Dear Followers

Tuesday, October 13, 2015

Kau Benci Aku

Kau dah benci aku?
Tak mengapa kerana aku sudah biasa dibenci kau. Ini bukan kali pertama dan juga bukan kali kedua.

Aku ingat bila aku dah jarakkan diri daripada kau, kau bolehlah berubah.

Kau dah minta maaf, aku maafkan.
Kau datang balik, aku terima.

Tapi maaflah, aku tak boleh terima kau macam dulu. Aku tak boleh nak layan kau lebih daripada seorang kawan. Aku fikir bila kau aku dah friendzone kan.. Kau boleh faham aku sebagai kawan.
Kerana apa? Kerana kau dulu yang minta kita jadi kawan kan? Kau ingat?

Jadi, bila aku dah layan macam kawan.. Apa yang kau harap daripada aku? 
Aku juga ada kerja aku yang perlu aku buat. Aku datang UM ni bukan untuk hiburkan hati kau. Aku ada banyak benda yang nak kena siapkan.

Kalau kau tak boleh terima aku punya jadual yang padat gila ni.. Kau mengharap aku boleh terima kau? Maaf. Sekali lagi, perangai kau masih tak berubah. Datang bila perlu.

Kau pernah block aku sekali dua, aku maafkan. Tapi ini dah kali ketiga, cukup.
Aku bukan ada buat salah kat kau. Tapi sebab kau terlalu ikut nafsu amarah kau, aku yang kena tempias.

Mungkin sebab kau kat negara orang sekarang, kau ada kawan kau. Aku tak kisah, aku ada kawan aku juga. Yang mungkin aku rasa jauh lebih baik. 

Terima kasih pernah datang dalam hidup aku, banyak aku belajar erti kesabaran dan bermacam lagi. Satu aku minta, jangan datang lagi.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person