Dear Followers

Sunday, December 13, 2015

Peluang Demi Peluang (2)

Hari itu, pada ketika si Aliff menyangkakan tidak akan ada peluang lagi yang akan diberikan kerana Titi tidak mengangkat panggilan telefon whatsapp sebanyak dua kali tiba-tiba dia mendapat satu mesej melalui aplikasi Whatsapp. "Hang nak apa? Kenapa tiba-tiba call?" Aliff hanya menjawab, "saja call, nak tahu sihat ke dak."

Melalui soalan dan jawapan itu, berpanjanganlah siri perbualan melalui whatsapp. Tiga hari tiga malam saling berbalas mesej. Nampak seperti semua sudah kembali ke sediakala. Luahan perasaan, apa yang terbuku semua diluahkan. Yang tak puas hati pun juga tak kurang, ada saja diketengahkan. Benci dengan perangai masing-masing, nampak seperti keduanya bergaduh atas perkara bodoh dahulunya. 

Titi meminta maaf atas kesalahan lepas, Aliff maafkannya sejak berkurun dulu. Aliff juga tak terlepas untuk meminta maaf kepadanya. Apa yang paling penting keduanya sudah berkawan seperti biasa macam dulu-dulu. Kali ini kedua-duanya nekad, perhubungan ini adalah satu persabahatan yang lebih matang dan bukannya satu hubungan memendam dan memiliki perasaan antara keduanya. 

Setelah berhari-hari berbalas whatsapp, Titi tiba-tiba menghantar mesej maaf dia bilang awal-awal pada Aliff yang dia perlu kurangkan perbualan antara mereka kerana dia takut yang hatinya akan tertaut dengan lebih kuat lagi. Aliff pun menghormati keputusannya sebab bagi dia, ini adalah soal hati dan perasaan Titi dan dia sendiri. Tidak mahu perkara lepas berulang lagi, jadi jalan ini adalah jalan yang terbaik. Tiada siapa akan terluka lagi.

Titi dan Aliff kekal berkawan sampai sekarang, asal ada masa yang terluang akan bertanya khabar. Dalam bertanya khabar pasti ada banyak sindiran dan gurau kasar. Kerana itulah mereka pada ketika mula-mula kenal sebelum sambung pengajian di Universiti Malaya. Dulunya bergurau kasar tak ada sentap-sentap mahupun pendam dalam hati kerana itulah nilai persahabatan yang kukuh. Jika dinaiktaraf jadi cinta, tiada seorang pun mahu maki-maki pasangan masing-masing. Mudah terluka.

Jadi, biarlah persahabatan ini kekal sehingga ke akhirnya. Kerana Aliff dan Titi lebih cocok untuk menjadi sahabat. 

Sekian.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person