Dear Followers

Monday, April 14, 2014

Kem Kokurikulum Bersama Adik2 SMK Pulau Indah 2014

Assalamualaikum semua... :)
Hari ni nak cerita pengalaman 3 hari 2 malam bersama adik2 SMK Pulau Indah yang comel2 dan indah2 belaka ni..

Ceritanya bermula bila Cikgu Rodzi ajak Fattah untuk jadi cameraman untuk kem tu.. So, dia ajak aku sekali jadi cameraman.. Mula2 rasa macam tak nak sebab malas nak pergi.. Tapi, apakan daya.. Rezeki jangan ditolak.. Kan? So.. Aku pun pergi lah..

Masa sampai2 je sekolah tu.. Aku dengan Fattah disambut baik dgn cikgu n adik2 tu. Semuanya peramah.. Tak ada yang kerek langsung. Hahaha.

Ikutkan... Memang nak naik bas dengan adik2 ni.. Tapi bas dah penuh.. Terpaksalah naik kereta dengan cikgu.. Hari pertama tu masih boleh rasa yang bebydak perempuan masih lagi malu2 depan camera. Bila nak tangkap gambar dorang.. Terus dorang alih muka.. Hahaha.

Masa sampai kem.. Dorang kena pasang khemah dulu.. Hebat budak2 ni pasang khemah.. Kejap je dah berdiri khemah tu. Ada jugak yang mintak tolong abang aliff ni.. So, abg aliff yang baik ni pun tolong laaa. Hahaha.

Malam pertama tu juga ada aktiviti berjalan malam sambil mata tertutup. Group lelaki semua kecoh meraban masa berjalan dalam gelap. Sepatutnya diorang ni tutup mata dengan mulut sekali. Hahaha. Bru rasa seram sikit.. Yang group perempuan dua2 group bagus.. Diam.. Dengar cakap... Suruh jalan itik.. Jalan.. Tunduk dia tunduk.. Lompat dia lompat.. Hahaha. Lepas je habis aktiviti tu aku lepak lah dengan group budak2 perempuan ni. Kena jaga dorang dalam gelap. Start daripada sini aku dengan atah jadi rapat dengan dorang. Cerita pasal pengalaman belajar.. Malam tu gelap so, x sure bcakap dgn siapa. Mungkin dengan ina n ana kot. Haha. Banyak cerita pasal STPM.. Terus diorang ni berminat dengan STPM.

Malam pertama berlabuh tirai.. Aku balik chalet dalam gelap naik motor dengan atah.. Atah punya takut lalu tepi ladang sampai peluk aku.. Hahaha. Sawit gila kata kau...

Sabtu pagi... Hari dimulakan dengan senam aerobik. Lepas tu sarapan dan berjalan sejauh 3km kot untuk pergi mandi sungai. Sepanjang perjalanan budak2 ni semua bergembira ada juga yang kepenatan berjalan. Perjalanan yang memenatkan tu terlalu banyak rintangan. Kami terpaksa berhati-hati kerana terdapat banyak periuk api yang masih aktif.. Dah macam dalam zon perang.. Bila nampak je benda tu semua menjerit.. Elak3 !!! Hahaha. Ada lah sorang dua yang terpijak lalu ditertawakan kawan2.. Periuk api tu sebenarnya taik anjing. Hahaha. Anjing yang dibela oleh orang asli kat situ.

Setelah 45 min berjalan.. Aku dengan adik2 comel ni sampai lah dekat sungai.. Nampak keseronokan dan keghairahan untuk terjun sungai di wajah adik2 ni.. Tak lupa termasuk aku.. Excited sampai handphone masuk air.. :/ Nasib baik lah handphone tak rosak. Buat cuak je. Apa pun.. Memang seronok.mandi sungai dengan dorang semua. Main simbah2 air bagai.. Sampai tersedak dibuatnya.

Habis je mandi sungai.. Balik.kem.. Lepas tu diorang kena berkumpul dalam kumpulan dan berbincang untuk persembahan malam kebudayaan.. Not bad lah. Masing2 bagi kerjasama yang baik.. Dan ada juga yang tak bagi kerjasama kerana malu katanya.. Haha. Tapi apa pun.. Dorang memang terbaik.. Sebab dalam masa yang singkat mampu buat skrip untuk persembahan malam kebudayaan.

Petang sabtu tu.. Ada aktiviti sukan.. Peralatannya hanya kon sahaja. Tapi masih mampu berseronok dan keluarkan peluh.. Main susun kon.. Letak kon atas kepala.. Merangkak ala askar.. Tutup mata dan cari kon.. Pergh.. Memang best lah !

Malam tu... Lagi best ! Ada bbq dan karaoke.. Hahaha. Sebelum tu ada persembahan malam kebudayaan. We all have fun ye ! Haha. Lepas tu bbq .. Pastu karaoke tu yang tak tahan.. Aku suka tengok Ina dengan Ana berkaraoke.. Masing2 lari tempo.. Gelak sakan aku dengar.. Hahaha. Sampai Ana tanya banyak kali.. Teruk sangat ke.. Teruk sangat ke.. Haha kesian dia.. Lepas tu dia duet dengan Iman.. Kali ni sedap pulak dia nyanyi.. Ada feel lagi.. Marah Ina sbb Ana tak nyanyi betul2 dengan dia.. Hahaha. Yang Ayu pulak suruh menyanyi.. Dia tak nak.. Hahaha. Last2.. Cikgu Rodzi and budak2 ni paksa aku dengan Atah pulak menyanyi.. Malu derr.. Bnyak kli tolak tapi dipaksa jugak.. Haha. Last kitorg pon nyanyi.. Haha.

Hari terakhir,
Pagi tu masing2 kemas khemah.. Siap2 packing barang nak balik.. Sebelum balik.. Singgah Hot Spring.. Ada kolam air panas and theme park.. Memang seronok sangat dekat situ.. Have fun habis dengan Ayu,Ina,Ana,Syaza dan lain2.. Banyak sangat lah. Hahaha.
Kat situ, kitorang main gelongsor.. Macam2 aksi dibuatnya.. Haha. Lebam2 badan jatuh kat gelongsor..

Then, masa balik.. Masing2 bertukar2 id wechat.. ;) facebook.. Masa kat kem tu.. Rapatlah dengan beberapa orang adik2.. Antara yang rapat.. Ina,Ana,Ayu,Izz,Jalal,Fatihah,Abu, Syaza and the geng.. Banyak lagi sebenarnya. :)

Yang pasti.. Aku merindui mereka sekarang.. Rasa macam masa cepat je berlalu.. Setiap pertemuan yang berlaku pasti akan ada perpisahan.. Belajar rajin2 ye adik2 abang.. Semoga berjaya SPM nanti.. Kalau ada lawatan.. Jangan lupa ajak.abang dengan abang Atah. Hahahaha. ;) loveyouall

Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person