Dear Followers

Monday, August 17, 2015

Jangan Datang Lagi

Dulu, kau tak layan aku.. Bila aku betul mahu nak dekat kau, kau buat bodoh sama aku.

Mulanya kau kata kita boleh bersama, tapi bila aku mahu bersama kau kata nanti dulu, kita kawan saja. Aku tak kisah walau terkilan sebab aku masih mampu bagi kau masa untuk kau berfikir..

Tapi masih, masa yang aku bagi kau sia²kan. Aku dah mengalah sebab berbulan aku tahan. Kau layan aku endah tak endah. Anggap aku macam pilihan.. Bila kau nak kau datang singgah.

Aku pergi, satu semester kita tak bertegur. Aku dah rasakan ketenangan dapat hidup dengan gembira tanpa kau. Tapi bila aku mula nak stabil, kenapa kau datang?

Aku maafkan, tapi maaf sebab aku tak boleh jadi macam dulu. Hati yang sakit memang dah serik. Bukan aku tak cuba untuk jadi macam dulu untuk kau, aku cuba. Tapi aku tak boleh.

Aku ada cerita dekat kawan aku pasal kau, tapi dorang kata aku bodoh pasal layan kau baik² lagi. Tapi itu memang aku.. Aku tak boleh tak balas teguran orang.

Sekarang, selamat maju jaya untuk kau. Bukan kau seorang sahaja yang datang cari aku... Ada seorang lagi, tapi nasibnya pun sama. Aku tak boleh terima kita jadi macam dulu. Sebab aku serik. Dua tiga kali peluang, tetap sama. Jadi, cukup. Kholas.

Aku nak cuba sesuatu yang baru dengan orang baru. Doakan.

Kepada silent reader, diam². Cerita kat sini, habis kat sini. (〜^∇^)〜
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person