Dear Followers

Sunday, August 16, 2015

Dari tak suka kepada suka

Aku suka dia, aku tersuka dia.
Semuanya sebab program Jalinan masyarakat kat Pahang hari tu.

Mula² aku tak suka tengok dia sebab aku rasa memang dia tak suka aku. Dia suka jeling aku buat muka kerek dengan aku bila aku buat lawak dengan kawan aku.

Tapi, lepas aku lepak borak dengan dia masa JM hari tu. Dia lain, dia periang orangnya.

Senang nak get along dengan dia. Sampaikan lepas habis JM, aku lepak dengan dia dengan kawan lagi sorang dekat ruang belajar. Aku lepak sebab nak temankan dia berdua. Lama juga dari malam hingga ke Subuh. Sebab mahu siapkan kerja² untuk pembentangan laporan JM.

Sepanjang lepak tu, macam² aku dengan dia berbual. Esok harinya, aku siap bawa balik rumah aku, tolong mak buat kuih lagi. Tak sangka.

Entah macam mana aku boleh jatuh suka. Hari selepas tu pergi PD dan berjalan seharian. Macam² lah.

Nak cerita banyak lagi, tapi cukuplah ni. Cukup aku tahu aku suka dia. Dia suka aku? Biar waktu yang akan tentukan.
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person