Dear Followers

Wednesday, November 25, 2015

Peluang demi peluang

Pasal peluang. Hari ni nak cerita sikit pasal peluang. Beberapa hari lepas, Aliff Haziq mendapat mesej di FB Messenger. Datangnya daripada kenalan dia di KK8 yang sekarang sedang melakukan program pertukaran pelajar di Bandung, Indonesia. Dia meminta Aliff Haziq nombor telefonnya memandangkan dia sudah lama tak menghubungi Aliff. Aliff pula rasa macam ada sesuatu yang ingin diperkatakan rakannya itu jadi dia pun bagilah nombor telefon kepada dia.

Selang beberapa jam. Aliff menerima mesej melalui whatsapp yang tertera nombor dari Indonesia. Ya ! Itulah kawan Aliff yang berada di Indonesia. Nama dia Yana (bukan nama sebenar). Dia memulakan perbualan dengan memberi dan Aliff pun menjawab salamnya. Seperti sudah tahu apa yang akan diperkatakan oleh Yana. Aliff terlebih dahulu bertanyakan kepada dia, "ada apa Yana?" Lalu dia pun membalas, "aku nak tanya pasal hang, hang sekarang dah ada marka baru ka?" Aliff pun berkata tidak dan dia tidak mempunyai teman baharu. Dan Aliff mempersoalkan kenapa terhadap persoalan yang dilontarkan Yana.

Aliff tahu yang Yana akan bertanyakan tentang hubungan aku dengan Titi (bukan nama sebenar). Dan kemudian soalan yang ditunggu-tunggu si Aliff ni pun muncul.. " hang dengan Titi macam mana sekarang?" Aliff pun membalas, "kau pun tahu kan, tak kan tanya lagi. Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?" Yana dengan pantasnya membalas, "semalam aku whatsapp Titi, aku tanya dia sekarang macam mana, dia suka siapa.. Suka John kaa,, Richy kaa.. Tapi dia jawab yang dia suka kau lip." Aliff pun dengan tidak beremosinya membalas "lepas tu? kenapa suka aku pulak bukan sebelum ni dia yang block aku?"  Yana pun memujuk, " tu lah, aku dah bagitau dia dulu.. Alip tu betul sayang kat hang, hang jual mahal sangat. Dia betoi ikhlas nak kat hang, tapi hang dok berkawan dengan semua kawan laki hang sampai hang friendzoned dia kaw2. Satu hari nanti bila Alip dah blah mesti kau yang menyesal." Aliff Haziq pun mengiyakan kata-kata Yana. Dalam hatinya bukan main gembira mengiyakan pernyataan Yana tu tapi dalam hatinya juga seperti ada perasan berbelah bagi terhadap Titi. Seorang insan yang dijaga ditatang bagai minyak yang penuh di universiti semasa tahun pertama mereka di Uni.

Dua hari berlalu, hari pertama setelah perbualan antara Aliff dan Yana berlaku. Malam itu, Aliff didatangi Titi dalam mimpinya. Dalam mimpi yang begitu vivid sekali tu, Titi datang kepadanya terus memeluk erat dan memegang tangannya. Mimpi itu sungguh dirasakan seperti benar-benar berlaku. Aliff terjaga dan dia serasa seperti Titi seperti masih bersamanya. Dia cuma bermimpi. Hanya bermimpi. Realitinya, Aliff masih block Titi di Twitter, FB dan Whatsapp. 

Aliff tiba-tiba terus meminta nombor Titi daripada Yana kerana dia dah buang nombor Titi daripada telefonnya. Selepas tu Aliff cuba tengok contacts Titi, masa tu dia Aliff boleh nampak status whatsapp. Pada ketika itu, dia belum tergerak hati nak hantar mesej mahupun call. Dia dekat Korea, dan takut mengganggu agaknya. Tetapi sebenarnya, Aliff belum bersedia untuk memberi peluang kepadanya lagi. Memori pahit yang lepas masih lagi segar dalam memorinya. Sehari setelah itu, Aliff cuba untuk melihat sekali lagi di whatsapp tetapi kali ini berbeza, dia tak boleh nampak lagi gambar Titi di whatsapp mahupun statusnya. Baru terdetik untuk memberi peluang lain kepadanya. Mahu saja dia call Titi tetapi mungkin Titi dah block nombor Aliff. Itulah dia, peluang demi peluang tetapi mungkin atas sebab ego, peluang itu dipersiakan lagi sekali.

Bersambung..
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person