Dear Followers

Friday, July 13, 2012

Kursus Kepimpinan Ketua Pengawas 2012

"Aliff Haziq. . keluar kejap. . cepat sikit ada hal emergency nak bagitahu kamu ni. . " ini lah ayat yang aku dengar sebelum aku pergi kursus Ketua Pengawas ni. . . cikgu suruh keluar daripada kelas kejap. . then dia suruh balik and packing baju terus hari ni jugak. . masa tu pukul 12.30 pm . Agak terkejut juga lah sebab tiba2 dapat tahu kena pergi kem pada hari tu jugak ! ! Jadi aku kena terima arahan tu yang suruh aku pergi ke kem kepimpinan tu dekat Kem Idaman Nurani, Hulu Langat. . Lepas tu aku balik dan lakukan segala persiapan untuk pergi kem 4 hari 3 malam tu .

Bertolak daripada rumah dalam pukul 3 petang dengan ayah aku. . ikutkan kena pergi PPD Klang untuk pergi dengan peserta2 daerah Klang. . tapi aku tertinggal kereta yang menghantar peserta pukul 12 tengahari tu sebab aku dapat surat pergi kem tu last minute . . sampai di tapak kem dalam pukul 4.30 petang. . pergi mendaftar dan terus solat asar di dewan. .

Kami pun lakukan ice breaking dan dalam masa yang sama sesi suai kenal pun berlaku semasa aktiviti tu. . Pada mulanya aku ingat dorang ni sebaya dengan aku iaitu 18 tahun. . sebab apa nak tahu?? sebab perwatakan dorang yang nampak matang. . padahal rata2 semuanya baru berumur 16 tahun. . tapi bila disuruh berucap di khalayak umum. . masing2 petah bercakap. . mengalahkan PM pun ada. . sebab tu aku tak sangka yang umur dorang ni masing2 baru 16 tahun. . :)

Sepanjang 4 hari 3 malam tu. . macam2 benda yang kitorang lalui bersama. . malam pertama dekat kem tu je kitorang dah menangis bersama2 masa dalam sujud syukur. . kata2 sayup yang dilontarkan oleh Tuan Mahadzir buat kitorang menangis teresak2 terkenang dosa lalu. . hampir semua peserta menangis. . maybe ada sorang dua yang tak menangis sebab tertidur dalam sujud. . apa pun tak boleh ! hahaha. . masa explorace pun boleh tahan. . dia punya stesyen semua berbentuk fear factor. . kitorang diberi task yang sememangnya susah untuk dilakukan. . dan kalau tak berjaya di setiap stesyen. . ada lah macam2 jenis hukumannya. . first. . kitorang disuruh kemam cengkerik hidup dan berjalan lalu masukkan ke dalam balang. . itu first aku kemam cengkerik. . selama ni nak pegang cengkerik pun rasa geli. . tapi entah macam mana boleh pulak berani tangkap seekor cengkerik dan kemam dekat bibir. . fffuuuhhh ! dapat rasakan kakinya yang tajam tu di bibir ku yang manis ini. . ceh ! second. . agak menggelikan ruang2 mulut aku. . . kena letak 2 ekor anak ikan yang hidup tu kat dalam mulut. . dah masukkan dalam mulut. . kena berjalan tepi2 sungai dan masukkan dalam dua baldi. . XD dapat tak rasakan ikan tu sedang berenang2 dalam mulut korang ? eyyyekkss ! yang ketiga. . kena makan telur mentah. . itu biasa je kot sebab pernah rasa kt rumah. . hee. . kena rasa kacang botol ngn ulam tenggek burung. . kacang botol tu rasa dia sangat pelik. . and ulam tenggek burung tu rasa macam mangga muda. . hehe. . yang best kena makan bawang merah. . memang laa rasa berangin sampai ke hidung ! ! kena minum air campuran tembikai , asam , cencaluk , belacan , dan macam2 lah lagi ! ! time tu aku ngaku aku muntah beb ! berair anak mata nie ~ haha. tapi tu lah pengalaman yang tak akan aku lupakan. . ;)

Macam2 lah lagi yang kitorang buat kat sana. . Jungle Trekking , Backwood cooking , Rentas halangan. . semuanya mendatangkan sedikit luka2 dekat badan nie haa. . tapi memang terbaik lah ! semua ketua2 pengawas yang ada kat negeri Selangor ni memang sporting. . mudah nak dibuat kawan. . sampai kat dalam dorm pun kitorang luahkan perasaan masing2 dan cuba bagi jalan penyelesaian. . betapa eratnya ukhuwah yang terjalin. . Bukan setakat aktiviti fizikal je yang dorang bagi. . tapi lengkap dengan semua aspek rohani , intelek , jasmani dan emosi. . akak2 ngn abang2 fasi pun terbaik. . gila2 punya. . tak garang tapi sempoi. . sebab diorang dah anggap kitorang ni sebagai pemimpin dah tahu macam mana untuk mendisiplinkan diri . . So tak adalah kem tu ala2 tentera sebab nak disiplinkan budak2. . hahaha ! !

Sampai situ je lah kot ceritanya. . sebenarnya kalau nak ceritakan alkisah 4 hari 3 malam di Kem Idaman Nurani ni memang panjang. . ni aku cuma ceritakan apa yang best kat sana. . tapi secara keseluruhannya memang best dan terbaik ! ! sukar nak digambarkan perasaan ni bila terpaksa tinggalkan kawan2. . Kepada peserta2 atau bakal2 ketua pengawas tahun 2013 . . semoga kita berjumpa lagi. . ukhuwah yang terjalin tak akan putus sebegitu sajee. . Doakan kami agar dapat menjadi seorang pemimpin yang berguna di sekolah dan masa hadapan demi agama , bangsa dan negara . . :)

Sekian , Assalamualaikum dan terima kasih . . :))

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person