Dear Followers

Sunday, November 16, 2014

Salah faham tu biasa

Salah faham sebab apa?
Sebab berahsia..
Tu yang jadi antara kami.

Tapi semuanya dah kembali okay bila luah segala apa yang terbuku kat hati. Bila dah luah semuanya.. Mestilah kita tahu kat mana salah silapnya. Bila dah tahu.. Kenalah cari jalan penyelesaian.

Kepada kau.. Jangan pendam lagi. Pedulikan apa orang nak cakap. Kita lebih mengenali diri kita dpd orang lain.

Saturday, November 15, 2014

Berulang kembali

Kau berubah dalam sekelip mata. Mula dengan layanan yang baik lepas tu berubah layanannya yang aku rasa memang aku tak mampu nak tanggung. Bukan aku kata aku mahu mengalah.

Aku dah cuba macam-macam untuk buat kau gembira. Tapi aku? Hahah.

Ada kawan yang baru aku jumpa.. Dia kata.. Bila kau jatuh cinta.. Susah kau nak rasional diri kau sendiri. Ya, mungkin betul apa yang dia cakapkan tu. Aku tak mampu nak berfikir dengan rasional. Walau aku dilayan seperti mahu tak mahu. Aku tetap nak tawan hati kau.

Ada kawan aku cakap, betul gigih aku nak dapatkan hati kau. Kesian dia tengok aku. Katanya lah.. Yup, kadang-kadang pun aku kesiankan kat diri aku. Adakah aku terlalu berusaha untuk sesuatu yang tak pasti atau yang memang tak akan aku miliki?

Kau bukan yang pertama buat aku macam ni.. Dan mungkin juga bukan yang terakhir.. Atau... Mungkin yang terakhir? Siapa tahu bukan?

Ini cerita orang yang dilukai mengharap sesuatu yang tak pasti. Ya, aku jadi patah hati. Terima kasih pada kau yang dulunya sembuhkan luka kat hati ini dan kemudiannya kau lukakan kembali.

Aku tak tahu adakah aku mahu mengharap atau mahu pergi saja. Sekali lagi.. Soal rasionalisasi diri.

Sekian.

Friday, November 7, 2014

Bukan biasa biasa

Semalam aku keluar pergi mid valley dengan dia... Jauh jugak jalan jalan... Naik lrt pergi Kelana Jaya.. Patah balik pergi KL Sentral.. Lepas tu naik KTM pergi Mid Valley.

Bershopping sakan... Nak beli biskut2.. Milo utk letak kat bilik ni haaa... Masa keluar tu memang happy lah cerita dia. Masing masing tak tengok handphone.. Macam macam cerita kitorang borakkan.

Nak dijadikan cerita.. Bukan biasa biasa ni maksud aku. Hubungan aku dengan dia ni aku tak anggap biasa biasa.. Bukan kawan baik.. Dan sudah tentu bukan couple. I think it is more than that.......

Tapi kan.. Dia letak video kitorang kat insta dgn caption bestfriend. Huahuahua.. Hmmmmmm .. Aku kena friendzoned ke? Huh.. Tak kecewa.. Mungkin dia perlukan masa.

Yah, I will wait.

Thursday, November 6, 2014

Sapu tangan aku

Semalam... Lepas je habis test information skills kat library. Aku dengan zakwan pergi Fakulti Sastera dan Sains Sosial.. Sebab nak cari buku dan makan kat kafe situ dengan Sharul , Lisa ..

Sambil tu.. Tunggu si paen ngn iffa.. Lama gila. Dorang yang ajak makan dorang yang lambat. Aku tunggu dpd pukul 12.50pm smpai pukul 1.45pm.. Tak muncul2.. Harrey.. Dah sampai.. Dia tak lepak sama.. Terus pergi library. Ada test sama macam aku sebelumnya. Haha.

Jadinya... Tu baru permulaan cerita. Aku tunggu sampai pukul 2 baru aku makan. Sebabnya.. Nak makan dengan dia. Then, dapatlah makan dengan dia.... Masa makan aku tengok dia. Teruk selesema dia.. Kena resdung. Aku bagi sapu tangan aku.. Dia tak nak.... Kata jijik la apa la.. Busuk la. Hahaha.

Tapi kann... Lepas makan. Masa nak basuh tangan.. Aku ikut sekali nak basuh tangan.. Lepas tu, dia mintak sapu tangan aku.. Nak tutup and lp hidung dia.. Hahaha.. Btw, itulah dia... Mulanya kata tak nak.. Tapi akhirnya dia akan nak. Daripada dulu aku kenal.. Sampai sekarang..

Sapu tangan tu.. Aku baru lap peluh dua tiga kali.. Haha. Tapi dia tak cakap apa pon masa letak sapu tangan tu kat hidung. Hahahaha. Peluh aku wangi la tu. ✌

K.. Tu je. Babai.

Wednesday, November 5, 2014

Kau tak gemuk

Ini khas untuk kau.. Aku nak cakap ni.. Kau tak gemuk. Kau kurus. Pipi kau je yang tembam chubby rasa macam nak cubit carik carik pipi tu.

Tolong jangan melawan boleh? Kalau dah kurus tu jangan cakap gemuk. Boleh jadi satu doa tau? Nak sangat ke jadi gemuk? Haishhh.

Tapi kan tapi kan... Memang aku nak kau gemuk. Hihik. Biar takda orang nak kat kau. Biar dapat kat aku je ! ✌

Monday, November 3, 2014

Biar kau tak tahu

Aku biarkan senyum dekat depan kau.. Dalam aku, kau tak akan tahu. Dulu memang aku tunjuk dekat kau bila aku ada masalah. Kali ni tidak.. Aku tak akan tunjuk. Aku akan biar kau yang tanya.

Aku nak tengok... Betul ke tidak apa yang kau cakap. Kau cakap kau selalu sakitkan hati aku. Tapi aku kata tidak. Kau tetap kata ya. Baiklah, aku akan ke belakang sedikit untuk sementara waktu. Aku mahu lihat kau cari aku ke tidak.

Kalau kau cari aku, aku nak kau tahu kehadiran kau dalam hidup aku memang bawa kegembiraan. Kalau kau tak cari aku... Ya, benarlah kau bawa kesedihan. Jujur, aku nak kau cari aku. Aku nak buktikan yang kau salah...

Ya memang kadang aku terasa hati dengan layanan kau. Yang kadang okay. Kadang macam haram. Beb, aku tak kisah.. Yang penting aku lagi banyak senyum daripada terasa hati.

Sekian, luahan hati aku...
Terima kasih kerana membaca.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person