Dear Followers

Monday, December 20, 2010

fakta : tidurlah jika ingin kurus

Tidurlah Jika Ingin Kurus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera my dear readers! ! haha! da lame an aku tak update blog.. huhu.. kali ini ada tips utk mereka2 yang berbadan besar..... Selama ni korang berfikiran tidur boleh wat korg jd gemuk kan? ternyata anda semua salah! hahaaaa.. 


Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan. Oleh itu, mulai dari sekarang. Cubalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam. Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin, berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Ubahlah tabiat tidur anda sekarang.. 


Apa lagi? pergilah tidur cepat !
VOTE,COMMENT AND SLEEP !
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person