Dear Followers

Sunday, September 7, 2014

Seminggu pertama di UM

Salam semua ! Hai ! Bertemu lagi kita di sini. Hahaha. Okay okay. Kali ni aku nak cerita pengalaman aku seminggu pertama di UM. Mungkin panjang meleret  dan mungkin pendek cenonet jeee.

Ammmm... Okay.. Hari pertama. Mak ayah hantar.. This is the first time ever I will not see them for a long time. But, im okay.. Selesai check in bilik di Kolej Kediaman Ketiga Tuanku Kurshiah (KKTK).. Mak ayah aku pun balik.. Jadi pemudahcara mahasiswa kolej pula yang akan bertanggungjawab menguruskan hal pelajar2 freshie macam aku ni.. Hari pertama je dah kena marah weiii... PM marah kat dewan makan. Kah! Terus semua senyap.. Kat dalam dewan pun sama... PM Aishah dengan PM Azam menjerit kat kitorang semua. Dalam hati dah membuak2 dah kata pahal kerek sangat mamat ngan minah ni. Rilek aaaa. Kitorang baru masuk kott.. Haha

Semua PM KK3... Comel, ayu dan kacak weh.. Aku tengok PM kolej lain biasa biasa je.. Hahaha. Seminggu pertama ni aku banyak habiskan masa dekat dewan kolej dan Dewan Tunku Canselor.. Lagi satu kan.. Orientasi ni aku rasa macam kem jati diri... Semua kena cepat dan punctual. Siapa lambat dan buat silap mesti kena marah dan kena denda dengan unit disiplin. Siapa yang tak tahan mesti dah quit punya. Hahaha. Dan ada sorang yang quit.. Kesian.

Tapi.. Tak semua PM tu garang.. Ada yang baik comel.. Macam PM Adreena, PM Fara, PM Izzah, PM Ain, PM Fatin, PM Naqwim, PM Syazwan dan semuanya lah senang cerita. Dorang jadi angin bila kitorang ni tak reti dok diam dan dengar cakap je. Haha ! Ceritanya kat sini.. Aku respek gila lah kat PM kolej ni yang boleh handle 200 lebih pelajar kk3..

Program2 kat DTC pon hebat2 belaka! Ada OKU yang merentas p.pinang.. Ada angkasawan kedua negara Mejar Faiz, dan Ikon hiburan negara Dato Aznil or Paknil.. Semua tu adalah produk UM. Perghhh. Bangga kejap. Program2 kat DTC banyak buat taklimat. Dan kebanyakan taklimat adalah berkaitan dengan leadership.. And yes.. UM adalah U yg plg bnyak melahirkan pemimpin negara. Hope I can be in that list !

Macam macam acara dan program sepanjang seminggu ni.. Dan kami yang duduk kk3 ni hanya mandi sehari sekali je.. Dpd pagi hingga ke malam.. Sebab jadual packed gilaaaa.. Macam2 bau ada..

Aku nak cerita panjang lagi... Tapi.. Penat !!!

Okay2.. Last day.. PM Aishah dan PM Azam yang paling garang tu.. Buat prank dekat birthday boy and girl.. Dia sruh 4 org tu berdiri.. Dan mengamuk gila gila ah.. Luar biasa mengamuknya. Semua diam ! Haha. Lepas tu, dia suruh semua PM masuk.. Habis je bebudak tu minta maaf.. Terus dorang nyanyi lagu happy birthday.. PM Aishah dan PM Azam yang tak pernah menari dan cheers terus menari dan cheers. PM Aishah yang bengis terus jadi cute bila menari dan senyum gelak2..
Malam terakhir tu... Kami duk dalam dewan kolej.. Semua bergembira sampai pukul 3 pagi. Perghh. Memang best ! It was a wonderful moments!

Terlalu banyak memori.. Pukul 1pagi.. Masa nak pulang ke kolej. Kolej 4 block jalan kami tak bagi masuk kolej. Semua battle cheers. Memang panas gila woii.. PM menjerit2 sebab nak kawal keadaan yang panas giloss tu... Nasib baik semua terkawal dan kitorang dapat masuk. Haha !

Lastly,
Minggu Haluan Siswa memang terbaik !

Kbyebye...
To juniors.. Belajar rajin2 dekat form6 Dato Hamzah tu. You can be the best !

Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person