Dear Followers

Saturday, November 15, 2014

Berulang kembali

Kau berubah dalam sekelip mata. Mula dengan layanan yang baik lepas tu berubah layanannya yang aku rasa memang aku tak mampu nak tanggung. Bukan aku kata aku mahu mengalah.

Aku dah cuba macam-macam untuk buat kau gembira. Tapi aku? Hahah.

Ada kawan yang baru aku jumpa.. Dia kata.. Bila kau jatuh cinta.. Susah kau nak rasional diri kau sendiri. Ya, mungkin betul apa yang dia cakapkan tu. Aku tak mampu nak berfikir dengan rasional. Walau aku dilayan seperti mahu tak mahu. Aku tetap nak tawan hati kau.

Ada kawan aku cakap, betul gigih aku nak dapatkan hati kau. Kesian dia tengok aku. Katanya lah.. Yup, kadang-kadang pun aku kesiankan kat diri aku. Adakah aku terlalu berusaha untuk sesuatu yang tak pasti atau yang memang tak akan aku miliki?

Kau bukan yang pertama buat aku macam ni.. Dan mungkin juga bukan yang terakhir.. Atau... Mungkin yang terakhir? Siapa tahu bukan?

Ini cerita orang yang dilukai mengharap sesuatu yang tak pasti. Ya, aku jadi patah hati. Terima kasih pada kau yang dulunya sembuhkan luka kat hati ini dan kemudiannya kau lukakan kembali.

Aku tak tahu adakah aku mahu mengharap atau mahu pergi saja. Sekali lagi.. Soal rasionalisasi diri.

Sekian.

Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person