Dear Followers

Friday, August 28, 2015

Terluah segala rasa

Rasa apa yang aku dah luahkan? Kepada siapa aku luahkan? Ha ha ha. Rasanya aku dah rasa lega gila. Tiada lagi bebanan berat atas bahu ni. Mana taknya dah cerita semua segala benda dekat dia. Wekkkk...

Cerito eh bermulo begini..... Malas pulak nak cerita.. Dah lah. Nanti lah aku cerita. Okay ke tak? Tak apa lah dah alang-alang kau nak tahu kan. Biar aku cerita... Tapi bukan daripada mula sampai akhir lah ya... Sebab aku penat dan malas nak taip cerita panjang berjela. Nanti korang bukan nak baca pun..........

Aku kan... Dah bagitahu perasaan aku kat dia. Aku dah cakap aku suka dia. Tapi suka hanya sekadar suka. Bukanlah aku dah jatuh cinta atau mahu bercinta. Yelah, aku sedar aku siapa dan berdiri di mana. Ceh !

Okaylah, aku luah kat dalam group whatsapp.. Ada tiga orang je dalam group tu. Aku, dia dan seorang lagi. Lepas dah luah tu kan, dia macam terkejut lah.. Perempuan kan.. Mestilah terkejut bila ada lelaki mengaku suka dia. Ha ha ha. Tapi aku tak minta lebih aku nak kawan je macam biasa aku tak ada nak buat ayat manis dengan dia macam orang bercinta...

Lepas tu... Dia pun okay je. Dia cakap apa tu.. Dia sayang aku.. Dia care pasal aku.. Wooooaaaaa !!! Hmm tapi sebagai kawan lah. Kahkah. Friendzone? Tak apa la aku yang nak. Korang jangan nak gelak eh. Hahahahaha..

Macam tu lah cerita dia.. Kita kawan je tapi aku suka dia. Kalau ada jodoh ada lah. Andai ditakdirkan dia tak menjadi dengan aku dalam waktu terdekat biarlah dia menjadi jodoh aku dalam 4 tahun akan datang. Hahhahahaha. Ni bergurau ke serius aku tak tahu. Hm

Nanti sambutan kemerdekaan nak bawa dia jalan-jalan Dataran Merdeka. Harap semuanya berjalan lancar. Kita kawan... Kalau terjatuh hati dekat aku tu kira bonus besar la kat dia. Hahahaha. Okay merepek.

Sekian. Kau rasa aku tengah gembira atau sedih? Komen kat bawah ni.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person