Dear Followers

Saturday, December 12, 2015

Gurau, Sentap dan Maaf



Marilah kita bercerita tentang gurau, sentap dan maaf. Kenapa aku nak cerita pasal tiga benda ni? Sebab ketiga-tiga ini punya pertautan. Setiap kali berlaku ia akan berlaku dalam konsekuens yang sama. Engkau tidak akan menidakkan pernyataan aku ni. Ada ke orang minta maaf, sentap dan baru nak bergurau? Ke dia nak sentap dulu baru minta maaf dan boleh bergurau? Oh, tidak sama sekali. Orang bergurau, orang sentap bila gurau tu kasar sangat dan minta maaf. Tu pun kalau mahu minta maaf.

Begini, tentang bergurau. Semestinya gurau ada batas. Ada garis panduan. Kah ! Bila masa ada garis panduan? Erm, ada. Kau kena cari sendiri sebab memang ada adab bergurau. Kau jenis kuat bergurau tak? Kalau kau jenis kuat bergurau mesti kau tak kisah orang bergurau dengan kau. Kau jenis bergurau kasar, mesti kau tak kisah orang bergurau kasar dengan kau kan? Kalau kau sentap bila orang bergurau dengan cara yang sama kau bergurau dengan orang, elok kau berhenti bergurau dan hidup seorang-seorang. Belajar bersosial. 

Sentap? Aku rasa mesti ada yang sentap bila baca apa yang aku tulis ni. Sebab sedikit sebanyak kena dekat batang hidung sendiri. Aku pun sentap sendiri bila aku menaip ni. Sebab aku rasa aku pun kekadang sentap bila orang bergurau terlebih kasar dengan aku. Ada masa kau boleh sentap ada masa kau kena tahan kuat-kuat. Sebab kau kena fikir perasaan orang sekeliling kau bila kau sentap. Sekali kau sentap, kau ingat semua benda akan kembali sama macam dulu ke? Lepas kau sentap betul betul sentap, orang akan layan kau berbeza sekali. Kau pun mungkin tak akan jadi macam dulu jugak. Betul? Kalau salah betulkan.

Meminta maaf dan memaafkan. Ada orang tak nak minta maaf sejurus kau sentap atau pada waktu awal dia tu buat salah. Bila kau dah diam tak berkata apa-apa, baru mereka tu sedar mereka silap, ego dijatuhkan. Permintaan maaf dihulurkan. Kau memaafkan. Dan semuanya berlalu pergi begitu sahaja. Esok lusa benda sama jadi dan kau tak penat ke? Jadi apa seterusnya? maka ini dia apa yang Eminem kata :

And I just can’t keep living this way
So starting today, I’m breaking out of this cage
I’m standing up, I’ma face my demons I’m manning up, I’ma hold my ground
I’ve had enough, now I’m so fed up
Tryin’ to put my life back together right now

Ye, mestilah penat dan dah malas nak layan. Jadinya, kau bangun dan bergerak sendiri. Bersama beramai kau kecik hati. Bersama beramai kau menyakitkan hati. 

Ada sebab kenapa aku buat posting ni. Nak sampaikan mesej. Setiap gurau, setiap sentap, setiap meminta maaf dan memaaf tu ada cerita disebaliknya. Tinggal kau je nak nampak atau tidak.

Kita bergurau dengan orang yang kita baru kenal tak seteruk gurauan kita dengan sahabat kita paling rapat. Kau bergurau kasar dengan orang, tapi bila kita pulang buah kau tak boleh terima. Mana boleh macam tu. Kau sepatutnya kena siap sedia dengan counter attack daripada orang yang kau dah bergurau tu. Apa yang kau bagi, kau akan dapat balik. Kan??

Kekadang aku sedih juga, ada orang bergurau kasar sangat... Bila ditegur perangainya... Ada saja yang membela seolah perbuatan orang tu betul. Secara jujurnya aku bengang dengan orang macam ni, orang yang dibelakangnya. Kenapa mahu membela apa yang salah? Kerana nilai persahabatan? Kerana sayang kawan dan tak nak dia terluka? NO, YOU HAVE DONE IT WRONG. Kalau sayang tegur, marah jangan dibiarkan. Kau tak kan tahu perangai tu akan melarat dan jadi apa nanti. Sebab sayang kawan lah kau kena tegur salah dia, bukannya marahkan orang yang tegur salah kawan kau tu. 

Bila ada orang di belakang yang sedia membela tiap masa, dia akan terus berasa selesa dengan perangainya. Kerana apa? Dia rasa dia tak salah. Bila ditegur, terus menerus ada yang marah orang yang menegur tu. Jadi dia tidak akan rasa apa-apa bila dimarah. Hatinya dah ditenangkan dengan orang yang membela dirinya. 

Walau siapa yang membaca ni. Aku nak tahu yang aku sayangkan kau kau kau kau semua. Biarlah post ni buat sesiapa pun sentap dan terasa dengan aku. Aku dah bagitahu apa yang aku nak bagitahu walaupun aku dah bagitahu secara berhadapan mungkin dengan penulisan akan terus lekat kat hati dan fikiran kau semua untuk dihadamkan. Aku tahu aku juga tidak sempurna. Terkadang salah gurau, terkadang tersentap tetiba, aku akan cepat minta maaf walaupun aku yang sentap. Sebab aku tak selesa orang sekeliling pujuk memujuk aku. Menggula-gulakan aku memuji-muji aku sebab tak nak aku merajuk. Hahaha. Aku tak nak semua tu. Aku cuma mahukan korang semua berfikir je. ;)

Sekian... Aliff.


Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person