Dear Followers

Wednesday, August 26, 2015

Tahun Pertama di UM

Aku busy sangat dekat UM ni. Aku tak pasti aku busy sebab apa. Kerja kursus buat nak tak nak je. Mungkin banyak tidur daripada celik kat UM ni. Mungkinlah. Setahun kat UM ni ajar aku macam-macam erti kehidupan. Melalui pemerhatian sosial aku dan lain-lain, semuanya berjaya mengubah perspektif hidup aku. Bermula dengan kenal teman sebilik di Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah - kawan - kawan kolej dan rakan sefakulti.

Semuanya nampak seperti menyeronokkan bermula di Minggu Haluan Siswa. Aku tak nampak dugaan apa yang aku akan terima sepanjang pengajian aku dekat UM ni. Sebelum masuk UM dalam otak dah set UM ni universiti terbaik dan memang ia universiti terbaik. Cuma ada beberapa jangkaan aku meleset berkenaan dengan UM.

Aku fikirkan mahasiswa UM ini kebanyakannya bijak dan punyai pelbagai kekuatan sehinggakan aku boleh rasa inferior. Aku takut nak bersaing aku takut aku kalah. Tapi bila dah masuk sini perasaan tu hilang sebab kau rasa macam "oh okay.. semuanya nampak macam sama je." Aku malas nak ulas panjang sebab aku tak ada semangat nak menaip sebenarnya.

Aku lalu banyak fasa di UM ni. Bermula dengan seorang yang pemalu dan tak banyak cakap sehinggakan kepada seorang yang selalu bercakap dan ada semangat untuk berhujah dengan orang. Semua ni aku dapat semasa dalam kuliah dan tutorial di mana pensyarah lebih menggalakkan kami untuk berfikir sendiri dan melontarkan pendapat sendiri. Walaupun begitu, aku kadang kecewa dengan segelintir kawan-kawan sekuliah yang tak mahu atau mungkin malu untuk melontarkan pendapat masing-masing. Suka kemam sendiri. Ini bukan kualiti yang aku jangkakan sebelum aku masuk UM. Semua yang berjaya masuk UM telah disaring dan ditemuduga. Aku harap pandangan ini dapat berubah sewaktu aku di tahun kedua.

Soal politik, UM memang gempak la kalau masuk bab-bab politik. Secara umumnya ada dua parti politik pelajar yang terbesar dekat UM ni. Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Aku di sini mungkin dilihat cenderung ke arah menyokong Pro Mahasiswa kerana aku menjadi wakil calon kepada calon Pro Mahasiswa di peringkat fakulti ketika Pilihanraya Kampus berlangsung. Waktu tu memang hangat la. Semua pelajar tahun pertama macam takut nak sokong pro mahasiswa kerana kebanyakan orang yang punya jawatan di kolej adalah budak-budak penggerak. Yes, politik di UM, Pro M memang kuat tapi masih ramai yang takut-takut nak pakai baju pro m atau declare diri dia Pro M. Aku sendiri lepas nyatakan pendirian aku untuk menyokong Pro Mahasiswa, terus senior-senior dekat kolej pandang serong kat aku. Mana taknya senior yang sokong Pro M kebanyakannya duduk dekat luar. HA HA HA !

Whatever it is, post ni aku dah draft banyak kali. Aku nak cerita banyak tapi aku tak ada mood.

Aku jumpa macam-macam jenis manusia kat sini. Daripada semalas-malas manusia macam sloth sampailah ke serajin-rajin manusia. Daripada sebaik-baik akhlak sampailah . . . .

Ceritanya begini, kalau hati tak kuat. Jangan harap mahu berjaya. Biar seribu dugaan datang menyusahkan hidup kau sampai kau jatuh terjelepok terlentang. Kalau kau tak bangun sendiri orang akan gelak, dia tak akan tolong.

Kau kawan je lah dengan semua orang, jangan memilih kawan. Kawan tu datang dan pergi. Sikit sahaja yang stay dan jadi sahabat. ;)

Sekian, banyak lagi yang terbuku di hati. Tapi biar saja aku pendam sendiri.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person