Dear Followers

Thursday, March 6, 2014

Hari ini aku mengajar & rindu kelas

Bila dah habis belajar memang normal untuk rindu suasana kelas dan sekolah. Dulu masa lepas habis tingkatan 5 pun rasa macam tu. Sekaranh umur dah 20 tahun dan baru habis STPM Disember lepas. Jadi, kiranya baru 3 bulan je aku tinggalkan sekolah.

Tapi, hari ni aku dapat pengalaman baru.. Hari ni aku dengan fattah datang sekolah.. Masuk kelas 6A Murni sebab cikgu minta tolong pertolongan daripada aku dengan Fattah.. Minta ajar budak2 tu cara2 buat jadual dan graf selain cara nak analisis data dengan betul. Walaupun tak ada pengalaman mengajar.. Alhamdulillah budak2 tu faham apa yang kitorang cuba terangkan..

Ni nak bagitahu... Bagi aku.. Mengajar sememangnya bukan kerja yang mudah.. Lagi2 bila ada 20 lebih orang pelajar dalam kelas.. Jadi, respeklah cikgu2 anda semua walau anda ada tak faham serba serbi yang diajar. Sebelum masuk 6A Murni.. Aku dengan Fattah tetiba rasa gemuruh.. Haha. Mungkin sebab takut budak2 tu tak faham apa yang kitorg nak sampaikan.

Esok pula... Diminta untuk memberi tunjuk ajar di kelas 6A Kreatif.. Rasa seronok bila dapat mengajar dan apa yang kita ajar tu orang faham. InsyaAllah kalau aku terus rasa gembira bila mengajar.. Nak cuba2 apply jadi cikgu nanti. Haha. Doakan.. Amiin..

Terima Kasih semua...
;D
Assalamualaikum

Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person