Dear Followers

Thursday, August 27, 2015

Hipokrit dalam selektif

Hipokrit dalam perkataan mudah tipu atau bermuka-muka. Selektif pula maksud dia memilih.

Jadi hipokrit dalam selektif ni apa? Apa maksud aku dengan hipokrit dalam selektif ni? Maksud aku kau memilih-milih dan dalam masa yang sama kau menipu atau bermuka-muka.

Boleh ke kita bersikap selektif tanpa ada hipokrit? Boleh. Kalau kita dengan tetap menyatakan alasan atau hujah yang sama berhubung penolakan pemilihan kita. Sebagai contoh, kau ada dua orang kawan yang kau kenal. Kawan A kawan yang kau tak berapa nak rapat ajak pergi makan. Kau kata tak nak sebab tempat tu mahal atau tak best dan sebagainya. Kawan B, kawan yang kau suka dan kau menaruh hati dekat dia. Dia ajak kau pergi tempat yang sama dan kau terus setuju tanpa ada alasan macam kau bagi dekat kawan A tadi. Selektif tu tak mengapa, hipokrit jangan. Terus terang saja. Orang pasti faham.

Bagaimana dengan selektif tanpa hipokrit? Boleh ke? Ya boleh, kalau kau ada prinsip. Kalau kau tak nak, kau tetap akan cakap tak nak kepada sesiapa atau apa pun. Ada faham?

Akhir kata, kita semua manusia. Sempurna sifat dan kejadiannya cuma kadang perbuatan kita yang tidak sempurna. Setiap orang punyai gaya pemikiran yang berbeza kerana nature dan nurture yang berbeza. Makanya, sentiasa jujur dengan diri. Kita boleh saling memhami satu sama lain tanpa ada niat untuk menipu sebab nak jaga hati atau apa pun.

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Aku tidak selektif. Kalau aku selektif, kau semua tak akan dapat baca semua ini. Salam.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person