Dear Followers

Thursday, March 6, 2014

Hari ini aku mengajar & rindu kelas

Bila dah habis belajar memang normal untuk rindu suasana kelas dan sekolah. Dulu masa lepas habis tingkatan 5 pun rasa macam tu. Sekaranh umur dah 20 tahun dan baru habis STPM Disember lepas. Jadi, kiranya baru 3 bulan je aku tinggalkan sekolah.

Tapi, hari ni aku dapat pengalaman baru.. Hari ni aku dengan fattah datang sekolah.. Masuk kelas 6A Murni sebab cikgu minta tolong pertolongan daripada aku dengan Fattah.. Minta ajar budak2 tu cara2 buat jadual dan graf selain cara nak analisis data dengan betul. Walaupun tak ada pengalaman mengajar.. Alhamdulillah budak2 tu faham apa yang kitorang cuba terangkan..

Ni nak bagitahu... Bagi aku.. Mengajar sememangnya bukan kerja yang mudah.. Lagi2 bila ada 20 lebih orang pelajar dalam kelas.. Jadi, respeklah cikgu2 anda semua walau anda ada tak faham serba serbi yang diajar. Sebelum masuk 6A Murni.. Aku dengan Fattah tetiba rasa gemuruh.. Haha. Mungkin sebab takut budak2 tu tak faham apa yang kitorg nak sampaikan.

Esok pula... Diminta untuk memberi tunjuk ajar di kelas 6A Kreatif.. Rasa seronok bila dapat mengajar dan apa yang kita ajar tu orang faham. InsyaAllah kalau aku terus rasa gembira bila mengajar.. Nak cuba2 apply jadi cikgu nanti. Haha. Doakan.. Amiin..

Terima Kasih semua...
;D
Assalamualaikum

Wednesday, March 5, 2014

Kenapa aku tak cerita

Kenapa aku tak cerita semua benda kat kau? Nak tau kenapa? Sebab sebenarnya aku rasa aku tak perlu pun cerita dekat kau.
Kalau betul kau nak tau cerita tu, lebih baik kau tanya aku. Jangan buat andaian sendiri.

Kenapa aku tak cerita masalah aku dengan dia kat kau? Sebab kau tak tanya. Aku cerita bila orang tanya. Aku takkan cerita kalau orang tak tanya. Itulah aku. Orang lain mungkin nampak aku ada masalah dan cuba tanya aku apa masalah aku. Tapi, kau tak tanya pun. Kalau tanya pun macam nak tak nak je. So aku pun nak tak nak jawab je la semuanya okay.

Lagi satu sebab kenapa aku tak cerita dekat kau sebab kau memang dah terang-terang tak suka dia. Kalau aku cerita masalahnya aku yakin dan pasti kau akan buruk2kan dia dan buat hati aku yang baru nak sejuk jadi panas.

Tak kongsi cerita pada kau bukan bermaksud aku tak percaya dekat kau. Mungkin sebab aku dah tak selesa nak bercerita dekat kau sebab kita pun pernah ada masalah.

Maaflah kalau perangai aku yang baru ni buat kau jelek dengan aku. Aku kalau boleh taknak semua orang tahu. Tapi, kalau aku tak luahkan seseorang aku boleh jadi gila ooo pendam sakit. Tapi, bukan kau orang tu. Kau pun pernah kata time kau susah aku tak ada dengan kau. Jadi, lebih baik bila aku susah kau pun tak ada kat sebelah aku. Adil dan saksama bukan?

Aku syukur sebab pernah kenal dengan kau yang baik sangat2 dengan aku. Tu aku tak nafikan. Terima kasih sangat2. .

Monday, March 3, 2014

Lagi cepat sambung belajar lagi bagus

Aku rasa lagi cepat aku sambung belajar lagi bagus. Aku perlukan persekitaran yang lebih positif.

Aku perlu bergerak. Aku perlu lupakan dia. Jadi, lebih cepat aku sambung degree dekat universiti lebih baik.

Aku tak tipu bila hati ni selalu meminta supaya aku dapat satu universiti dengan dia dan satu kursus yang sama. Tapi, itu mustahil.

Jujur, memang masih berharap. Aku dah redha. Aku kena teruskan hidup tanpa dia walau aku tak biasa.

Dulu, aku ada keluarga. Ada dia dan keluarga dia untuk bagi dorongan dan semangat untuk aku. Sekarang, kehilangan tu cukup dirasai.

Aku harap, aku doa supaya aku dapat sambung degree. Itu impian aku. Tidak pernah berubah. Mungkin dengan masa yang aku luangkan untuk menimba ilmu dapat bantu aku lupakan dia.

Sekian,
Terima kasih kerana sudi membaca.
Assalamualaikum.

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person