Dear Followers

Wednesday, March 5, 2014

Kenapa aku tak cerita

Kenapa aku tak cerita semua benda kat kau? Nak tau kenapa? Sebab sebenarnya aku rasa aku tak perlu pun cerita dekat kau.
Kalau betul kau nak tau cerita tu, lebih baik kau tanya aku. Jangan buat andaian sendiri.

Kenapa aku tak cerita masalah aku dengan dia kat kau? Sebab kau tak tanya. Aku cerita bila orang tanya. Aku takkan cerita kalau orang tak tanya. Itulah aku. Orang lain mungkin nampak aku ada masalah dan cuba tanya aku apa masalah aku. Tapi, kau tak tanya pun. Kalau tanya pun macam nak tak nak je. So aku pun nak tak nak jawab je la semuanya okay.

Lagi satu sebab kenapa aku tak cerita dekat kau sebab kau memang dah terang-terang tak suka dia. Kalau aku cerita masalahnya aku yakin dan pasti kau akan buruk2kan dia dan buat hati aku yang baru nak sejuk jadi panas.

Tak kongsi cerita pada kau bukan bermaksud aku tak percaya dekat kau. Mungkin sebab aku dah tak selesa nak bercerita dekat kau sebab kita pun pernah ada masalah.

Maaflah kalau perangai aku yang baru ni buat kau jelek dengan aku. Aku kalau boleh taknak semua orang tahu. Tapi, kalau aku tak luahkan seseorang aku boleh jadi gila ooo pendam sakit. Tapi, bukan kau orang tu. Kau pun pernah kata time kau susah aku tak ada dengan kau. Jadi, lebih baik bila aku susah kau pun tak ada kat sebelah aku. Adil dan saksama bukan?

Aku syukur sebab pernah kenal dengan kau yang baik sangat2 dengan aku. Tu aku tak nafikan. Terima kasih sangat2. .

Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person