Dear Followers

Monday, August 25, 2014

Kawal diri

Kawal diri?
Susah ke nak kawal diri?
Ya , Tidak dan mungkin.

Ya susah nak kawal diri kalau kau terlalu happy atau terlalu sedih. Kau lost. Satu lagi.. Ego. Yes.. Kalau ego tinggi memang susah nak kawal diri. Its depend on you how you manage your alter ego. If you can manage it well, you can do well in managing your life.

Ahhhaa. Aku? Jenis aku depend on situation kot. Kalau situasi tu memperlihatkan aku tak perlu kawal diri aku. Memang aku akan burst out and jadi hulk. Hahaha. Teringat masa jadi KP dulu. Sebab dah bagi muka sangat.. Aku terus malas nak kawal diri. Semua pengawas aku marah. Sorry no sorry. Padan muka dorang. Sekali tu je aku marah. Lain semua cakap elok2. Aku bukan jenis manusia pemarah.

Kawal diri? Erm. Semua terletak dekat tangan sendiri je sebenarnya. Kau ada pilihan nak kawal atau nak lepaskan semua dan mungkin juga pendam semuanya. Choose wisely haa. Every decision that you will made will have its own consecuences... Pakat2 pikiaq? dua tiga kali ya !

Okay itu je. Utk kamu yang membaca.. Jangan berubah tiba2.. Kawal diri tu. Nanti kamu buat orang yang kenal kamu terkejut. Bisa terkedu bahhhhh...

K itu je. Babai !
Salam
¯\_(ツ)_/¯

From distance

Hai kau yang tak mahu aku dekati kerana kau yang minta.

Aku nak bagitahu ya aku tak akan dekati kau. Aku hormat keputusan kau. Tapi kan... Biarlah aku tengok kau daripada jauh..

Kalau kau rasa kau tak ada teman kat sana nanti. Jangan risau aku ada je lagi untuk kau.

Jadi seperti sediakala mahu cerita segala. Bukan aku mahu tahu tentang kisah hidup kau. Cuma aku hanya nak kau rasa ringan bila kau dah cerita luah segala.

Apa yang aku boleh tolong aku tolong. Jangan risau.. Tak ada benci masih ada sayang. Aku tahu tu memang sifat kau. Kau insecure. Ego? Yes. It is. When insecure and alter ego is combined. You know what will happen next.

Luah yang terbuku?

Luah apa yang terbuku di hati?
Nak luah kat mana?
Kat sini?
No.
Kat orang sekeliling?
No.
Kat orang yang kau percaya?
Probably yes.

Nak luah dekat blog? Boleh. Aku luah. Tapi tak semua. Kau semua tahu sikit je. Sedih aku tak mahu la semua orang tahu. Biar dekat blog ni semua cerita2 gembira aku je. Cerita aku sedang gembira senyum dengan orang yang aku sayang yang aku rapat. Tak akan ada cerita aku sedih or geram dengan orang. Kalau ada. Biar aku bagitahu sedikit je. Hee. Aib orang tak elok dijaja. Ingat.

Nak luah dekat orang yang ada kat sekeliling? No. Jangan. Tak boleh. Sebab apa? Sebab nanti dia cerita dekat orang lain. Orang tu cerita kat orang lain. Last2 sampai kat telinga orang yang kita tak suka. Habis. Punah. Haha. So... Hati2 pilih pendengar. Bagi aku... Aku hanya akan cerita dekat orang yang aku percaya dan sayang. Kalau kau ada dengar luahan hati aku. Ya, kau la orang yang aku percaya dengan hidup aku. Kalau kau khianat kepercayaan aku. Sampai mati aku benci kau. Ya, aku ada benci orang sangat2 sebab dia buat aku hilang kepercayaan dan respek dekat dia. Huh!

Btw, lately..
Nak sedih. Tapi tak tahu sebab apa.
Kadang tersenyum.. Pun tak tahu sebab apa.
I am in the middle of laugh and tears.
You have the powers to push me to any one of it.

Thats it. Thanks for reading.

Dia siapa dia

Hai.. Aku nak cerita pasal dia.
Siapa dia? Entah. ¯\_(ツ)_/¯

Korang semua bijak pandai kan.. Kalau korang follow entry aku yang lepas korang tau la siapa dia yang aku nak cerita ni...

Cerita dia macam ni.. Aku nak bagitahu yang dia ni perempuan. Okay tu paling penting. Dia perempuan. Haha! Tak lah.. Yang paling penting aku suka dia.. Ermm. Paling penting ke??? ͡° ͜ʖ ͡° hahaha. Yelah. Memang aku suka dia..

Dia tahu ke aku suka dia? Jengjengjeng.... Mestilah dia tahu.. Sebab aku memang tunjuk aku suka dia.. Bila dia tanya suka ke.. Aku jawab ye je. Haha! Masalahnya kan.. Aku rasa macam takut. Dia pon mungkin rasa macam tu kot. Takut dikecewakan. Heee.. Tapi.. Tapi dan tapi... Aku ada bagitahu.. Kalau boleh tak nak pun cepat2.. Biarlah kenal lama lagi.. Kan.. Kankankan.. Kenal hati budi masing2..

Dia ni kan.. Aku suka dengan personaliti dia. Dia ni manusia yang full of surprise.. Mysterious.. Dan tak dijangka. Perangai yang straightforward buat aku senang dengan dia. Tapi tak tahu la perasaan dia kalau bab bab berkaitan dengan aku! Haha.

Kadang kadang dia okay.. Terlebih ceria... Ada hari kadang macam garang. Haha! Ada hari tu dia tetiba marah lost control.. Huahua. Takut doooo.. Tak tido malam aku dibuatnya. Tapi tak lama la. Kejap je. Dia pun tak tahu kenapa tetiba emo.

Dia kata dulu dia tough.. Selamba orang usik dia x marah. Tapi sekarang hati dia dah jadi cliche.. Sama macam hati perempuan lain. Masa tu aku memang nak gelak habis laaa.. Aku rasa ah kan.. Dia jadi macam tu sebab dia jatuh hati kot? Kot la.. Kot perasaan aku je.. Kot mmg naluri aku.. Semua pakai kot ja. Haha.

Dah ah.. Aku tak tahu nak cerita apa. Kali ni aku tak akan bagitahu aku update post psl dia. Sebab hari tu aku bagitau dia aku ada buat post pasal dia.. Dia kata aku cliche sebab bagitau dia. Camm harremmm.. Haaa.. Pandai2 kau la nak stalk aku. Wakakaka.

Kbye. (/^▽^)/
Salam..

Friday, August 22, 2014

Universiti Malaya, UM di Hatiku, JelitaKacak

Salam ! Hey ! Hai ! Yawww !
Hari ni aku nak cerita pasal Universiti Malaya (UM) (ノ´ー`)ノ

First of all , mula mula sekali, mukadimah entry ni... Nak ucap syukur Alhamdulillah sebab ditawarkan untuk sambung Sarjana Muda di UM. (∩_∩) Bagai impian jadi kenyataan. Apa yang aku harapkan selama ni dah tercapai. Nak belajar di UM. Dapat penuhi impian ibu bapa. Suka sangat ! Alhamdulillah.

Impian nak jejak kaki ke UM ni dah ada sejak darjah 6 lagi bila sekolah buat lawatan sambil belajar di UM. Masa tu cikgu kata ni la U paling bagus kat Malaysia. Sejak tu aku dah pasang impian nak sambung belajar dekat UM. Masa lepas SPM.. Ada gak try apply UM.. Tapi tak dapat pun.. Yela, result biasa2 ada hati nak masuk UM. Hahahaa. Tapi, tak mengapa.. Aku tak mengalah. Cikgu nasihatkan try STPM..

STPM? Peperiksaan paling susah di Malaysia? "SPM pon dah kantoi melingkup ada hati nak try STPM? (´・_・`)" masa ni bermonolog dalam hati je. Hahaha. Disebabkan memang teringin nak masuk UM. Aku try la buat sungguh2 masa STPM ni. Cikgu2 yang mengajar pun selalu bagi semangat kan.. So makin berkobar lah aku nak belajar sungguh2. Huuu (∩_∩) Bila kelas sejarah dengan Pn Roslin mesti dia cerita pasal UM. Suruh pelajar2nya belajar sungguh2 sebab peluang dah ada depan mata.

Alhamdulillah.. Penat lelah usaha yang aku curah masa STPM berbayar dengan tawaran sambung belajar di UM. (⌒∇⌒) Okay, ni nak nasihat untuk junior2 STPM abang.. Kalau dah masuk Form 6 tu.. Buat betul2 jangan fikir pasal SPM lagi. Fikir terus ke degree ! Pedulikan apa yang orang nak kata.

Okay then ! Habis cerita pasal UM. Mari kita lihat pula pasal UM di Hatiku dan JelitaKacak.

Ermmmmm.. UM di Hatiku??? Apa tu? Haha. Okay okay. Tu nama group kat fb. Group kecik je.. Ada 13 members dalam group tu. Group tu dibuat untuk budak2 yg dapat panggilan temuduga UM.. Especially yang dapat temuduga course under Akademi Pengajian Melayu (APM) UM. Thanks Zakwan sebab invite aku masuk dalam tu. Thanks Paen sebab buat group tu. Dalam group tu... Banyak jugalah dorang ni bertukar2 maklumat yang dorang dapat. Dalam group tu lah aku dapat banyak tips untuk temuduga. Paling kurang.. Hilanglah sikit perasaan gementar tu. ヽ(´ー`)ノ

Mula mula.... Aku ingat.. Group tu akan berkubur lepas habis temuduga.. Tapi.. Jangkaan aku meleset. Haha! Aku dengan Titi cadang kat Paen utk buat group kat whatsapp. Ermm. Memang jadi lagi havoc la berchitchat. Hahaha. Mula dengan strangers.. Sekarang dah rapat.. Harap akan terus kekal begitu..

Belum masuk UM dah buat kawan baru. Ada dalam 9 orang dalam group tu yang dapat UM. Memang rasa macam ehh.. Aku mimpi ke.. Eh betul ke.. Sebab mula2 aku sendiri tak yakin akan dapat UM.. Yela, result biasa2 je. Huhu. Tapi bila result UPU keluar.. Memang terkejut dapat tawaran sambung di UM.

Seminggu lebih je lagi sebelum mendaftar diri di UM. Aku dah rasa tak sabar nak jumpa budak2 group JelitaKacak ni. Jelita ke? Kacak ke? Hahaha. Rupa tak penting. Yang penting hati. Ceh ! Cliche betul...

Ni nak buat special kredit.. Special Thanks to Shahirah selebet sebab teman aku pegi temuduga UM hari tu. Banyak kali jugaklah kau tenangkan aku. Hahaha. Thanks weh.. Tak akan aku lupa hari tu.
ヽ(‘ ∇‘ )ノ

Okay tu je.. Haha!
Kbye.
Salam...
¯\_(ツ)_/¯

Thursday, August 21, 2014

Titi

Hai, hari ni nak cerita pasal titi.. Ni bukan titi merentas longkang atau titian sirat ke apa. Hahaha. Titi ni nama pendek bagi seorang manusia yang aku kenal. Nama dia Ratieqah. Nur Ratieqah Najeehah bt Jeffere. Haha! Aku sorang je yang panggil dia titi.

Dia dok kedah. Aku kenal dia sebelum aku pergi interview dekat UM lagi. Kenal dalam group dekat fb. Aku jadi rapat dengan dia sebab sepupu aku. Hai sepupu, walaupun aku kerek dengan kau. Dia kerek dengan kau. Aku nak berterima kasih sebab kau.. Aku rapat dengan dia. Hahahaha.

Pasal titi ni.. Dia simple je. Dia tak cliche macam perempuan lain. Dia dengan dunia dia sendiri yang tak cliche. Haha. Bila borak dengan dia.. Aku pon tak ada nak jadi orang lain lembut2 cakap.. Sebab dia pon x berapa nak layan laki cliche ayat manis. Haha.

Dia ni nampak je macam tough.. Macam je la.. Macam kasar sikit. Tapi sebenarnyalah kann.. Dia kan.. Manissss gituuu.. Cara dia taip dengan cara dia bercakap tu berbeza. Aku ingatkan bila dia bercakap tu cara dia bercakap akan sama macam cara dia chat atau berbalas komen. Tapi tidak. Sebab bila dia bercakap.. Kau jadi macam aaaaaaaaaaa.... Aku cair. Adorable. haha!

Rapat dengan dia dalam seminggu dua sebelum hari jadi aku. So.. Mungkin tempoh perkenalan tu baru je lagi. Haha. Baru jumpa dia Ahad lepas.. Aaummm.. Trus datang Kedah dengan kawan sebab nak jumpa dia. Memang aku paksa dia ni untuk jumpa gak. Mula2 macam malu2 la nak jumpa..

Masa jumpa tu.. Kat kfc padang serai. Masa dia sampai.  Sebelum dia toleh belakang lagi aku dah tau tu Titi.. Sebab tudung askar dia. Hahaha. . Lepas tu.. Ingatkan aku nak jadi pemalu. Maklumlah aku ni kalau jumpa perempuan jadi awkward sikit. Tapi dengan Titi ni.. Malu tu ada.. Tapi tak ada la rasa awkward sangat. Sebab dia pon banyak cakap pandai buat lawak. Siap berselfie lagi. Banyak pulak tu ! Haha.

Eyyy kira seronok la dapat borak jumpa dia. 100 km perjalanan pergi balik tu berbaloi la dari Penang ke Kedah. Haha! Harap la harap.. Ni harapan aku.. Biar jadi lagi rapat dengan dia masa belajar dekat UM nanti.

To Titi.. Aku tau hg mesti baca post ni sebab kejap lagi aku nak bagitau hg aku ada buat post pasai hg ni. Mohon jangan terharu sangat bila baca post ni. Hahahaha.

Okaybye.
Salam..
¯\_(ツ)_/¯

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person