Dear Followers

Friday, August 28, 2015

Terluah segala rasa

Rasa apa yang aku dah luahkan? Kepada siapa aku luahkan? Ha ha ha. Rasanya aku dah rasa lega gila. Tiada lagi bebanan berat atas bahu ni. Mana taknya dah cerita semua segala benda dekat dia. Wekkkk...

Cerito eh bermulo begini..... Malas pulak nak cerita.. Dah lah. Nanti lah aku cerita. Okay ke tak? Tak apa lah dah alang-alang kau nak tahu kan. Biar aku cerita... Tapi bukan daripada mula sampai akhir lah ya... Sebab aku penat dan malas nak taip cerita panjang berjela. Nanti korang bukan nak baca pun..........

Aku kan... Dah bagitahu perasaan aku kat dia. Aku dah cakap aku suka dia. Tapi suka hanya sekadar suka. Bukanlah aku dah jatuh cinta atau mahu bercinta. Yelah, aku sedar aku siapa dan berdiri di mana. Ceh !

Okaylah, aku luah kat dalam group whatsapp.. Ada tiga orang je dalam group tu. Aku, dia dan seorang lagi. Lepas dah luah tu kan, dia macam terkejut lah.. Perempuan kan.. Mestilah terkejut bila ada lelaki mengaku suka dia. Ha ha ha. Tapi aku tak minta lebih aku nak kawan je macam biasa aku tak ada nak buat ayat manis dengan dia macam orang bercinta...

Lepas tu... Dia pun okay je. Dia cakap apa tu.. Dia sayang aku.. Dia care pasal aku.. Wooooaaaaa !!! Hmm tapi sebagai kawan lah. Kahkah. Friendzone? Tak apa la aku yang nak. Korang jangan nak gelak eh. Hahahahaha..

Macam tu lah cerita dia.. Kita kawan je tapi aku suka dia. Kalau ada jodoh ada lah. Andai ditakdirkan dia tak menjadi dengan aku dalam waktu terdekat biarlah dia menjadi jodoh aku dalam 4 tahun akan datang. Hahhahahaha. Ni bergurau ke serius aku tak tahu. Hm

Nanti sambutan kemerdekaan nak bawa dia jalan-jalan Dataran Merdeka. Harap semuanya berjalan lancar. Kita kawan... Kalau terjatuh hati dekat aku tu kira bonus besar la kat dia. Hahahaha. Okay merepek.

Sekian. Kau rasa aku tengah gembira atau sedih? Komen kat bawah ni.

Thursday, August 27, 2015

Hipokrit dalam selektif

Hipokrit dalam perkataan mudah tipu atau bermuka-muka. Selektif pula maksud dia memilih.

Jadi hipokrit dalam selektif ni apa? Apa maksud aku dengan hipokrit dalam selektif ni? Maksud aku kau memilih-milih dan dalam masa yang sama kau menipu atau bermuka-muka.

Boleh ke kita bersikap selektif tanpa ada hipokrit? Boleh. Kalau kita dengan tetap menyatakan alasan atau hujah yang sama berhubung penolakan pemilihan kita. Sebagai contoh, kau ada dua orang kawan yang kau kenal. Kawan A kawan yang kau tak berapa nak rapat ajak pergi makan. Kau kata tak nak sebab tempat tu mahal atau tak best dan sebagainya. Kawan B, kawan yang kau suka dan kau menaruh hati dekat dia. Dia ajak kau pergi tempat yang sama dan kau terus setuju tanpa ada alasan macam kau bagi dekat kawan A tadi. Selektif tu tak mengapa, hipokrit jangan. Terus terang saja. Orang pasti faham.

Bagaimana dengan selektif tanpa hipokrit? Boleh ke? Ya boleh, kalau kau ada prinsip. Kalau kau tak nak, kau tetap akan cakap tak nak kepada sesiapa atau apa pun. Ada faham?

Akhir kata, kita semua manusia. Sempurna sifat dan kejadiannya cuma kadang perbuatan kita yang tidak sempurna. Setiap orang punyai gaya pemikiran yang berbeza kerana nature dan nurture yang berbeza. Makanya, sentiasa jujur dengan diri. Kita boleh saling memhami satu sama lain tanpa ada niat untuk menipu sebab nak jaga hati atau apa pun.

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Aku tidak selektif. Kalau aku selektif, kau semua tak akan dapat baca semua ini. Salam.

Wednesday, August 26, 2015

Tahun Pertama di UM

Aku busy sangat dekat UM ni. Aku tak pasti aku busy sebab apa. Kerja kursus buat nak tak nak je. Mungkin banyak tidur daripada celik kat UM ni. Mungkinlah. Setahun kat UM ni ajar aku macam-macam erti kehidupan. Melalui pemerhatian sosial aku dan lain-lain, semuanya berjaya mengubah perspektif hidup aku. Bermula dengan kenal teman sebilik di Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah - kawan - kawan kolej dan rakan sefakulti.

Semuanya nampak seperti menyeronokkan bermula di Minggu Haluan Siswa. Aku tak nampak dugaan apa yang aku akan terima sepanjang pengajian aku dekat UM ni. Sebelum masuk UM dalam otak dah set UM ni universiti terbaik dan memang ia universiti terbaik. Cuma ada beberapa jangkaan aku meleset berkenaan dengan UM.

Aku fikirkan mahasiswa UM ini kebanyakannya bijak dan punyai pelbagai kekuatan sehinggakan aku boleh rasa inferior. Aku takut nak bersaing aku takut aku kalah. Tapi bila dah masuk sini perasaan tu hilang sebab kau rasa macam "oh okay.. semuanya nampak macam sama je." Aku malas nak ulas panjang sebab aku tak ada semangat nak menaip sebenarnya.

Aku lalu banyak fasa di UM ni. Bermula dengan seorang yang pemalu dan tak banyak cakap sehinggakan kepada seorang yang selalu bercakap dan ada semangat untuk berhujah dengan orang. Semua ni aku dapat semasa dalam kuliah dan tutorial di mana pensyarah lebih menggalakkan kami untuk berfikir sendiri dan melontarkan pendapat sendiri. Walaupun begitu, aku kadang kecewa dengan segelintir kawan-kawan sekuliah yang tak mahu atau mungkin malu untuk melontarkan pendapat masing-masing. Suka kemam sendiri. Ini bukan kualiti yang aku jangkakan sebelum aku masuk UM. Semua yang berjaya masuk UM telah disaring dan ditemuduga. Aku harap pandangan ini dapat berubah sewaktu aku di tahun kedua.

Soal politik, UM memang gempak la kalau masuk bab-bab politik. Secara umumnya ada dua parti politik pelajar yang terbesar dekat UM ni. Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Aku di sini mungkin dilihat cenderung ke arah menyokong Pro Mahasiswa kerana aku menjadi wakil calon kepada calon Pro Mahasiswa di peringkat fakulti ketika Pilihanraya Kampus berlangsung. Waktu tu memang hangat la. Semua pelajar tahun pertama macam takut nak sokong pro mahasiswa kerana kebanyakan orang yang punya jawatan di kolej adalah budak-budak penggerak. Yes, politik di UM, Pro M memang kuat tapi masih ramai yang takut-takut nak pakai baju pro m atau declare diri dia Pro M. Aku sendiri lepas nyatakan pendirian aku untuk menyokong Pro Mahasiswa, terus senior-senior dekat kolej pandang serong kat aku. Mana taknya senior yang sokong Pro M kebanyakannya duduk dekat luar. HA HA HA !

Whatever it is, post ni aku dah draft banyak kali. Aku nak cerita banyak tapi aku tak ada mood.

Aku jumpa macam-macam jenis manusia kat sini. Daripada semalas-malas manusia macam sloth sampailah ke serajin-rajin manusia. Daripada sebaik-baik akhlak sampailah . . . .

Ceritanya begini, kalau hati tak kuat. Jangan harap mahu berjaya. Biar seribu dugaan datang menyusahkan hidup kau sampai kau jatuh terjelepok terlentang. Kalau kau tak bangun sendiri orang akan gelak, dia tak akan tolong.

Kau kawan je lah dengan semua orang, jangan memilih kawan. Kawan tu datang dan pergi. Sikit sahaja yang stay dan jadi sahabat. ;)

Sekian, banyak lagi yang terbuku di hati. Tapi biar saja aku pendam sendiri.

Lari

Lari pergi
Tinggal aku.

Tak mengapa
Aku dah biasa
Ini semua biasa

Dan bila aku mahu berkawan saja
Semua berkata aku mahu lebih
Lalu kau percaya semua
Jadi takut
Lalu berlalu pergi

Tak mengapa
Aku dah biasa
Ini semua biasa

Kita cuma kawan
Aku tak mahu jadi lawan

Suka tetap suka
Bukan namanya cinta
Doa aku dalam duka
Moga terus bahagia

Engkau berlari
Aku menyepi.

Tuesday, August 25, 2015

Pembaca dari Singapura

Eh? Pembaca daripada Singapura? Makin banyak pula pembaca blog ni daripada sana.

Sejak bila? Sejak kantoi dengan kawan-kawan Singapura pas al aku suka dia. Kau rasa apa aku rasa bila makin ramai yang tahu.

Aku rasa dia tahu aku suka dia. Ahh. Tapi tak mengapa. Buat biasa je. Kita cuma kawan. ;)

Dan aku bersyukur dapat kenal dengan kawan-kawan dari Singapura ni. May this friendship last forever. Sem break trip, grad trip and family trip. Hahaha

I just love them all. Spread the love guys!

Sunday, August 23, 2015

Truth or Dare

Truth or Dare? Damn ! Sungguh menyesal main game ni dengan Nona, Sri, Mardhiah. Its 4 of us. The idea came from Nona. Im so excited to play this game.

Sebab apa menyesal?
Sebab apa aku excited?

Okay. Sebab aku excited.. Kitorang memang nak tanya Nona. But aku lupa orang tu boleh pilih its truth or dare. Nona is too smart to play this game in one round. She managed to escape by choosing dare. We dare her to hug kak chom. Hahaha. Dan cakap Iloveyou. Dan dia buat benda tu. Applause please.

After that, giliran Mardhiah.. Dia pilih truth but kita memang tak tahu nak tanya apa dan soalan cliche la kita bagi siapa lelaki yang kat APM yang paling attractive.. Dia cakap Fahmi sebab muka.

Then, Sri. Dia pilih truth... Kita tanya dekat dia pernah ada rasa nak tinggalkan dia punya abe tak. Dan dia jawab pernah ada tapi tak sampai hati.

Akhir sekali, turn aku. I let them to choose truth or dare for me. Then dorang dengan confident jawab truth. Soalannya... Siapa perempuan yang aku pernah suka sikit.. Dan boleh dijadikan calon isteri? Dah niat nak menipu tapi I cant.... Huaaarrgghh.. Itu yang aku menyesal.. Malu sangat nak mengaku.. Memang kadang aku nampak macam tak malu bila bergaul tapi bila melibatkan perasaan. Aku akan jadi pemalu gila. Nak sebut nama orang yang aku suka pun aku tak dapat. Kelu. Sebab dia ada depan mata. I cant tell. But they know siapa perempuan tu. At last Sri just type nama orang tu dan aku pun tak mengiyakan atau tak menafikan. Arggghhhh !! Menyesal. I want to keep it low.. Tapi still orang nampak.. What should I do?

Bismillahi tawakkaltu alallah. :)
Sekian. Mohon doa dari kalian.

Friday, August 21, 2015

Lari keluar daripada zone

Lari keluar daripada zone? Zone apa der? Zone adik beradik. Hahahaha.
Dalam group tu ada tiga orang.. Aku, dia, dan kawan sorang lagi. Memang apa-apa hal kita cerita dekat situ je.

Tapinya kan, dorang panggil Along, angah, adik. Hahaha. Aku angah, dia along. Bila dorang main Along , Angah, Adik aku tak panggil pun dorang Along ngn adik. Sebab aku tak nak ada dalam zone tu.

Then hari ni, bila dia panggil along angah lagi. Aku step up dan cakap eiyekk.. Tak nak lah along angah. Hahahaha. But then, dia kata... Itu untuk ingatkan aku batas mengurat kat dia dengan kawan sorang lagi. Tapi, kawan sorang lagi tu dah berpunya. Memang tak lah aku nak jatuh suka.

Dekat dia ni haaa.. Muahaha. I cannot lah. Whatever it is, dia dah macam start to care. Bila aku update sad moments.. Dia tanya aku kenapa.. Tapi aku tak reply sebab aku tidur dohh. Dia dah semacam cuak. Kehkeh.

Aha, itulah aku.. Aku tak biasa cerita masalah kat orang. Aku cuma luah sedikit kat mana-mana tapi bukan pada orang. Dia try nak dekat dengan aku dan faham aku. But, aku macam susah jugak nak cerita masalah sendiri kat orang. Haha. Tak apalah.. Esok nak pergi Singapura.. Kalau dia tanya, aku akan cuba jawab.

Ya, suka tetap suka. Tapi dia tak boleh tahu. But !!! Ada tiga orang kawan aku yang perasan aku dah jatuh hati dekat dia. Aduhai.. Ingat dah pandai sorok feeling ni. +_+

Aku harap dorang bertiga dapat simpan rahsia. Kalau si dia tahu, biarlah dia perasan sendiri. Apa pun keputusan dia selepas itu aku terima. Huwwwww ~


πŸŽ€✨πŸ‘±πŸ’—πŸ‘Έ✨πŸŽ€
πŸŽ€✨πŸ‘¨πŸ’œπŸ‘©✨πŸŽ€
πŸŽ€✨πŸ‘΄πŸ’™πŸ‘΅✨πŸŽ€
πŸŽ€✨πŸ―πŸ’›πŸ°✨πŸŽ€
πŸŽ€✨πŸ‘½πŸ’šπŸ’€✨πŸŽ€
 AllYouNeedIsLove
πŸ˜πŸ’“πŸ˜˜πŸ’˜πŸ˜œπŸ’☺

Wednesday, August 19, 2015

DJ N

DJ N ? Dia selalu main-main jadi DJ dekat group whatsapp. Nama radio tu sosomething.fm kahkah. Diambil daripada nama group.

Ada sekali dia acah jadi dj radio, minta orang hantar pesanan bagai. Aku terus pm dia dekat whatsapp. Ada ucapan untuk kawanπŸ˜‚πŸ˜‚. Sekali betul2 dia bacakan ucapan tu. Memang aku gelak-gelak.

Aku dengar apa yang dia potpetpotpet masa jadi DJ radio dengan emak. Haha. Mungkin mak aku tahu la kot aku sjka dia. Sebab asyik cerita pasal dia je. Hahaha. Hari tu aku suruh mak aku cakap dalam group tu. Aku dah tekan record. Sekali mak aku cakap, 'N, Haziq suka N." Kahkah! Nasib baik aku sempat cancelkan. Kalau tak.... Hahaha. Malu gila.

Tapi ada mak aku vn, pandai N masak, boleh jadi menantu makcik. Terus dia PM aku kat whatsapp. Malu la tu. Hahaha

Rasa macam dah makin rapat, rasanyalah. Tapi tak rasa dia akan ada perasaan yang sama macam aku dalam waktu yang terdekat.

Apa pun, teruskan berdoa, rendahkan pengharapan. Bukan aku tak mahu berharap. Cuma aku takut kecewa.

Monday, August 17, 2015

Jangan Datang Lagi

Dulu, kau tak layan aku.. Bila aku betul mahu nak dekat kau, kau buat bodoh sama aku.

Mulanya kau kata kita boleh bersama, tapi bila aku mahu bersama kau kata nanti dulu, kita kawan saja. Aku tak kisah walau terkilan sebab aku masih mampu bagi kau masa untuk kau berfikir..

Tapi masih, masa yang aku bagi kau sia²kan. Aku dah mengalah sebab berbulan aku tahan. Kau layan aku endah tak endah. Anggap aku macam pilihan.. Bila kau nak kau datang singgah.

Aku pergi, satu semester kita tak bertegur. Aku dah rasakan ketenangan dapat hidup dengan gembira tanpa kau. Tapi bila aku mula nak stabil, kenapa kau datang?

Aku maafkan, tapi maaf sebab aku tak boleh jadi macam dulu. Hati yang sakit memang dah serik. Bukan aku tak cuba untuk jadi macam dulu untuk kau, aku cuba. Tapi aku tak boleh.

Aku ada cerita dekat kawan aku pasal kau, tapi dorang kata aku bodoh pasal layan kau baik² lagi. Tapi itu memang aku.. Aku tak boleh tak balas teguran orang.

Sekarang, selamat maju jaya untuk kau. Bukan kau seorang sahaja yang datang cari aku... Ada seorang lagi, tapi nasibnya pun sama. Aku tak boleh terima kita jadi macam dulu. Sebab aku serik. Dua tiga kali peluang, tetap sama. Jadi, cukup. Kholas.

Aku nak cuba sesuatu yang baru dengan orang baru. Doakan.

Kepada silent reader, diam². Cerita kat sini, habis kat sini. (〜^∇^)〜

Sunday, August 16, 2015

Dari tak suka kepada suka

Aku suka dia, aku tersuka dia.
Semuanya sebab program Jalinan masyarakat kat Pahang hari tu.

Mula² aku tak suka tengok dia sebab aku rasa memang dia tak suka aku. Dia suka jeling aku buat muka kerek dengan aku bila aku buat lawak dengan kawan aku.

Tapi, lepas aku lepak borak dengan dia masa JM hari tu. Dia lain, dia periang orangnya.

Senang nak get along dengan dia. Sampaikan lepas habis JM, aku lepak dengan dia dengan kawan lagi sorang dekat ruang belajar. Aku lepak sebab nak temankan dia berdua. Lama juga dari malam hingga ke Subuh. Sebab mahu siapkan kerja² untuk pembentangan laporan JM.

Sepanjang lepak tu, macam² aku dengan dia berbual. Esok harinya, aku siap bawa balik rumah aku, tolong mak buat kuih lagi. Tak sangka.

Entah macam mana aku boleh jatuh suka. Hari selepas tu pergi PD dan berjalan seharian. Macam² lah.

Nak cerita banyak lagi, tapi cukuplah ni. Cukup aku tahu aku suka dia. Dia suka aku? Biar waktu yang akan tentukan.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person