Dear Followers

Tuesday, October 9, 2012

You Are My Everything Sayang

Awak... saya nak bagitahu yang saya suka sangat bila awak luahkan segala-galanya apa yang awak fikir tentang saya dari mula awak kenal saya sampai sekarang ! Dulu masa kita kenal dulu.. kita pernah buat fake relationship.. tapi masa tu kita gurau je.. even dah break kan fake relay tu pun kita still manje2 macam orang yang tengah bercinta. . tu sangat lawak. . hahaha ! tapi hakikatnya dulu awak tak suka pun saya. . sebab awak ada banyak tanggapan negatif tentang saya. .

Walau apa pun awak fikir tentang saya masa tu. . apa pun awak buat kat saya. . yang awak cuba buat saya benci dekat awak. . saya tetap tak boleh untuk tidak suka dekat awak ! Sebab saya fikir kalau saya sabar dengan awak dan cuba mendalami isi hati awak. . mesti awak boleh jatuh hati dekat saya. . yep ! itu ternyata berjaya sayang. . awak dah boleh terima saya. .

Kalau dulu awak ingat yang saya ni playboy. . suka bagi ayat manis. . sekarang dah tak lagi kan ? sekarang awak tahu kan yang saya sentiasa bagi perhatian kat awak bukan orang lain ? Kalau dulu awak tak percayakan saya sebab kita baru kenal kan. . tapi dah beberapa bulan kita kenal dan bercakap kat dalam phone n jumpa beberapa kali. . baru awak percaya dekat saya kan sayang ? ;) Awak siap tanya pendapat orang lain tentang saya. . heeeeeeeeee. . tu yang saya suka. . saya suka sangat perempuan macam awak. . awak tak mudah menerima sesuatu even saya yang baik ni ! hahaha. . baik ke ? :P boleh laa kan ? ;)

Sepanjang perkenalan kita. . kita dah lalui macam2 kan. . kadang2 saya jadikan awak inspirasi tambahan selain keluarga saya untuk buat lebih masa saya belajar. . bak kata orang pemberi semangat saya awak ! saya nak berjaya sebab awak jugak ! saya nak berjaya sebab nanti tak nak awak susah. . saya sedar hidup zaman sekarang bukan mudah dan hanya ilmu je yang boleh membantu hidup kita nanti. . saya berusaha utk dapatkan ilmu tak kiralah ilmu kat sekolah ke surau ke masjid ke or even ilmu cinta atau pun fakta2 tentang diri awak ! saya bila dengan awak saya tak tahu kenapa saya cepat mengalah dan ego saya rasa macam rendah gilaa2 ! apa awak dah buat kat saya eh ? *wonderinggggggg ! ! sebab awak sangat2 special di hati saya lah tu !

Tu je lah kot yang saya nak bagitahu. . mungkin ada banyak lagi yang tak terluah tapi nanti akan diberitahu juga dekat awak. . ;) aku sayang kau gemokk ! masa menaip post ni saya dengar lagu kita. . lagu yang ada dekat blog nie. . lagu ni yang first saya bagi dekat awak. . ! suka sangat2 ! kau sinar hati ini , biarpun hanya sesaat di sisi. . :) iloveyousomuchdear .
I hope this relationship will end with a marriage and we will start the true journey of our relationship with that marriage . amiin !

Sunday, October 7, 2012

Library Time With You I N !

Selasa.  . hari ni saya sekolah. . balik pukul 1.40 petang. . tapi waktu balik hari ini sangat-sangat awesome dan bahagia sangat2 ! ! :D hari ni kan saya kan. . study dengan awak dekat library port klang. . :))
Sebelum ajak awak pergi study saya dah mintak izin ibu awak tau ! awak tu malas sangat nak tanya sampai saya yang kena beranikan diri untuk ajak anak dara ibu awak ni. . 

Bunyi je loceng terakhir sesi pagi ! saya cepat2 lari pergi ke kereta saya. . text awak yang saya otw nak pergi umah awak. . tapi awak kata baru nak siap ! peduli apa saya jalan je pergi rumah awak. . hehe. . 15 minit jugak lah baru sampai. . sesampai je rumah awak. . saya tunggu dalam beberapa minit saje. . then nampak anis trun daripada van. . haha ! igt nak ajak.. tapi tak payahlah nanti susah pula nak fokus kat library kang. . * kononnya lah ! Sampai je dekat library. . muka awak malu2 sakan ! yelah awak kan terkenal dengan sifat pemalu yang teramat sangat terhadap orang asing kan sayang ? Then, kita duduk dekat meja yang Zuriat a.k.a pakwe anis kamal. . hahaha. . muka awak nampak merah sangat2. . haha ! 5 minit lepas tu Anis yang kawan saya yang awak kenal kat twitter tu pun datang. . then saya n zuriat dgn kwan saya lagi sorang tu pon pergi solat zohor. .

Study dengan awak? awak diam je wak. . tak tanya saya pun pasal paper BEL awak tu kecuali 1 soalan yang tanya same meaning dengan ayat nummerable. . see ? saya ingat tau ! :) awak malu nak tanya sebab ada kawan2 saya kot? okaylah lepas ni kita study berdua je? deal yeh sayang ? :D nanti kita study sama2 lagi sekali.. saya akan tolong awak improvekan lagi bi awk. . jangan tengok saya guna bahasa rojak dekat blog nie awak ingt saya tak terror bi ! cehh. . poyo lak mamat nie en3 ! 

Agak dah penat belajar. . kita semua pergi kedai cendol pak lee.. masa makan tu. . bila saya dah habis makan dan awak lagi sekali tak habis makan bila dengan saya ! awak pakse saya makan nasi goreng kampung. . awuuummm ! saya suruh awak suap. . hee. . awak pon suap laa. . bila awak suap. . ada orang jeles. . lalu dia pon suap pkwe dia jgokk..  n saya sempat rakam sweet moment dorg. . hehe. . kita je takde yang nak rakam. . ahahah. . x payah rakam sbab saya akn ingt smpai bila2 ! ! :D ehhemm. . 

Hbis makan kita naik upstairs pergi Giant. . cari hadiah birthday si Laili ~ :D awak ingat kan semuanya kt dalam giant tu ? kita cari hadiah tu macam cari barang dapur untuk anak2 kita pulak ye? amboiiii bukan main macam dah ready nak jadi suami isteri je kita ni. . hahahahah ! :P so , kite sepakat belikan dia chocolate. . untuk laili dan eid . . or ed ~ ngeh3. . 

Balik library. . study kejap. . then terus balik ! masa balik tu baru pukul 5 kot. . awal lagi nak hantar awak balik. . so saya amek keputusan. . nak bawak awak jalan2 pusing 1 klang. . hahaha ! 1 jam 30 minit jugak lah rasanya dengan awak dalam kereta tu. . masa kat dalam kereta tu . . hampir semua traffic light yang kita lalu mesti jadi warna merah. . masa tu lah saya nak pandang awak lama2. . muka awk merah tau bila saya pandang tak nak lepas. . hehe. . mula la buat muka cute. . hihihi. . bahagia sangat2 bila lampu merah. . kcuali 1 trffic light yang warna hijau. . waktu2 dalam kreta tu takkan saya lupeken ~ :D bahagia sgt2 weh. . haha. .

Sampai je rumah awak. . awak macam tak nak keluar kereta and tak nak lepaskan saya je kan? kan awak kan? baik awak mengaku. . hahaha ! sbab saya rasa macam tu wak. . rasa tak nak lepaskan awak. . tak nak tinggalkan awak. . taknak biarkan saya jauh di sisi awk.. tp saya percaya. . walaupun kita jauh dimata kita ttap dkat di hati. . :) kan sayang ? iloveyousangatsangat ! ! saya berdoa selalu yang biarlah awak yang jadi isteri saya satu hari nanti. . saya taknak orang lain ambik tempat awak. . dan saya tak nak lelaki lain ambil tempat yang sangat special dkat hati awak tu dpd saya ! tak nak sangat2 ! ! sayang kau sangat2 weh ! 

Only both of us

Nak tahu kenapa tajuk dia only both of us ? sebab hari ni . . . saya keluar dengan awak berduaan sahaja ! Ni yang pertama kali kita keluar berdua.. tak ada orang lain.. hehe ! kita je awak. . kita ajeeeeeeeeeee ! seronok gila rasanya,.

Ehheemmm. . saya amek awak kat rumah awak then sampai ke jj dalam pkul 1 maybe ? :) hehe. . Sampai je JJ saya nampak kedai Farmasi Guardian. . saya terus teringat yang awak sakit ulcer.. so ingat nak masuk time tu tapi awak kata nantilah.. so saya dengan awak jalan lah berlenggang ke sana sini. . and pergi tengok showtime punya wayang. . banyak2 movie kita pilih cerita apa sayang ? Resident Evil . . ni first time kot saya tengok cerita ni walaupun ni dah sekuel ke-4 dia. . hee . .

Lepas je beli tiket wayang. . kita jalan-jalan cari makan. . macam biasalah kan . . pilihan awak sentiasa saje KFC. . huhu. . Saya dah lah x berapa minat dengan KFC. . lagi suka mcD ~ tapi tak apa. . apa yang awak pilih semua saya jadi suka ! ! makan dengan kfc dengan awak ? maybe pengalaman paling ngeri bagi saya kot? sebab apa. . sebab awak malu nak habiskan 2 ketul awak. . :( bila dah tak habis. . awak thukan perut siapa yang jadi mangsa keaadaan ? perut saya wakk. . tahulah awak nak saya jadi gemoookkk kann ~ so saya makan la ayam tu. .ceh . . makan ke ? habis ke time kt KFC. . kita pergi lah tengok wayang. .

Masa kat dalam panggung tu... heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ! cerita tu best sangat ! tapi cerita saya dengan awak kat dalam tu lagi best ~ hahahahaha ! semuanya sebab popcornnnnnnnn ! :) sepanjang masa dalam panggung tu.. concentration saya semuanya tertumpu dekat awak sayang. . . susah nak concentrate dkt movie tu. . saya nak kena jaga popcorn tu. . sebab taknak popcorn tu jatuh macam masa kita tengok movie sadako. . kelam kabut plus malu kot time tu. . nasib baik gelap tak ada org nampak. . lau tak. . bikin malu kita je kan wak ? ^^ tapi tu lah kenangan yang saya tak akn lupakan ~ sungguh manis macam popcorn royal tu. .

Habis je tengok wayang. . kita keluar jalan-jalan lagi sekali. . kita cari farmasi ! semua tingkat kita cari tapi tak jumpa. . pelik wak ! sangat2 pelik ! macam mana boleh hilang ? tadi masa datang ada je. . tahu2 masa balik dia tak muncul2 pula. . sajee je nak bagi saya dengan awak lama2 dekat dalam jj tu kan.. Agak dah putus asa kejap. . kita pegi beli bubble.. kongsi bersama. . heeeeeeee ~ manis sangat air tu. . tapi lagi manis air kat straw tu. . hahaha ~ :PP  awak3 ! orang kata bila kita share straw or sudu yang sama. . hubungan tu akan kekal lg lama. . tu orang dulu kata lah. . saya amiinkan aje ! sebab kalau boleh saya nak hidup dengan awak sampai kita ada anak cucu cicit piyot if kita panjang umur. . :)

Then, kita masuk photo cube. . tempat yang dimana muka kita akan jadi comel secara automatic ! masa dalam photocube tu. . ehee. . macam2 pose kita buat kan. . tapi saya paling suka bila saya pandang awak n awak tutup mata. . cute sangat2 gambar tu wak. . :)) rasa macam bahagia sangat2 ! ! tapi ada stamp iloveyou yang sdikit sbanyak menjejaskan gmbr kita tu. . tapi apapun tetap bahagia tgok gmbar tu sayang~

Hari yang sangat lama dengan awak hari ni mungkin ? Tak terasa penat langsung pun masa ni. . Habis je tu. . awak suruh saya duduk sorang2 n awak pergi cari benda. . saya taknak awak tingglkan saya tahu ? ishhh. . tapi sebab awak nak cari benda untuk saya. . saya biarkan ajelah. . masa awak pergi cari barang tu saya cuba nak dapatkan 1 anak patung masa main mesin kaut2 tu. . sikit lagi wak ! hurmm kcewe kot. . bukan rezeki awak nak tengok kehebatan saya main game tu. . :) so lepas awak dapat benda yang awak nak. . kita masuk jj. . cari jajan untuk fmily awak.. dah dapat cari saya pulak nak cari barang untuk awak ! iaitu ubat mulut untuk awak. . muka awak nampak macam marah sebab saya degil sangat time tu sebab nak belikan untuk awak. . tapi. . peduli apakan wak ? saya sayang awak. . saya tak nak tengok awak sakit. . saya tak nak semua tu wak ! so saya belikan lah untuk awak. . bila saya dah bagi ubat tu dekat awak. . awak pergi masuk ke tandas kejap. . then awk keluar dengan muka yang lain macam. . macam baru lepas nangis je sayang? saya tak tahu ! ! awak terharu ke apa. . tpi memang nmpak lain sayang. .

Kita dah penat. . hari pun dah petang. . so kita balik lah kan. . masa kat dalam kereta tu awak cakap awak nak bagi saya sesuatu. . saya pun kata apa ye awak. . so awak keluarkanlah hadiah tu. . saya bukak then dalam tu ada jam. . lawa sngat wak ! sayang awak. . pandai awak pilih untuk saya. . saya pun dengan tergedik2 suruh awak pakaikan. . sweet sangat bila awak pakaikan untuk saya. . tapikan. . jam tu besar sikit. . saya kan potong sikit nanti ! :D perjalanan balik dengan awak. . . sangat-sangat menyedihkan. . kalau boleh nak bawak kereta tu seselow yang boleh . . taknak hantar awak balik atau buat2 sesat. . biar lambat sampai! tapi akhirnya sampai jugak. . ucapan perpisahan tu sangat2 best. . rasa macam tak nak tinggalkan saya je kan wak ? ke saya yang perasan nie ? hahahahahaha ~ apa2 pon kita sama2 ucapkan perasaan sayang terhdap diri masing2. . ;) sekian. . saya sayang awak sangat2 sayang. . walau apa pun yang terjadi.. saya tetap akan pilih awak sebagai pasangn hidup saya.... jangan awak tinggalkan saya tau !

First time fetch awak . .

Hari ni . . hari Khamis. . :) Hari yang paling bertuah dalam hidup awak mungkin ? sebab saya yang ambik awak dekat seksyen 17 hari ni .. Selalunya awak balik hari Jumaat.. hari yang daddy awak boleh ambik awak.. tapi hari ni takde sape boleh ambik awak selain daripada saya.. :D

Awak dah try call ibu awak.. dah try call Anis tapi semua tak berjawab.. busy nak beraya lah katakan... so.. saya memang dah lama tunggu saat ni.. untuk ambik awak ! ! :D macam biasa lah kan. . masa dengan awak memang masa saya paling bahagia sangat-sangat-sangat ! ^^ tak tahu kenapa. . ;)

Masa mula-mula nak keluar rumah.. saya dah mintak kbenaran mak saya dah pun amek awak... cuma ibu awak je saya call tak dapat-dapat.. hehehe. . so memang patut lah saya amek awak.. saya taknak awak naik teksi.. rasa macam tak selamat.. hummm sayang sangat sampai taknak ada apa2 jadi kat awak sayang.. :) lpas tuu.. saya otw lah pergi seksyen 17 tu.. actually saya tahu tempat tu dan pernah sampai cuma lupa je.. so saya gunalah bantuan GPS saya.. cuma lambat sikit sampai sebab traffic jammed dkat tol n pdg jawa tu..

Mula dah sampai seksyen 17.. tercari-cari awak di mana.. rupa2nya dekat sebrang jalan.. aishh. . salah bagi info awak ni.. hehe. . so.. bila dah jumpa awak... sorry saya bukan lelaki yang acah2 gentleman nak bukakkan pintu untuk perempuan or tarikkan kerusi untuk perempuan.. hee.. so awak jangan pelik eh.. tulah diri saya.. kalau boleh saya nak je buat macam tu.. tapi tu bukan saya yang sebenar mungkin kalau lepas kahwin saya da tak buat macam tu lagi kot? :D so lebih baik awak biasakan daripada sekarang.. hehehehe..

Masuk je awak kat dalam kereta.. awak mulalah berborak2 dengan saya.. hee.. saya sebenarnya malu2 lagi tuu.. sebab tu nak cakap pun tak tahu nak cakap apa.. and muka serius kan bila bawak kereta? ummm. . tu sebab saya nak fokus atas jalan.. ceh ! konon laa kan.. ~ :P kalau boleh taknak ikut alam impian.. sebab saya nak bawak awak lalu Klang baru boleh lama2 sikit dalam kereta dengan awak.. boleh tatap muka awak lama-lama sayang ! walaupun awak kata muka awak hitam legam ke apa.. saya ttap suka pandang muka awak dan reaksi awak masa saya tenung muka awak.. ;D

Agak lepas tu.. kita pon sampailah rumah awak.. saya pon terpaksa lah biarkan awak keluar dpd kereta saya.. heee.. sedih gak sbnrnye masa tu .. igt nk ajk awak bbuka sama2.. ;) tapi bukan rezeki saya myb thun dpan la kot..  so kesimpulannya.. start daripada hari ni.. saya kalau boleh nak amik awak selalu sayang.. nak lepaskan rindu saya slama sbulan tu dgn tgk muke awk jeeeeeeeeeeee ! ! :D

ILOVEYOUSOMUCH IZZATYNABILA ! ALWAYS AND FOREVER . I will never let you go. .

Kita Saling Merindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . . Selamat membaca cerita saya dan dia . :)

Hari ni aku buat keputusan untuk buat entry pasal dia lagi. . memandangkan dah rajin nak menaip je sekarang. . Aku pun nak lah story pasal kami berdua . . yang rasa macam tak boleh baca cerita cinta macam novel cinta. . anda disarankan untuk keluar je lah jangan baca. . hehe. . takut2 tak tahan nanti. . muntah sweet kang. . :P

Kita saling merindu ? ye ke ? betul ke kita saling merindu ? saya tak tahu. . yang saya tahu saya rindu awak sangat2. . sejak awak balik ke kampus saya tak tahu kenapa saya jadi lagi senang nak rindu dekat awak. . padahal kalau awak dekat sini pun kita jarang nak jumpa. . maklumlah rumah kita bukannya dekat sebelah2 je kan. . Tentang rindu ni. . saya tak tahulah kenapa jadi rindu gila2. . bila hati ni rindu dekat awak. . semua benda saya buat jadi tak kena kot. . masa awak dalam perjalanan balik ke kampus kat Kedah nun jauh di sana tu. . saya tahu awak demam. . dan awak pun tahu yang saya demam jugak. . mungkin effect merindu setengah mati ? entah cuma andaian. . semua tu diluar daripada kuasa kita kan ? :))

Mula2 saya ingatkan kita akan jarang contact kalau awak dekat sana. . tapi jangkaan kita meleset. . kita ? eh tidak. . jangkaan saya. . sebab awak kata boleh contact lagi. . manalah saya tahu. . masa tu awak tak guna phone sendiri tapi phone adik awak . . tapi lepas je sampai sana awak beli phone baru ~ untunglerr xperia mini yee ~ hahahahaha. . tapi tak best bila call awak. . awak x dapat dengar suara saya dengan clear. . :( dah laa. . yang penting kita dapat dengar suara masing2 dan awak dapat dengar saya punya suara dan saya pun dapat dengar awak ketawa gembira . .

Bila awak nak balik ke Klang semula pulak.. hati sy tkut klau apa2 jadi dekat awak bila awak naik bas.. otak ni tak boleh berhenti pasal kes2 kt ats jalanraya tu yg membabitkan bas... :( tapi alhamdulillah dah bbrpe kali awak balik.. awak selamat sampai ke ruma awak.. saya sayangkan awak sangat2 ! tak nak apa2 jadi dkt awak mse dlm prjlnan balik...

Hanya Untuk Awak II

Dia datang tanpa diduga. . Saat aku rasa tak berdaya untuk menunggu. . Dia datang menyinari hati ini. .

Nak kata puitis tak pun sebenarnya ! Hahahaha. . nak menjiwang tak reti lah. . Post ni sebenarnya untuk dia. . Kalau korang nak tahu siapakah dia ? Carilah sendiri. . Dia comel walaupun pernah aku panggil dia Dayang Senandung. . errk ? Bukan aku yang panggil tapi ni sebab ibunya yang kata dia macam Dayang Senandung bila balik dari kampus ! :D

Dulu aku tak jangka yang dia akan sayang aku macam mana aku sayang kat dia. . Tapi sekarang aku dapat rasa yang dia dah boleh terima aku seadanya. . :) Aku serius dengan dia. . Tak main-main ! Sampai family dia datang beraya ke rumah aku dan jumpa dengan parents aku. . Aku pun beraya ke rumah dia dengan membawa family aku sendiri. . :) Parents aku pun suka tengok dia. . 

Tak tahu nak cakap apa. . dalam fikiran ni banyak rasanya yang difikirkan ! Tapi tak tahu macam mana nak terjemahkannya. . Cuma nak awak tahu saya sayang awak sangat-sangat ! Walaupun kita sering berjauhan sampai beratus2 kilometer. . Saya tetap rasa awak sangat2 dekat dengan saya. . :)

Family kita cakap. . marilah kita study sampai berjaya dulu. . . bila dah berjaya. . ada duit. . ada segalanya. . baru kita fikirkan apa yang seterusnya. . :) *beriye sangat nampak ? hahahahahaha. .

awak.. ni post sy nk publish tp nmpk mcm over so sy bia je kt draft.. ;)

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person