Dear Followers

Friday, June 8, 2012

Hanya Untuk Awak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera untuk semua dan untuk yang paling special di hati saya yang sedang membaca . . :)

Tajuk post ini pun kamu semua sudah tahu bahawa post ini sememangnya untuk awak. . kalau sesiapa yang tak berkaitan tu. . sila jangan terasa . . saya hanya tujukan untuk si dia seorang sahaja. . kalau mahu baca. . teruskan membaca. . tiada paksaan . . :)  kalau muak dengan cerita cinta. . jangan baca . . amaran keras ! hahaha.

Memandangkan awak akan sambung belajar dan akan kembali ke kampus awak esok . Surely hati saya ni akan rindu awak nanti . Tapi , saya tak kisah . . saya nak tengok awak berjaya dalam hidup awak dulu . Nak serius pasal benda ni nanti2 lah . . Saya pun tak mahu couple dengan awak . Saya hanya mahu rasakan apa itu cinta dengan awak . Kita memang sudah berjauhan sejak daripada dulu lagi. . bukannya tiap2 minggu dapat jumpa . sebulan sekali sahaja mungkin . . Walaupun jauh saya tetap rasa awak dekat di hati saya ni. . Hari-hari kita bangun untuk subuh sama2 dan kadang2 saya akan kejutkan awak untuk sahur sama2. . Yang saya tak suka pasal awak punya teknik bersahur ialah. . awak tak makan tapi minum jee. . grrrrr. . rasa macam nak pergi rumah awak and suapkan nasi or apa benda makanan yang ada. . janji perut tak kosong masa puasa . Tapi. . semua tu harapan sahaja. . belum masanya untuk sweet sampai begitu sekali. . cukup sekadar saya bagi dorongan kat awak. . nak ikut ke tak up to u. . tak pernah paksa . 

Satu yang saya suka tentang awak , . makin banyak awak cakap awak tak baik untuk saya semakin bersemangat saya akan cuba yakinkan awak yang awak salah . . Satu hari nanti awak akan tahu awak salah kot. hehe. . Saya mencuba terlalu kuat untuk awak. . Saya tak kisah kalau saya sakit hati sebab awak . . Awak buat jealous pun saya tak kisah. . sebab saya dah pilih awak ! ingat tu. . hahaha. . ehh asal aku boleh gelak ni ? +_+ Awak jangan risau. . bila awak balik kampus kat sana. . saya dah upah ramai orang untuk jaga awak kat sana. . termasuklah ketua kat blok yang awak tinggal tu . ;) Dan mungkin juga room mate awak tu . . Kalau ada rezeki dapat belajar kat sana juga. . memang akan selalu saya jaga awak . ceh ! poyo jee. . lalalalala ~

Kalau awak dengar background music ni. . Saya nak awak tahu yang lagu ni memang untuk awak dan untuk saya. . rasa macam kena dengan feeling dan situasi . . "Kau sinar hati ini,Biarpun sesaat di sisi. " lirik tu sangat kena dengan awak . . saya hargai kemunculan awak dalam hidup saya . . Awak selalu buat saya senyum semula walaupun dalam keadaan yang sememangnya saya tak akan dapat senyum . awak sorang jee dapat buat saya senyum . . Saya harap memang awak orang yang akan teman saya sampai saya mati. Kalau bukan saya redha dengan takdir . :) dan lepas ni. . tiada lagi atau mungkin akan jarang2 late night call dengan awak sampai berjam2. . awak tak akan dapat dengar saya menggedik2 dengan awak . . dan mungkin jugak awak tak perlu risau kalau saya bertukar jadi serius tiba2. . hahahaha. . :)

Akhir kata, saya suka lagu ni ! eh tidak. . saya suka awak . saya sayang awak . tak mengapa kalau kita tidak bersama . asalkan awak tahu semua ni . saya akan tunggu lagi sebulan dua untuk awak balik ke bumi Selangor nie . . Solat jangan lupa , . lagi2 subuh . . saya akan kejutkan awak tiap2 hari . . :D Tu janji saya . . 

Selamat berpisah , Ucapkan Hye to Long Distance . . :D

Assalamualaikum dan terima kasih untuk segalanya . 


Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person