Dear Followers

Tuesday, December 7, 2010

Ayat-Ayat Cinta ke?

AYAT-AYAT CINTA

assalamualaikum and hello.. sekarang aku nak share ngn korg ayat-ayat bunga yerw.. or dikenali sebagai ayat-ayat cinta lah or kata-kata puitis.. Nak copy and ambil ayat-ayat ni?? copy lah ambil lah. Nak bagi yang tersayang kan? haha!

ini dia ! :

  • Mimpi indah tak semanis realiti walau betapa pahit pun ia
  • Biar bulan tersenyum melihat dirimu menjadi milikku
   -send time malam jer.. siang tade bulan-
  • Dalam hatiku ada ingatan yang tidak pernah mati terhadapmu
  • Panahan matamu mencairkan hatiku yang dah lama membeku
  • Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa
  • Akhirnya aku sedari tiada yang seindah peribadimu
  • Kau hadir di sudut hatiku yang paling sunyi
  • Adakala menghitung bintang dilangit malam lebih mudah dari mengenggam hatimu
  • Mengapa kuteringat wajahmu bila cuba melupa,kumenangis bila cuba tertawa
  • Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubariku
  • Perasaan cinta ini akan kubawa hingga aku pergi
  • Biarpun jauh dipisah waktu suara hatimu membisik bagai kau ada disisi
  • Andainya perpisahan ini tanda kesetiaan kurela sendirian dalam kebersamaan
  • Rinduku padamu seperti sebuah mimpi ketika jaga
  • Suara kau kah yang berbisik seiring degupan jantungku?
  • Sesungguhnya penantian ini satu seksaan yang mengguris hati hingga luka
  • Meskipun berjauhan aku sentiasa dapat merasai rindumu padaku.
  • Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu
  • Bila emosi terseksa,hati mulai dapat merasa,inikah yang dikatakan rindu
  • Hadirnya dirimu,kubagaikan ingin bernafas seribu tahun lagi
  • Menyayangimu adalah hak aku,rasanya tidak berdosa jika aku terus menyayangimu
  • Kini kusedari rindu yang tersimpan dalam lipatan memori masih segar mewangi
  • Sayang terletak diahati meskipun tersembunyi namun getarnya jelas sekali
  • Sekiranya waktu boleh diputar kembali,tidak akan kubiarkan masa berlalu tanpamu disisi
  • Aku akan terus menanti hembusan angin malam membawa jawapan yang tidak pasti
  • Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mulai bersuara

HAHA! ! ! Ada yang aku buat sendiri and orang lain punya. :)

SEKIAN DAN SALAM.
VOTE AND COMMENT YA! !
Post a Comment

besties forever

besties forever
this is me. . the real me . . so crazy and kinda friendly :) easy go person