Dear Followers

Thursday, September 10, 2015

Jarakkan Diri

Jarakkan diri daripada kau. Aku jarakkan diri daripada kau sebab aku rasa aku nak kekang perasaan suka aku ni daripada kau. Tapi aku rasa kau akan fikir yang aku dah tak suka kau.

Kalau kau perasan aku dah tak ada nak bergurau dengan kau macam dulu. Entah kenapa aku rasa aku tak nak berbual dengan kau sangat sama macam dulu.

Minggu pertama tahun kedua ni rasa sangat perlahan.

Esok aku nak terbang ke Bandung. Tinggalkan Malaysia sekejap. Nak lari sebentar daripada masalah.

Tuesday, September 1, 2015

Memori Semalam

Hai, maaf dah lama tak update post baru.
Lama ke? 3 hari je kan...

Nak tahu sebab apa tak update? Sebab aku penat. Hahahaha. Rasa malas nam update blog. Padahal banyak je cerita nak dikongsi bersama. Tapi sebab penat dan malas. Terus tak jadi nak update post baru dekat blog.

Okay ye. Tiga hari kan.. Start daripada Sabtu,Ahad, dan semalam Isnin.

Hari Sabtu, 29 Ogos 2015
Aku pergi Perhimpunan Bersih tanpa baju kuning.
Aku tak pernah pergi demonstrasi Bersih 1,2 dan 3. Dan Bersih 4 ni pun mula-mulanya aku tak nak pergi. Sebab apa aku tak nak pergi? Sebab aku rasa macam tak bagi apa-apa manfaat kat aku, dapat rasa penat ada lah!

Tapi, sebab apa aku pergi jugak Bersih 4 ni? Sebab aku dah tak tahan lagi dengan kerajaan pimpinan Najib Razak. Jadi, aku turun dan pergi perhimpunan Bersih 4 ni. Aku turun untuk memeriahkan lagi pesta dan karnival yang menuntut supaya Najib letak jawatan. Kalaulah semua berfikir macam aku pada mulanya, mesti Bersih ni tak dapat sambutan. 300k orang turun KL sebab nak tuntut Najib letak jawatan.

Penat, memang penat. Jalan-jalan sambil teriak Bersih Bersih ! Undur Najib ! Hahaha. Tapi itu semua pengalaman yang tak boleh dilupakan. Melayu, Cina, India dan lain-lain boleh jalan bersama rapat antara satu sama lain menyatakan pendapat yang sama. Kita nampak nilai kesatuan Sehati Sejiwa dan 1 Malaysia dalam kelompok tu. Kau tak percaya? Nanti kalau ada demonstrasi lagi. Kita pergi sama-sama. Sebab aku dah join 3 demo. Anti Gst, Bantah Gst dan Bersih 3. Tak termasuk dengan dua rapat umum yang pernah ada di Universiti Malaya.

Hari seterusnya, 30 Ogos 2015, Ahad.
Aku hanya berehat di rumah dengan keluarga.

31 Ogos 2015
Sambutan Kemerdekaan dan sambut hari jadi sepupu kecil aku Rifqi.

Apa orang yang join Bersih tidak ada sifat patriotik? Siapa cakap? Perdana Menteri dan orang-orang UMNO? Hahaha. Dasar mentaliti kelas bawahan. Mereka pergi berdemo sebab mereka sayangkan negara. Dan ada antara mereka yang pergi sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 juga di Dataran Merdeka. Aku lah tu.

Aku pergi dengan adik aku dan seorang lagi dia dari Singapura. Aku keluar rumah pukul 6.30 pagi. Tapi tetap komuter tinggalkan aku. Jadinya,  aku naik komuter pukul 7 pagi. Sampai KL dalam pukul 8.30. Gerak sama-sama dia dari LRT Universiti dan sampai Dataran Merdeka pukul 9 pagi macam tu. Seronoklah juga tengok perbarisan, persembahan koir, tarian dan persembahan udara. Memang ramai orang yang pergi tengok sambutan kemerdekaan tapi lagi ramai yang turun demo bersih pada pemerhatian aku. Dia cakap kat Singapura sambutan kemerdekaan dia buat waktu petang sebab malam ada persembahan bunga api. Dan nak masuk tengok pun kena bayar kat sana. Patutlah dia tanya masuk kena bayar ke kat Malaysia ni masa mula-mula aku ajak dia.

Lepas tu, kitorang jalan-jalan Masjid Jamek.. Dan terus pergi ke tengah-tengah Dataran Merdeka tengok persembahan lagi dekat dan tengok para VIP bersurai. Polis memang jaga baik la VIP ni. Habis selamba dia marah herdik orang awam yang berdiri dekat dengan kereta VIP tu. Kepala otak dia lah. Polis ni berkhidmat untuk rakyat ke bapak menteri? Kalaulah rakyat biasa pun boleh dapat layanan macam tu..... So sadddd ~

Habis bersurai, aku dengan dia balik rumah nenek aku. Aku ajak dia sebab mak aku suruh ajak.. Dia pun bersetuju.. Sampai Klang dalam pukul 12.40 tgahari macam tu. Kitorang pergilah beli hadiah. Masa sambutan hari jadi tu, semua adik beradik mak aku ada.. Dia pun mula-mula macam malu-malu. Tapi last-last macam dah okay dan mulalah berborak dengan sesiapa pun. Petang tu aku bawak dia jalan-jalan pusing kampung. Yelah, kat Singapura dan PJ susah nak tengok suasana kampung.

Boleh tahan teruja la tengok kampung. Hahaha. Balik rumah aku, lepas maghrib aku hantar dia balik rumah sewa dia dan hantar adik aku balik kolej dia.

Aku tak tahulah apa dia rasa sepanjang sehari dia dengan aku dan keluarga aku. Tapi aku tak kisahlah dia nak fikir or rasa apa. Yang penting aku gembira dan puas hati. ;)

Sekian sahaja, agak panjang post kali ini. Tahniah kepada sesiapa yang berjaya baca sampai habis. Memang stalker sejati aku. Hahaha. Salam.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person