuti semester terus dia menghilang. Cari-cari ada je alasan nak menjauh.

Seterusnya, semester 2 kenal lagi kawan seorang ni melalui feseni, aku masuk tarian tradisional dan moden. Rapat punya rapat, cuti semester dua dia hilang jugak. Tahu-tahu dah ada orang lain. Permulaan semester 3 pun dia dah tak cari aku sebab dah ada orang yang punya kan. 

Itulah dia, tapi ada je lagi beberapa orang, kenal, rapat dan terus diam hilang. 

Tapi kalau dia ni? Dia tidak. Tidak sama sekali macam tu. Bila sampai aku rasa macam dah hilang harapan nak percaya atau rapat dengan orang. Dia tetap ada dari awal sem - hujung sem - cuti sem - buka sem. Sampai dia dah jadi yang paling istimewa pernah aku jumpa dalam UM. Jarak antara rumah dia dengan rumah aku jauh. Dia di seberang tambak aku di semenanjung. HAA NAMPAK? Sebab tu dia special. Trademark dia, Have Faith. Trust.

I will not break your trust on me.

Wednesday, January 27, 2016

Surprise Me

Hai, Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru ! Ni entry pertama untuk tahun 2016. Agak lama jugaklah. Yang kali terakhir 16 Disember 2015, sekarang dah 27 Januari 2016 ! Wow. Lama gila tak update blog ni. Bicara 2016, apa goals atau sasaran 2016? Mudah dan ringkas, mahu teroka 2016 dengan cara yang berbeza berbanding tahun 2015. Sasaran utama adalah peningkatan pencapaian dalam akademik tentunya. Mahu baca lebih banyak buku. Dan mahu menghargai lebih orang yang tersayang. :D Ada banyak lagi tapi matlamat utama post ni bukan pasal diri aku ni tapi pasal orang lain.

Surprise me ?! Kenapa surprise me? Sebab ada orang minta kita 'surprise'kan dia. So, here it is. Satu post untuk buat dia terkejut. Bukanlah terkejut yang macam terkejut beruk tapi maksudnya buat dia impress kot? Ke Aliff Haziq ni yang salah tafsir? Baiklah, seorang Aliff Haziq akan cuba sedaya upaya untuk buat seseorang yang misteri ini rasa teruja bila baca blog ni. Memandangkan dia adalah peminat setia blog ni dan peminat setia diri aku yang tak seberapa ni, nah ini dia. Ceh aku pun peminat dia juga sebenarnya. Mutual feelings eh gitu. :P

Ceritanya bermula,... Hmmm, tak tahu nak mula dari mana. Sebab nak bagi karakter dia kekal misteri, korang yang lain tak boleh tahu dalam sangat nanti tahu dia tu siapa. Jadinya, aku tak nak la cerita macam mana boleh kenal atau macam mana boleh rapat dalam perincian yang mendalam. Mungkin kisah-kisah romantis jiwang ala-ala novel tu boleh aku selitkan nanti dalam entry yang akan diterbitkan dalam 2,3 bulan akan datang atau mungkin lepas akad nikah? Siapa tahu. Doakan je lah. hahahaha.

Si gadis misteri yang aku nak ceritakan ni, dia bagi aku dan pada pandangan aku seorang yang sangat pemalu tetapi peramah bila kita kenal dan mula bercakap dengan dia. Aku pernah berkerja dalam satu kumpulan dengan dia dan aku ketua kumpulan, memang rasa kekok mulanya sebab dia sangat pemalu dan jarang-jarang bercakap sampailah beberapa kali meeting barulah dah tak kekok dan boleh bercakap dengan aku yang kuat mengusik ni. Cerita dia punya pemalu tu, aku rasa aku pun boleh terikut malu dengan dia sampai kalau cakap dengan dia, aku punyalah cover-cover macho kot sebab malu dengan dia atau malu dengan diri sendiri. Keliru. 

Satu lagi yang aku suka sangat, dia suka bagi kata-kata semangat tapi aku rasa dia pun tak sedar kot bagi aku semangat. Banyak kata-kata dia yang buat aku rasa macam bersemangat nak hidup. Entah kenapa, nak tengok apa yang aku dapat bila aku minta dia describe pasal aku lepas dah lama kenal?
"I believe you are a very smart boy, with big dreams and aspirations. You carry out your responsibilities well, and you try not to let anyone down, that's why when you're doing something, you go all out. You have a kind heart, and you always look out for your friends. Family means the world to you. "
Ayat dia ni, aku buat jadi sticky notes dalam laptop dan sepanjang study week dengan exam week, aku banyak tengok dan baca ayat ni sambil study. Rasa bersemangat wei ! Tak tahu nak describe macam mana tapi tulah, bagi korang mungkin tak rasa apa-apa tapi bagi aku tidak. ;)

Ni ada satu lagi, post it yang dalam entry lepas tu.. Dia lah yang buatkan untuk aku ! :P
"Assalamualaikum.

Hi Aliff, thank you for letting me borrow your hard disk for a while. I don’t know why you’re being so nice to me and giving me free movies to watch (wow, you must have spent a long time collecting all these movies!), but THANK YOU so much! I’ll be entertained after exams, insyaAllah. Hahaha. I’m so sorry I don’t have any other movies to trade with yours (because I really don’t download any), but I hope this small note will be enough to make you smile J

I don’t know how to say this but, you’ve been incredibly nice to me as a friend, and I truly appreciate that from the bottom of my heart. It’s hard for me to trust people easily, especially those I’ve just met. But I’m beginning to trust you, and I hope you are truthful to me too. Not everything that happens have to be shared with others, or blogged about. And I believe and hope you know that.

If you’re ever going through a hard time, always remember that Allah swt does not burden a soul more than it can bear. So heads up! Everything will be okay in the end. If it’s not okay, it’s not the end. CHEY macam pakar motivasi, tak? :P If there’s a need to talk to someone, you know I’ll always be here to hear you out. I may not give the best advice, but people say I’m a good listener. Heheheh. 

Lastly, have faith. Have faith in Allah swt, and trust that whatever happens is for the best. There’s always a reason behind everything that happens, even when you can’t/don’t see it at that time.
All the best for your exams! You’re a very smart boy, and I’m sure you’ll ace all your papers, if not most of them. InsyaAllah. Dua > Usaha > Ikhtiar > Tawakkal. Jangan lupa minta doa dan berkat daripada Ibu & Ayah. Selamat maju jaya!!! "
Post it ni, aku print aku pinkan dekat board sebelah katil aku. Kadang bila rasa nak baca, aku bacalah. Sebab bila baca rasa macam ada semangat dan tersenyum sendiri bila baca ayat-ayat dia. She is very sensible and a very good observer too. ;)

Satu lagi, bila ada orang yang mula tak percaya dekat aku (aku tak kisah pun orang nak percaya dekat aku atau tak sebab aku kenal diri aku), dan menjauhkan diri dari aku (which is aku tak kisah jugak) tapi dia ni si gadis misteri ni berani pula nak ambil risiko nak rapat dengan aku mesej hari-hari semua. Dia ambil tak endah je apa kawan dia cakap pasal aku, pergh, rasa syukur sangat kot. Tak perlu nak terang panjang lebar dengan dia kenapa dan mengapa terjadi ke apa. Dia sendiri faham aku macam mana, yelah kadang-kadang selalu je luah dan cerita kisah silam dulu. Yang mana orang yang tak percaya dekat aku tu tak tahu satu apa pun pasal aku. :D

Cukup lah tu, sikit-sikit je sudah la. Sebab aku tahu yang pertama sekali akan baca entry ni is si gadis misteri tu...

Last sekali, yang buat aku rapat dengan dia is one day one question policy. Tu polisi hubungan kitorang kot. Satu hari satu soalan dan soalan tu kena jawab dengan jujur dan ikhlas; dilarang menipu. Tipu dosa mati seksa masuk api neraka. Faham? Jadinya, melalui polisi ni aku rasa kitorang saling memahami antara satu sama lain. Macam-macam soalan dan semuanya buat diri rasa terketar nak jawab dan rasa malu-malu. 

Sekian, tu je kot. Memang nak buat panjang berjela lagi. Tapi nanti ada yang menguap pula bila baca panjang-panjang kan. Sekian. Salam~

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person