Dear Followers

Thursday, December 11, 2014

Kenangan kita di malam itu

Malam tadi aku keluar dengan dia, lama juga lah kitorang keluar. Mula ingat nak pergi makan je, tapi bila dah dalam kereta tak tahu pula arah tujunya. Haha! Kejap nak tengok wayang, kejap nak pergi icity.

Masa dalam kereta tu, dia banyak bercerita pasal kawan-kawan dia.. Pasal kenangan-kenangan... Sebab tu aku lagi suka jumpa dia depan-depan daripada text ataupun call. Bila jumpa depan-depan... Macam macam cerita boleh aku tahu...

Dia ni perahsia, tapi bila dah jumpa depan-depan.. Senang untuk diprovok atau dipujuk untuk bercerita. Aku suka dengar dia bercerita, nampak comel gila !

Aku dengan dia, dia tahu aku sayang dia sangat-sangat.. Aku pun tahu dia sayang aku walaupun dia jarang cakap, tapi aku pernah dengar dia cakap sekali sekala pasal sayang ni. Untuk aku, aku tak suka paksa dia tentang perasaan. Aku tak nak tergopoh-gopoh. Walaupun tak declare secara rasmi kami ni ada hubungan, tapi aku rasa orang sekeliling mesti fikir aku dengan dia pakwe makwe. Yelah, kadang2 aku mengaku yang dia tu girlfriend aku sebab aku tak nak kawan2 aku kacau dia. Hahaha.

Apapun, malam tu kitorang pergi icity.. Banyak selfie dan banyak posing. Yahhh, malam tu aku asyik terpesona tengok telatah dia. Gelak dia.. Aku suka dia macam tu. ;) Mungkin kalau aku suka paksa2 dia.. Dia tak akan jadi segembira itu. Kan? Dan aku ada bagitahu dia, aku ni kuat cemburu orangnya. Hahaha. Okaylh tu ja. Well, aku memang sayang dia. Babai.

Tuesday, December 9, 2014

Kerana cemburu itu tanda sayang

Aku tak tahu aku nak ungkapkan macam mana perasaan aku sekarang ni.
Aku tak tahu sama ada sakit kerana cemburu atau apa.
Naluri aku sentiasa tepat, sejak pertama kali aku dengar nama tu.. Aku semacam rasa sesuatu antara dia dan dia.
Lama juga aku simpan rasa curiga tu.. Aku tengok dia pun semacam sudah mahu berubah.. Itu semua tanda-tanda awal mungkin.
Pagi lepas subuh, aku tergerak hati nak tengok FB laki tu. Apa yang aku dapat memang buat hati aku terluka.
Aku tak tahu nak cakap macam mana. Andaian aku cuma mereka seperti ada apa-apa hubungan.
Aku hanya mampu berdoa supaya apa yang aku rasa itu tidak benar.. Supaya apa yang aku rasa itu cuma mainan perasaan rindu dan cemburu.
Ratieqah Najeehah, aku nak kau tahu sememangnya aku rindu kat kau. Ya, aku cemburu melihatkan komen2 itu.
Lama aku bertahan kerana kau, aku cuba untuk terus macam ni sampai bila-bila. Sebab kau tu lain daripada yang lain. Orang lain lihat kau begitu begini tetapi tidak di mata aku.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person